Isu bayaran murah yang diterima oleh pelakon veteran dan berpengalaman semakin mendapat perhatian ramai termasuk aktor, Riezman Khuzaimi yang turut terkesan dengan isu tersebut. Ketika ditemui OhBulan! Riezman mendedahkan bahawa dia pernah ditawarkan bayaran yang rendah dan disebabkan itu juga dia jarang muncul di kaca televisyen. "Setahun ada dua atau satu filem, drama pun begitu juga. Orang selalu tanya kenapa jarang nampak dekat TV, saya cakap terus terang sebab dia orang tak mampu bayar saya. Tak mampu bayar bukan kerana mahal, tapi bayaran itu saya rasa seperti satu penghinaan. "Jadi saya rasa lebih baik saya jual burger boleh dapat dalam RM300 ke RM400 sehari daripada berlakon dapat RM150, itu melampaulah." Dalam pada itu, pelakon berusia 54 tahun tersebut berkata isu berkenaan tidak wajar berlaku di dalam industri hiburan sehingga menyebabkan ramai selebriti berpengalaman menolak tawaran lakonan.
"Memang patut dia (Azlee Senario) tolak. Kalau kita tengok Senario berlakon, menyanyi dan buat lawak..kita sepatutnya kena hormati. Patutnya lagi senior lagi tinggi bukan lagi catu. "Sama juga macam Jalil Hamid kenapa dia tak nak berlakon, sebab tawaran yang macam itu. Fauziah Nawi pun begitu." Riezman berkata demikian di sidang media Kami Sempoi yang diadakan di Pavillion Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini. Pelakon filem Baik Punya Cilok itu juga berasa kecewa dengan situasi tersebut yang dikatakan boleh memberi kesan buruk terhadap industri. "Saya pun pernah berlakon di Indonesia dan Hong Kong. Bukan sebab status tapi pengalaman. Lagi senior pelakon itu mereka sepatutnya bayar sama dengan pengalamannya. "Perkara ini makin teruk. Ini nak merosakkan industri kita, kualiti akan jatuh." Dalam perkembangan lain, Riezman telah dilantik sebagai duta untuk agensi Kami Sempoi iaitu sebuah agensi yang membantu dan menguruskan hos siaran langsung di platform TikTok. Terdahulu, segelintir warganet mendakwa Azleee bersikap bongkak dan tidak bersyukur kerana menolak tawaran lakonan berikutan bayaran yang tidak berpatutan. Sumber : OhBulan |
MissYouSayang: Hina ke dpt 150….Mujur la still lagi dipanggil berlakon...Jgn compare industri msia dgn hollywood yg bsr tu , bagai langit n bumi..Ckp je la gaji cip ...
jihah_kudat replied at 22-4-2024 09:53 PM
aku okay je kalau rizman ni ke geng2 veteran nak merunggut pasal bayaran sebab dah terbukti masing2 ...
jihah_kudat replied at 22-4-2024 09:53 PM
aku okay je kalau rizman ni ke geng2 veteran nak merunggut pasal bayaran sebab dah terbukti masing2 ...
cikatilia replied at 23-4-2024 10:34 AM
azlee tu 500 yaa.... dia nak berapa?? 1500?? serupa gaji minimum dgn lawak terencat akal dia tu
...
prizadane replied at 23-4-2024 02:36 AM
Owh ya. At least Riezman ni pelakon versatile la jugak. Boleh bawa watak serious, watak kelakar.
...
cikatilia replied at 23-4-2024 02:34 AM
azlee tu 500 yaa.... dia nak berapa?? 1500?? serupa gaji minimum dgn lawak terencat akal dia tu
...
prizadane replied at 23-4-2024 10:36 AM
Owh ya. At least Riezman ni pelakon versatile la jugak. Boleh bawa watak serious, watak kelakar.
...
kakakpositifker replied at 23-4-2024 10:40 AM
HAIP. Mana awak tahu?
ADVERTISEMENT