KAJANG – Polis sedang mengesan tiga lelaki yang membakar seekor anak kucing hidup-hidup di tempat letak kenderaan Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian daripada wanita warga emas tempatan berusia 63 tahun pada pukul 10.31 pagi tadi. Menurut pengadu, seorang saksi yang juga penduduk di flat berkenaan telah ternampak seekor anak kucing sedang terbakar dan dia segera mencurah air untuk memadamkannya. Katanya, pengadu menjumpai anak kucing itu dalam keadaan lemah dan segera menghantarnya ke Klinik Veterinar Swasta di Ampang. “Semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati kejadian berlaku semalam kira-kira pukul 1 tengah hari. “Terdapat tiga suspek lelaki melepak di tapak letak kenderaan dan dua daripada suspek telah menyimbah bahan bakar ke atas anak kucing tersebut dan salah seorang menyalakan api.
“Ketiga-tiga mereka hanya menyaksikan anak kucing tersebut berlari dalam keadaan badan terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Mohd Zaid, anak kucing berusia enam minggu itu ditempatkan di sebuah Klinik Veterinar Swasta di Ampang susulan melecur tahap dua. “Keadaan anak kucing agak kritikal dan perlu diletakkan di bawah pemerhatian rapi sekurang-kurangnya satu minggu. “Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang telah pun mengenal pasti suspek dan kini sedang giat mengesan suspek untuk membantu siasatan,” jelasnya. Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan mana-mana Balai Polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Suresh Krishnan di talian 0174333795 bagi membantu siasatan. Sumber -KOSMO! ONLINE. |
B40tastePosh: Orang miskin memang kejam, seb ...
B40tastePosh replied at 23-4-2024 11:17 PM
Orang miskin memang kejam, sebab hidup kurang perhatian dan kasih sayang.
Hati2 dgn orang miskin.
KamikuP replied at 24-4-2024 02:36 PM
Tu sbb meolls takleh duduk ngan B40 serius ckp
SWORKS27 replied at 24-4-2024 02:16 PM
Ya Allah...semoga si pelaku akan dpt ditangkap...
YA ALLAH..AKU BERDOA KEPADAMU YA ALLAH..SEMOGA SI ...
B40tastePosh replied at 23-4-2024 11:17 PM
Orang miskin memang kejam, sebab hidup kurang perhatian dan kasih sayang.
Hati2 dgn orang miskin.
KamikuP replied at 24-4-2024 02:36 PM
Tu sbb meolls takleh duduk ngan B40 serius ckp
edayildiz replied at 24-4-2024 07:07 PM
mmg pun..
jari10 replied at 23-4-2024 11:33 PM
Hah aku baru nak tulis gitu….semua ni adalah golongan kurang kasih sayang, kurang perhatian, hati ...
ADVERTISEMENT