View: 5004|Reply: 9
|
Ajaib! Budak ‘speech delay’ sembuh sebab Alamak Raya Lagi!
[Copy link]
|
|
Mencetuskan fenomena sehingga meraih 17 juta tontonan dalam tempoh sebulan di YouTube, Alamak Raya Lagi! nyanyian De Fam terus mencipta kejayaan membanggakan apabila membantu kanak-kanak menghadapi masalah pertuturan atau speech delay.
Perkara tersebut dikongsi seorang ibu yang meluahkan perasaan teruja apabila anaknya yang berhadapan kelewatan bercakap boleh menyanyikan mengikut lagu tersebut.
Wanita itu bersyukur kerana lagu Alamak Raya Lagi! membuatkan anaknya itu mahu membuka mulut dengan mengikut bait seni kata walaupun kurang lancar.
“Satu-satunya lagu anak saya yang speech delay boleh ikut menyanyi walaupun dia sebut hujung-hujung sikit sahaja tapi sudah cukup buat kami gembira.
“Terima kasih untuk lagu itu,” katanya yang berkongsi kegembiraan di ruangan komen Facebook sebuah portal hiburan.
Sebelum ini dalam keterujaan ramai terhadap lagu raya pertama Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana itu, terdapat kritikan segelintir pihak terhadap pemilihan perkataan ‘alamak’.
Frasa tersebut disifatkan seolah-olah pencipta dan kumpulan terbabit menunjukkan seperti tidak gembira menyambut Aidilfitri.
Begitupun, Azira mewakili dua rakannya berpendapat lirik single Alamak Raya Lagi! tidak membawa maksud negatif mahupun seperti didakwa sesetengah pihak iaitu mencarut.
Pada masa sama, ‘demam’ lagu berkenaan juga tular sehingga luar negara apabila ramai artis dan peminat menjadikannya sebagai latar video dalam platform TikTok.
Antaranya adalah artis k-pop, TRI.BE, selain kumpulan wanita Jepun, Avantgardey, pelakon dan juga penyanyi Thailand iaitu Gam Wichayanee serta ramai lagi pemilik akaun TikTok termasuk di India dan China.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
cuba bagi baca ayat2 quran ke |
|
|
|
|
|
|
|
dio5774 replied at 22-4-2024 11:07 AM
cuba bagi baca ayat2 quran ke
Baca komen kau ni teringat dulu buat research pasal the usage of classical music to treat mild mental illness. Lepastu one of the panels tiber cakap "better buat research guna al quran ke apa instead of classical music". Tiber. Terus aku cakap music as therapy for mind/mental health dah banyak research paper boleh refer. Al quran tak banyak.
The point is kita as a muslim tahu lah Al-Quran tu kitab teragung tapi for banyak je lagi cabang ilmu lain yang boleh kita kaji. Mesti orang yang sikit sikit "kenapa tak Al-Quran je?" rasa diorang paling best kan? Hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
mgkn melody dr lagu alamak raya lagi ni boleh memulihkan system mental dan motor kanak2 speech delay
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku yg memang x kisah pasal lagu² ni pun boleh nyanyi lagu ni masa dia main sorg² & mandi masa raya aritu. Lagu ni ada vibe happy kot. Budak² gembira nyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
izat123 replied at 22-4-2024 11:26 AM
Baca komen kau ni teringat dulu buat research pasal the usage of classical music to treat mild men ...
Kalau kena depression n anxiety pon ramai y akan suggest banyak kan baca quran,zikir semua..apa diaorang ingat yg kena mental health ni x ingat tuhan ke apa.. da la sakit jadi makin sakit bila dapat nasihat camni |
|
|
|
|
|
|
|
lps raya.. aku masuk opis.. kecoh lagu alamak ni dikalangan budak2 cina.. diorg ckp.. anak2 diorg suka lagu ni.. duk nyanyi kt rumah aje...kt rumah diorg lak.. ckp cina je....so mcm riuh dgn lagu alamak ni je lah skrg...
|
|
|
|
|
|
|
|
weh anak buah aku nak masuk 4 tahun sejenis yang susah nak keluar perkataan dari mulut tapi bila dengar lagu alamak ni memang dia ikut cakap alamak.. alamak.. aku mula2 igt ank buah aku tu autism ke atau x normal sebab sejenis suke buat hal sendiri, then kalau x dapat apa dia nak mengamuk melalak, mak paknye siap bawak gi jumpa doktor lah |
|
|
|
|
|
|
|
anak i SD pun pandai nyanyi part korus & hujung2 perkataan. even org kecam lagu ni, tp i happy je anak i pandai nyanyi sbb utk mak2 yg anak SD ni, nak dgr anak nyanyi bukan senang ye |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu raya je kot. Over memasing smpai keluar fatwa haram. Cm saja nk cari salah org |
|
|
|
|
|
|
| |
|