KEMAMAN – Seorang sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah ditahan kerana disyaki mencabul kehormatan seorang pembantu akaun wanita di Pantai Teluk Mak Nik di sini pada Khamis lalu. Lelaki berusia 53 tahun itu didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh tersebut terhadap mangsa yang berusia 24 tahun pada pukul 7 malam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, suspek dikatakan melakukan pemeriksaan terhadap mangsa dan tunangnya yang ketika itu berduaan di dalam sebuah kereta di pantai peranginan tersebut. “Suspek dikatakan telah mengarahkan mangsa dan pasangannya keluar dari kenderaan sebelum merampas kunci kereta tersebut. “Dia seterusnya dikatakan memeriksa kad pengenalan mangsa dan pasangannya sebelum mengugut mahu membawa mereka ke pejabat agama Islam terdekat,” katanya di sini hari ini.
Hanyan berkata, suspek kemudiannya dikatakan mengarahkan tunang mangsa pulang sebelum menghantar sendiri wanita itu pulang ke rumah di sebuah taman perumahan di daerah ini. Beliau berkata, sewaktu dalam perjalanan dan sebaik tiba di depan rumah, mangsa mendakwa telah dicabul beberapa kali oleh sukarelawan pegawai penguat kuasa syariah berkenaan. “Mangsa kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan suspek sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
c===8 replied at 22-4-2024 08:45 AM
itu pasal badar dulu kena bubar akibat pakcik2 takde pelajaran yg teringin jadi penguatkuasa tapi se ...
songket_merah replied at 22-4-2024 10:42 AM
boleh bagitahu apa yang boleh diconsider kata dicabul tu?
songket_merah replied at 22-4-2024 10:42 AM
boleh bagitahu apa yang boleh diconsider kata dicabul tu?
Kitty_catz replied at 22-4-2024 01:31 PM
meh le bernusnuzon lepas2 raye ni
hagak pacit ni kena fitenoh kutt
ADVERTISEMENT