JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan majlis pertunangan seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun di Madura, wilayah Jawa Timur, lapor akhbar Tribunnews semalam. Lebih mengejutkan, budak perempuan yang tidak didedahkan namanya itu ditunangkan dengan seorang kanak-kanak lelaki yang juga berusia tujuh tahun. Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @z0yaahmad, penduduk tempatan dilihat menghadiri majlis berkenaan dan menyaksikan pertunangan mereka. Keluarga kanak-kanak lelaki itu membawa barang-barang hantaran termasuk emas. Seorang ahli keluarganya menyarungkan perhiasan pada kanak-kanak perempuan itu sama seperti majlis pertunangan orang dewasa. Menurut pemilik akaun TikTok tersebut, kedua-dua mereka dijodohkan sejak dari kecil dan akan berkahwin apabila memasuki usia dewasa. – AGENSI
|
SalenaGomez replied at 20-4-2024 02:14 AM
Hurmmmm, lepas 10 tahun nanti viral lah video mantan datang ke acara pernikahan. Pastu pengantin pem ...
airfilterkotor replied at 20-4-2024 09:08 PM
Tunang awal, baru tak kalut.
ADVERTISEMENT