Selepas kecoh kes memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri, Fara Roslan, penyanyi Ippo Hafiz didakwa melarikan anak keduanya daripada jagaan wanita itu sejak awal Februari lalu. Spekulasi tercetus selepas individu yang dikenali sebagai Yazmin dipercayai kakak ipar kepada isteri Ippo mendedahkan penyanyi itu juga tidak bertemu anak sulungnya ketika hari raya minggu lalu. “Bagi yang tidak tahu, anak bongsunya ini baru berusia dua tahun tiga bulan telah diambil sendiri bapanya (Ippo) dari jagaan ibu, datuk, neneknya pada 1 Februari lalu. “Dia telah berjanji untuk menghantar balik anak ini pada 4 Februari tetapi dia memungkiri janji dan sehingga ke hari ini (77 hari), ibu kandungnya masih tidak dapat bertemu dengan anaknya kerana tidak dibenarkan. “Ippo juga sudah 77 hari tidak datang berjumpa anak sulungnya. Bukan kerana isteri tidak benarkan tetapi dia yang memilih untuk tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi perkongsian TikTok.
Berkongsi lanjut, wanita terbabit turut meluahkan rasa bengang apabila pelantun lagu Kekal Bahagia itu turut memisahkan kasih sayang seorang abang dengan adiknya. “Ibu kandungnya juga tidak tahu di mana anaknya tinggal. Anak sulung Ippo yang berusia empat tahun ada bersama ibunya. “Anak bongsunya ini sangat rapat dengan abangnya. Kenapa perlu pisahkan kasih sayang ini? Anak kecil ini masih perlukan pelukkan dan kasih sayang ibunya. “Apa haknya sebagai bapa untuk sekat dan halang. Saya tahu ramai ibu-ibu di luar sana yang senasib dengan adik ipar saya,” ujarnya lagi. Dalam masa sama, Yazmin memaklumkan Fara tidak berputus asa mencari putera bongsunya walaupun masih gagal dihubungi sehingga kini. “Malah, ketika hari raya baru-baru ini isterinya juga cuba menghubungi dia namun panggilan tidak dijawab. “Kalau dia tidak puas hati dan ada masalah dengan isteri kenapa anak-anak yang dijadikan mangsa,” tuturnya. Pada 12 Mac lalu, Ippo memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Fara di Mahkamah Rendah Syariah Ampang selepas wanita itu tidak pulang ke kediaman mereka sejak November tahun lalu. Bagaimanapun, isterinya tidak hadir ke prosiding tersebut dan mereka perlu datang ke mahkamah pada 23 April ini. Terdahulu, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Sumber – KOSMO! ONLINE |
syabee replied at 19-4-2024 09:42 PM
kena dgr cite both side....
doubleA replied at 20-4-2024 01:41 AM
Kalau tak silap ni bukan first marriage ippo ni kan? Aiyo biar takda rupa tapi perangai helok, ni ka ...
syabee replied at 20-4-2024 01:21 PM
kakak ipor plak yg lebih2...biarlah derang laki bini settlekan
Binodino replied at 20-4-2024 01:26 PM
Kenapa ek kalau masalah lakibini orang luar pulak sibuk nak jadi spokeperson? Macam kes meresah an ...
ADVERTISEMENT