View: 13422|Reply: 93
|
Sheriff ‘sailang’ Mat Kilau, kutip RM11 juta dalam 3 hari
[Copy link]
|
|
Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof berada di landasan terbaik untuk memintas kutipan pecah panggung Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan abang kandungnya, Syamsul Yusof.
Selepas tiga hari ditayangkan, filem yang dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan sudah berjaya meraih kutipan RM11.4 juta yang dianggap sebagai pencapaian luar biasa.
Paling menarik, Sheriff berjaya mengaut kutipan RM6.4 juta sekali gus mengatasi rekod filem Mat Kilau arahan Syamsul yang mencatat kutipan hanya RM1.8 juta pada hari kedua tayangannya.
“Alhamdulillah, saya memang tidak sangka dengan sokongan ini. Kita masih dalam ‘mood’ raya lagi tetapi sokongan orang Malaysia memang luar biasa,” kata Syafiq.
Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd. Syafiq Mohd. Yusof berkata, dia mematuhi garis panduan menonton filem tersebut di pawagam.
“Filem Sheriff: Narko Integriti merupakan sebuah filem yang diklasifikasikan sebagai P16 oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF).
“Oleh itu mana-mana individu berusia bawah 16 tahun tidak dibenarkan untuk menonton filem berkenaan.
Filem genre aksi thriller terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw itu mencatat kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal.
Sheriff menampilkan watak Nazri lakonan Syafiq, iaitu seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit lakonan Aaron semakin berleluasa.
Nazri pula terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana pelaku sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang.
Pada masa sama, Sheriff lakonan Zul, adalah seorang anggota Jabatan Integriti yang dihantar untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan ditugaskan bersama Nazri di bawah satu jabatan.
Filem Sheriff adalah kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila.
Untuk info, filem paling laris dalam sejarah perfileman negara adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan box office tertinggi iaitu RM97 juta.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Mat kilau ni sampai cikgu2 buat rombongan sekolah tgk wayang. Mmg susah la sheriff nak pecah rekod tu. Lagi pulak cerita sheriff ni utk 16 tahun ke atas je. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dapat collection kedua selepas Mat Kilau pun dah kira hebat... mat kilau tu sbb vibe dia lain sikit.. byk rombongan sponsor YB sana sini... rombongan sekolah la, JKKK la, Puspanita, Ngo itu, Ngo ini... situ pun dah separuh collection... |
|
|
|
|
|
|
|
iols nak pergi tengok hujung minggu ni, nak tengok bamjul
hensem jugak, mcm salman khan |
|
|
|
|
|
|
|
bertiang lagi elok Sheriff ni. Go go
kalau tak dapat beat rekod MK pon takpe, Syafiq Yusof dah tebus kegagalan PE3 dengan movie Sheriff ni |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 22-4-2024 12:36 PM
iols nak pergi tengok hujung minggu ni, nak tengok bamjul
hensem jugak, mcm salman khan
ya kaka, dah la finally heols bukak mulut sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 22-4-2024 08:29 AM
Mat kilau ni sampai cikgu2 buat rombongan sekolah tgk wayang. Mmg susah la sheriff nak pecah rekod t ...
haah, haritu meols terkejut ada makpak bagi anak bawah 12 tahun masuk tengok citer ni.
personally for me, citer ni tak sesuai untuk kanak2. Hatta budak SPM pon meols rasa tak patut tengok lagi |
|
|
|
|
|
|
|
hari buruh kang pegi tonton
lama tak ke wayang selepas mallbat
harapnya memenuhi citarasa laa
iols dgn kwn2 gigih pegi tonton mat kilau masa tengah buat sesi jelajah semenanjung malaysia. masatu kami kt ganu. ramai gila manusiaaaa.. memasing pakai baju tradisional lengkap tanjak bagai..
tp lepas keluar kes sol sol, rasa nyesal pulak beria tgk |
|
|
|
|
|
|
|
ada interview dia yg baru2 ni pun mmg nampak dia bukak mulut sikit.. jelas dia ckp, tiber iols melting tengok dia walau dah besar peti ais
|
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 22-4-2024 01:04 PM
ada interview dia yg baru2 ni pun mmg nampak dia bukak mulut sikit.. jelas dia ckp, tiber iols mel ...
ye, badan heols takleh buat apa dah. Memang heols enjoy kot badan cam esbok gitu |
|
|
|
|
|
|
|
esbok pun esbok lah, janji iols tengok muka dia je.. tapi kadang iols tergelak lah bila teringat org ckp mcm buzzlightyear
adoi sama sebijik pulak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 22-4-2024 01:07 PM
esbok pun esbok lah, janji iols tengok muka dia je.. tapi kadang iols tergelak lah bila teringat o ...
betul la tu, cam buzz lightyear. Cuma bezanya buzz tu himbo, heols ni bijak la sikit karakternya |
|
|
|
|
|
|
|
Comel jugak buzzlightyear tu.. Weekend ni iols nak pergi, mesti meriah mcm tengok mat kilau dulu
Masa awang pun iols tengok masa first day hari khamis lepas balik keje, not bad lah ramai juga even tak meriah mcm weekend
|
|
|
|
|
|
|
|
iols suka je arahan adik solident ni..syafiq yusof...orgnya pun humble je.. |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 22-4-2024 04:54 AM
haah, haritu meols terkejut ada makpak bagi anak bawah 12 tahun masuk tengok citer ni.
personally ...
Ganas sgt ke aksi nye chuols? |
|
|
|
|
|
|
|
sblm ni tak minat abmjul ni...cakap kumam dlm mulut...tp lepas tgk sheriff ni ehhh...best la dia acting..
harap boleh juta2 filem ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak buah meols ckp pilem ni best naw2.Haruskah meols nengok?
Meols tak bape teruja nak nengok si buzz petieisbok, bibir reben & tengkok keras.
|
|
|
|
|
|
|
|
Minami2013 replied at 22-4-2024 04:27 PM
Ganas sgt ke aksi nye chuols?
huhu i spoil sikit la ek
scene tembak kepala, pastu ada rape scene, walaupun tak tunjuk badan pompuan tapi yg si laki nampak la buat aksi ittew. Meols pon tutup mata time scene tu btw. |
|
|
|
|
|
|
|
deebiz14 replied at 22-4-2024 05:19 PM
Anak buah meols ckp pilem ni best naw2.Haruskah meols nengok?
Meols tak bape teruja nak nengok si b ...
surprisingly esbok menarik jugak kali ni.
bibir reben cambiasa la, he deliver la cuma nampak budak2 sangat.
|
|
|
|
|
|
|
|
BellaThePrinces replied at 22-4-2024 04:36 PM
sblm ni tak minat abmjul ni...cakap kumam dlm mulut...tp lepas tgk sheriff ni ehhh...best la dia act ...
kannnn
meols pon tak gemar heols yang suka cakap macam kulum benda dalam mulut. Tapi kali ni elok pulak tak annoying. Sebenarnya heols boleh je bukak mulut tapi mungkin selama ni malas #donepitenah |
|
|
|
|
|
|
| |
|