CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Raja Perlis titah rakyat jelaskan tunggakan bil air

23-4-2024 11:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14875| Komen: 27



KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan rakyat Perlis agar membayar tunggakan bil air yang kini mencecah RM34.84 juta.

Baginda bertitah agar semua pengguna bekalan air di negeri ini untuk bersikap amanah dengan membayar tunggakan bil air.

“Dengan kerjasama yang menyeluruh daripada semua pihak, insya-Allah pengurusan bekalan air dapat dipertingkatkan,” titah baginda.

Titah diraja itu dizahirkan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika perasmian pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN Perlis, di sini hari ini.

Titah baginda lagi, kerjasama semua pihak adalah perlu bagi meningkatkan pengurusan bekalan air negeri.

“Perkhidmatan bekalan air terawat di Perlis masih belum mencapai tahap optimum dan kualiti yang memuaskan. Isu Air tidak Berhasil (NRW) juga masih tinggi iaitu pada kadar 62.5 peratus.


“Dalam hubungan ini, beta mengambil maklum bahawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuju untuk memberi geran kepada semua negeri yang mempunyai kadar NRW melebihi 50 peratus.

“Diharapkan agar kerjasama ini dapat membantu kerajaan negeri dalam memberikan perkhidmatan bekalan air yang lebih baik kepada rakyat,” titah baginda lagi. 

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 23-4-2024 11:28 PM
Buruk perangai cuci jubo pun hutang hutang

Quote gigahertz 23-4-2024 11:59 PM
Quote ultra78 24-4-2024 12:27 AM
Diaorg tak terfikir ke waktu ambil wuduk pakai air kerajaan
Quote jazaa100 24-4-2024 01:36 AM
Yg tak byr ni selalunya kehlang²....(org peghlih sebut kilang - keh lang....
Quote sukacactus 24-4-2024 06:06 AM
Rumah aku bil air -ve sebab skali bayar letak 100 terus
Tunggu sampai +ve balik, bayar lg 100
Cam gitu la ulang2 sampai ajm
Quote mizzmimi 24-4-2024 08:03 AM
Siyes aaa..
Quote midori888 24-4-2024 08:21 AM
sukacactus replied at 24-4-2024 06:06 AM
Rumah aku bil air -ve sebab skali bayar letak 100 terus
Tunggu sampai +ve balik, bayar lg 100
Cam gi ...

samalah...bil air meols sebulan 6.50 jer pun...dulu 6, now naik 50 sen...
Quote insulin 24-4-2024 08:23 AM
Teruknya sesetengah rakyat Perlis ni. Tiap2 hari guna air haram.
Quote naina 24-4-2024 08:24 AM
Bil air tak banyak pun chuolssss
Boleh plak hutang juta2
Kalau tunggakan sebulan 2 ok lagi
Ni tak bayar terus
Tula kalau solat ambik wudhuk tapi tak bayar bil nak kira CMNE tu..dah mati roh tergantung tak
Quote I.K.A888990 24-4-2024 09:52 AM
masalahnya dah knp tak berbayar bil tu..
Quote kucingitam 24-4-2024 10:26 AM
ngai bayar bila air dak tu..
Quote supernaturalee 24-4-2024 11:13 AM

kt perak jgk ada air tawar
cuma ejaan lama, ayer tawar



Quote salimrock 24-4-2024 11:31 AM
ultra78 replied at 24-4-2024 12:27 AM
Diaorg tak terfikir ke waktu ambil wuduk pakai air kerajaan

Baginda bertitah agar semua pengguna bekalan air di negeri ini untuk bersikap amanah dengan membayar tunggakan bil air

mesti diorang ckap zaman nabi dulu air percuma

Quote KamikuP 25-4-2024 02:41 PM
Penduduk 8 org pun culas bayaq bil ayaq.. apooo

Quote alesandra 25-4-2024 02:45 PM
Pebenda la hauk sgt sampai bil air tertunggak pun kena raja perlis yg ingatkan.ko ingat bila lobai took over air tu free?
Quote kotakbaju 25-4-2024 02:58 PM
alesandra replied at 25-4-2024 02:45 PM
Pebenda la hauk sgt sampai bil air tertunggak pun kena raja perlis yg ingatkan.ko ingat bila lobai t ...

Haha tu laa pasai.

Padahal jarang dengar perlis ni ada prob air takde ke, air keruh ke, elok je air diorang sedia tak putus. Beza sungguh dengan air kedah
Quote anony-mous 25-4-2024 03:12 PM
naina replied at 24-4-2024 08:24 AM
Bil air tak banyak pun chuolssss
Boleh plak hutang juta2
Kalau tunggakan sebulan 2 ok lagi

I rasa elok masa khutbah jemaat educate org pasal ni. Xramai terfikir mcm ni. Same goes dgn bil lektrik. Tp bil lektrik pon entah pape kdg2 kiraan tu. air ni murah je kot boleh plak x berbayar
Quote Triple_8 25-4-2024 03:18 PM
I.K.A888990 replied at 24-4-2024 09:52 AM
masalahnya dah knp tak berbayar bil tu..

Kalau di Kelantan sebab orang ramai marah. Nama saja bil air tapi hakikatnya bil angin, sewa meter angin.
Quote jiwasemangat 25-4-2024 03:42 PM
...cerr tanya MAZA apa hukum culas bayar bil. Ini isu negara takkan tak nak ambil tahu.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.044431 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top