CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sheriff ‘sailang’ Mat Kilau, kutip RM11 juta dalam 3 hari

22-4-2024 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13694| Komen: 93



Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof berada di landasan terbaik untuk memintas kutipan pecah panggung Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan abang kandungnya, Syamsul Yusof.

Selepas tiga hari ditayangkan, filem yang dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan sudah berjaya meraih kutipan RM11.4 juta yang dianggap sebagai pencapaian luar biasa.

Paling menarik, Sheriff berjaya mengaut kutipan RM6.4 juta sekali gus mengatasi rekod filem Mat Kilau arahan Syamsul yang mencatat kutipan hanya RM1.8 juta pada hari kedua tayangannya.

“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka dengan sokongan ini. Kita masih dalam ‘mood’ raya lagi tetapi sokongan orang Malaysia memang luar biasa,” kata Syafiq.

Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Mohd. Yusof berkata, dia mematuhi garis panduan menonton filem tersebut di pawagam.


“Filem Sheriff: Narko Integriti merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan sebagai P16 oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).

“Oleh itu mana-mana individu berusia bawah 16 tahun tidak dibenarkan untuk menonton filem berkenaan.

Filem genre aksi thriller terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw itu mencatat kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal.

Sheriff menampilkan watak Nazri lakonan Syafiq, iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit lakonan Aaron semakin berleluasa.

Nazri pula terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana pelaku sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pada masa sama, Sheriff lakonan Zul, adalah seorang anggota Jabatan Integriti yang dihantar untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan ditugaskan bersama Nazri di bawah satu jabatan.

Filem Sheriff adalah kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila.

Untuk info, filem paling laris dalam sejarah perfileman negara adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan box office tertinggi iaitu RM97 juta. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Minami2013 22-4-2024 08:29 AM
Mat kilau ni sampai cikgu2 buat rombongan sekolah tgk wayang. Mmg susah la sheriff nak pecah rekod tu. Lagi pulak cerita sheriff ni utk 16 tahun ke atas je.
Quote areyam 22-4-2024 11:44 AM
kalau dapat collection kedua selepas Mat Kilau pun dah kira hebat... mat kilau tu sbb vibe dia lain sikit.. byk rombongan sponsor YB sana sini... rombongan sekolah la, JKKK la, Puspanita, Ngo itu, Ngo ini... situ pun dah separuh collection...
Quote dewi_rina 22-4-2024 12:36 PM
iols nak pergi tengok hujung minggu ni, nak tengok bamjul
hensem jugak, mcm salman khan
Quote heythere123 22-4-2024 12:53 PM
bertiang lagi elok Sheriff ni. Go go

kalau tak dapat beat rekod MK pon takpe, Syafiq Yusof dah tebus kegagalan PE3 dengan movie Sheriff ni
Quote heythere123 22-4-2024 12:53 PM
dewi_rina replied at 22-4-2024 12:36 PM
iols nak pergi tengok hujung minggu ni, nak tengok bamjul
hensem jugak, mcm salman khan

ya kaka, dah la finally heols bukak mulut sikit
Quote heythere123 22-4-2024 12:54 PM
Minami2013 replied at 22-4-2024 08:29 AM
Mat kilau ni sampai cikgu2 buat rombongan sekolah tgk wayang. Mmg susah la sheriff nak pecah rekod t ...

haah, haritu meols terkejut ada makpak bagi anak bawah 12 tahun masuk tengok citer ni.

personally for me, citer ni tak sesuai untuk kanak2. Hatta budak SPM pon meols rasa tak patut tengok lagi
Quote She-Ra 22-4-2024 12:57 PM
hari buruh kang pegi tonton
lama tak ke wayang selepas mallbat
harapnya memenuhi citarasa laa

iols dgn kwn2 gigih pegi tonton mat kilau masa tengah buat sesi jelajah semenanjung malaysia. masatu kami kt ganu. ramai gila manusiaaaa.. memasing pakai baju tradisional lengkap tanjak bagai..
tp lepas keluar kes sol sol, rasa nyesal pulak beria tgk
Quote dewi_rina 22-4-2024 01:04 PM
heythere123 replied at 22-4-2024 04:53 AM
ya kaka, dah la finally heols bukak mulut sikit

ada interview dia yg baru2 ni pun mmg nampak dia bukak mulut sikit.. jelas dia ckp, tiber iols melting tengok dia walau dah besar peti ais
Quote heythere123 22-4-2024 01:06 PM
dewi_rina replied at 22-4-2024 01:04 PM
ada interview dia yg baru2 ni pun mmg nampak dia bukak mulut sikit.. jelas dia ckp, tiber iols mel ...

ye, badan heols takleh buat apa dah. Memang heols enjoy kot badan cam esbok gitu
Quote dewi_rina 22-4-2024 01:07 PM
heythere123 replied at 22-4-2024 05:06 AM
ye, badan heols takleh buat apa dah. Memang heols enjoy kot badan cam esbok gitu

esbok pun esbok lah, janji iols tengok muka dia je.. tapi kadang iols tergelak lah bila teringat org ckp mcm buzzlightyear
adoi sama sebijik pulak tu
Quote heythere123 22-4-2024 01:08 PM
dewi_rina replied at 22-4-2024 01:07 PM
esbok pun esbok lah, janji iols tengok muka dia je.. tapi kadang iols tergelak lah bila teringat o ...

betul la tu, cam buzz lightyear. Cuma bezanya buzz tu himbo, heols ni bijak la sikit karakternya
Quote dewi_rina 22-4-2024 01:20 PM
heythere123 replied at 22-4-2024 05:08 AM
betul la tu, cam buzz lightyear. Cuma bezanya buzz tu himbo, heols ni bijak la sikit karakternya ; ...

Comel jugak buzzlightyear tu.. Weekend ni iols nak pergi, mesti meriah mcm tengok mat kilau dulu
Masa awang pun iols tengok masa first day hari khamis lepas balik keje, not bad lah ramai juga even tak meriah mcm weekend
Quote Skyline_84 22-4-2024 04:03 PM
iols suka je arahan adik solident ni..syafiq yusof...orgnya pun humble je..
Quote Minami2013 22-4-2024 04:27 PM
heythere123 replied at 22-4-2024 04:54 AM
haah, haritu meols terkejut ada makpak bagi anak bawah 12 tahun masuk tengok citer ni.

personally ...

Ganas sgt ke aksi nye chuols?
Quote BellaThePrinces 22-4-2024 04:36 PM
sblm ni tak minat abmjul ni...cakap kumam dlm mulut...tp lepas tgk sheriff ni ehhh...best la dia acting..

harap boleh juta2 filem ni..
Quote deebiz14 22-4-2024 05:19 PM
Anak buah meols ckp pilem ni best naw2.Haruskah meols nengok?

Meols tak bape teruja nak nengok si buzz petieisbok, bibir reben & tengkok keras.



Quote heythere123 22-4-2024 05:50 PM
Minami2013 replied at 22-4-2024 04:27 PM
Ganas sgt ke aksi nye chuols?

huhu i spoil sikit la ek

scene tembak kepala, pastu ada rape scene, walaupun tak tunjuk badan pompuan tapi yg si laki nampak la buat aksi ittew. Meols pon tutup mata time scene tu btw.
Quote heythere123 22-4-2024 05:51 PM
deebiz14 replied at 22-4-2024 05:19 PM
Anak buah meols ckp pilem ni best naw2.Haruskah meols nengok?

Meols tak bape teruja nak nengok si b ...

surprisingly esbok menarik jugak kali ni.

bibir reben cambiasa la, he deliver la cuma nampak budak2 sangat.
Quote heythere123 22-4-2024 05:52 PM
BellaThePrinces replied at 22-4-2024 04:36 PM
sblm ni tak minat abmjul ni...cakap kumam dlm mulut...tp lepas tgk sheriff ni ehhh...best la dia act ...

kannnn


meols pon tak gemar heols yang suka cakap macam kulum benda dalam mulut. Tapi kali ni elok pulak tak annoying. Sebenarnya heols boleh je bukak mulut tapi mungkin selama ni malas #donepitenah

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:48 AM GMT+8 , Processed in 0.049432 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top