Semalam, kecoh di laman media sosial selepas wanita bernama Sarah Yasmine mendedahkan mesej-mesej ‘plan jahat’ Aliff Aziz dan Ruhainies di Instagram Story. Hal ini lagi menjadi besar apabila terdapat beberapa nama yang didakwa turut menyokong kedua-dua individu itu dan antaranya ada nama Caprice. Dalam mesej tersebut Caprice dikatakan telah menasihati Aliff Aziz untuk tidak menceraikan Bella Astillah serta menyuruhnya membagikan gambar dan mesej isteri bersama skandal iaitu Muaz ke pihak polis.
Tidak mendiamkan diri, Caprice tampil mengeluarkan bukti-bukti bahawa dia tidak memihak untuk mana-mana individu pun kerana kesemuanya iaitu Aliff, Bella dan Sarah datang meminta pertolongnya. "Next time jangan cari Caprice kalau nak tukar plan last minute macam ni. Cap rasa kita kena game." Dalam pada itu, Caprice atau mesra dipanggil sebagai Cap berkata hari ini sepatutnya semua pihak akan datang ke rumahnya untuk berdamai tetapi seperti sudah tidak akan berlaku dan persoalkan motif kesemua pihak meminta tolong daripadanya. SUMBER : Instagram/OhBulan |
Bergosip replied at 25-4-2024 03:19 PM
kenapa caprice yang nak jadi pihak pendamai?
matjerk replied at 25-4-2024 11:31 PM
Tang ni aku x paham.. apa maksud kena game.. kena game mcm mana? Siapa yg game dia?
Wek_omeh2 replied at 25-4-2024 03:34 PM
Mula2 semua setuju nak jumpa
At last nya sara tu ubah plan cakap xnak berurusan dgn kepris
matjerk replied at 25-4-2024 11:31 PM
Tang ni aku x paham.. apa maksud kena game.. kena game mcm mana? Siapa yg game dia?
ADVERTISEMENT