Mencetuskan fenomena sehingga meraih 17 juta tontonan dalam tempoh sebulan di YouTube, Alamak Raya Lagi! nyanyian De Fam terus mencipta kejayaan membanggakan apabila membantu kanak-kanak menghadapi masalah pertuturan atau speech delay. Perkara tersebut dikongsi seorang ibu yang meluahkan perasaan teruja apabila anaknya yang berhadapan kelewatan bercakap boleh menyanyikan mengikut lagu tersebut. Wanita itu bersyukur kerana lagu Alamak Raya Lagi! membuatkan anaknya itu mahu membuka mulut dengan mengikut bait seni kata walaupun kurang lancar. “Satu-satunya lagu anak saya yang speech delay boleh ikut menyanyi walaupun dia sebut hujung-hujung sikit sahaja tapi sudah cukup buat kami gembira. “Terima kasih untuk lagu itu,” katanya yang berkongsi kegembiraan di ruangan komen Facebook sebuah portal hiburan. Sebelum ini dalam keterujaan ramai terhadap lagu raya pertama Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana itu, terdapat kritikan segelintir pihak terhadap pemilihan perkataan ‘alamak’.
Frasa tersebut disifatkan seolah-olah pencipta dan kumpulan terbabit menunjukkan seperti tidak gembira menyambut Aidilfitri. Begitupun, Azira mewakili dua rakannya berpendapat lirik single Alamak Raya Lagi! tidak membawa maksud negatif mahupun seperti didakwa sesetengah pihak iaitu mencarut. Pada masa sama, ‘demam’ lagu berkenaan juga tular sehingga luar negara apabila ramai artis dan peminat menjadikannya sebagai latar video dalam platform TikTok. Antaranya adalah artis k-pop, TRI.BE, selain kumpulan wanita Jepun, Avantgardey, pelakon dan juga penyanyi Thailand iaitu Gam Wichayanee serta ramai lagi pemilik akaun TikTok termasuk di India dan China. Sumber – KOSMO! ONLINE |
dio5774 replied at 22-4-2024 11:07 AM
cuba bagi baca ayat2 quran ke
izat123 replied at 22-4-2024 11:26 AM
Baca komen kau ni teringat dulu buat research pasal the usage of classical music to treat mild men ...
ADVERTISEMENT