SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu memperkemaskan jentera di semua peringkat dan bergerak dengan lebih agresif agar muncul sebagai gergasi sistem politik Malaysia. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dua rangka kerja Keadilan Menang 16 (KEMAS16) dan Pemerkasaan Organisasi Parti 25 (POP25) perlu dilaksanakan dengan jitu supaya matlamatnya tercapai dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). “Pertama, jentera atau keanggotaan mesti lebih ramai, ranting mesti hidup, cabang-cabang mesti segar dan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) perlu lebih aktif. “Hebat sebagaimana laungan dan benar perjuangan kita. Namun, sekiranya tidak disusun rapi, kita akan tawan dengan mereka yang laksanakan slogan hidup Melayu atau laksanakan Islam walaupun kita rekod mereka hambar,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun Keadilan selain turut meluncurkan dokumen KEMAS16 dan POP25 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini.
Anwar yang juga Perdana Menteri memaklumkan akan melakukan pemantauan terhadap gerak kerja partinya itu sama ada di semua peringkat. “Saya telah minta beberapa teman untuk membantu saya di pejabat, untuk bantu jentera-jentera yang ada supaya memberi maklumat dan memantau secara dekat pelaksanaan baik di peringkat negeri, cabang dan ranting. “Harap semua beri kerjasama kepada mereka dan ambil langkah mengikut jadualnya,” ujarnya. Sumber– KOSMO! ONLINE |
BoongaKertas replied at 23-4-2024 07:41 AM
wanita bernama dr wan azizah ni built different kan? kagum dgn sheols. shes so strong! iols bukan te ...
Radzor replied at 23-4-2024 12:11 AM
pkr is about anuar
copy_paste replied at 23-4-2024 08:04 AM
aku sebenarnya pelik,kat sosmed mana2 pun menampakkan xbyk sokongan,
tapi masa pilihanraya mesti me ...
ADVERTISEMENT