Apa kes pula dengan Iqbal Zulkefli ni? Tiada angin tiada ribut tiba-tiba nak failkan saman terhadap bekas adik iparnya sendiri. Memetik laporan mStar, Iqbal mendakwa adik iparnya yang juga merupakan seorang founder produk terkenal telah memburukkan namanya di media sosial menyebabkan dia hilang sabar. Kata Iqbal, dia mendiamkan diri selama berbulan-bulan kerana mahu menjaga aib keluarga. Tetapi bekas adik iparnya itu dikatakan telah memetik namanya berkali-kali. "Demi Allah saya ada semua bukti dan boleh tunjuk pada satu Malaysia tapi sebab mahu menjaga aib, saya diamkan diri. Saya akan failkan saman kerana memburukkan nama saya dan keluarga di media sosial." Tak cukup dengan Iqbal, adiknya iaitu Ahmad Weldan juga mahu mengheret bekas isteri ke mahkamah di atas tuduhan menipu dan curang ketika masih bergelar suami isteri. Iqbal turut mempersoalkan apakah hukum bertunang ketika dalam idah. Majlis nikah pula dibuat dua hari selepas tempoh idah selesai. "Dia pindah nama dan saham syarikat daripada Weldan dengan cara menipu. Bayangkan pandai dan liciknya dia malah menuduh adik saya curang padahal dia melakukan perkara serupa." Di Instagram, Iqbal mencetuskan tanda tanya apabila meminta idea untuk drama terbaru mengenai seorang wanita yang masuk ke kelab malam sewaktu dalam idah. Katanya, dalam drama itu ada babak di mana wanita berkenaan berpegangan tangan dengan bakal suami di dalam kereta sedangkan tempoh idah belum tamat. Namun kata ahli perniagaan ini, drama terbabit tiada kaitan dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia. SUMBER : mStar/Beautifulnara |
naina replied at 20-4-2024 09:28 AM
Founder vitamilk ni la yang banggar diri umur 19 dah jutawan kereta mewah2 xsambung belajar takpa. K ...
naina replied at 20-4-2024 09:28 AM
Founder vitamilk ni la yang banggar diri umur 19 dah jutawan kereta mewah2 xsambung belajar takpa. K ...
codenamedream replied at 20-4-2024 09:31 AM
Iya. Pompuan yg sama.
naina replied at 20-4-2024 09:39 AM
Prmpuan ni jugak kan yang pergi Langkawi bawak ferrari ke Lamborghini show of ummah Langkawi sebab ...
telracs replied at 20-4-2024 01:44 AM
Comel Iqbal ni.
Ngai tak nak try ke?
ADVERTISEMENT