CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kanak-Kanak Jual Bubur 20 Sen, Ingin Bantu Orang Susah

15-12-2015 10:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6998| Komen: 39

Oleh Adib ZA

Jika sebelum ini banyak kisah di luar negara mereka yang membantu orang gelandangan dan juga golongan kurang berada, kini ia turut semakin banyak diaplikasikan di negara ini.


Terbaru, dua orang kanak-kanak berusia 10 dan 8 tahun didapati menjual pelbagai makanan seperti bubur ayam, dadih, cekodok pisang, sandwich telur dan mi goreng dengan harga begitu murah, serendah 20 sen!

Iman Sufiah, 10 tahun merupakan seorang anak kepada usahawan, memberitahu tujuannya adalah untuk membantu orang yang susah dan sama sekali tidak peduli tentang untung atau rugi. Dia dan adiknya menjual semua jenis makanan itu di hadapan restoran keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur. 

“Saya buat semua ini untuk kebajikan, tetapi terkejut apabila ramai yang menjadikan situasi itu sebagai bahan bualan sehinggakan ada yang membeli barang jualan kami dalam kuantiti yang banyak.

“Semuanya bermula selepas saya melihat cerita orang susah yang banyak dipaparkan di televisyen, laman Facebook dan Internet. Hati saya cepat tersentuh dan kasihan melihat mereka kerana tidak mampu untuk membeli makanan,” ujar kanak-kanak ini menerusi akhbar Harian Metro. 


Dia juga ditemani adiknya, Iman Ayeisha, 8 tahun. - CARI Infonet


Baca selanjutnya: Harian Metro


                     
(Sumber foto: Harian Metro)
11

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
15

Sedih
9

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 15-12-2015 08:39 AM
nak beli pun segan,  murah sangat.
Quote chinta89 15-12-2015 08:48 AM
makin ramai jual murah2.. lps tu bajet terkejut jd perhatian.viral kat laman sosial..
Quote saladin780 15-12-2015 08:50 AM
yg borong banyak2 tu mesti utk jual balik letak harga 50 sen
Quote jengkoil 15-12-2015 08:56 AM
chinta89 replied at 15-12-2015 08:48 AM
makin ramai jual murah2.. lps tu bajet terkejut jd perhatian.viral kat laman sosial..

I loikeee...
Quote shoryu 15-12-2015 09:05 AM
Ha'a makin ramai yg jual murah..takpela untung kat pihak pengguna atau orang yg memang tengah susah
Quote supernaturalee 15-12-2015 09:07 AM
comel papan iklan die
Quote md.jie 15-12-2015 09:08 AM
tak salah jual murah dek, jangan jual mahal sudeh...
Quote Star_el 15-12-2015 09:12 AM
baguslah benda positif diviralkan berbanding dengan benda negatif.
Quote Simunggu 15-12-2015 09:13 AM
kalau ramai org kaya mcm ini kan bagus...ringan juga beban rakyat....
Quote nuc 15-12-2015 09:15 AM
kecik2 dah berlatih berniaga
Quote mommymonster82 15-12-2015 09:16 AM
Ya Allah..baiknya....moga usaha ni diberkati..
Quote revolusi_30 15-12-2015 09:21 AM
Nama pun kerja amal.  Bagusla.  Akak syak parents  beliau D'Cengkih
Quote qronaldo7 15-12-2015 09:24 AM
murah pun bising mahal pun bising.

balik modal separuh pun jadi la

Quote Artemesiaa 15-12-2015 09:24 AM
Bagus le dik isi masa cuti sekolah dgn kerja yg berfaedah
Quote awanearisu 15-12-2015 09:41 AM
bagus dik, satu latihan asas perniagaan secara amali yang baik diamalkan sedari kecil untuk memupuk sifat-sifat keusahawanan. semoga menjadi usahawan yang berjaya.
Quote rospinki 15-12-2015 09:54 AM
kalau dekat bole je aku beli byk2 aku sedekahkat org lain pulak.
Quote saden 15-12-2015 10:00 AM
'situasi', 'kuantiti'.... perkataan budak 10 tahun la sangat
Quote pearl.silver 15-12-2015 10:18 AM
Masalah nye adik ni bkn die yg keluarkn modal..
Quote Cyempaka 15-12-2015 10:18 AM
konpem la budak-budak ni dapat untung..sebab modal mak pak dia yang kluarkan

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.089228 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top