CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hamil? Fitnah Paling Kelakar – Sabri Yunus

19-4-2024 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10429| Komen: 11



PENGARAH dan pelakon, Sabri Yunus menganggap spekulasi kehamilan isterinya sebagai fitnah yang dicetuskan secara berleluasa.

Katanya, desas-desus tidak berasas itu menjadikan hari ini paling lucu dalam hidupnya dan Angeline Tan sejak mereka bergelar suami isteri setengah tahun lalu.

“Hari paling kelakar  sepanjang enam bulan yang lalu. Hari ini viral cerita fitnah paling kelakar.

Kepada orang yg memulakan isu ini, tidakkah dia rasa bersalah kalau tak rasa berdosa pun?

“Kepada yang menyambut dan menyambung viralkan cerita ini tidakkah dia rasa yang serupa?” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Aktivis seni berusia 63 tahun itu bersuara selepas spekulasi mengenai kehamilan teman hidupnya terus diperkatakan sehingga mengundang tanda tanya insan terdekat.

Bukan apa, puas nak menjawab kawan yang bertanya mahu pengesahan (khabar angin) .


“Ada kawan kata ‘tak mengapa, benda baik’.  Saya kata yang tak baik itu fitnah. Fitnah tak mungkin baik,” ujarnya.

Sebelum ini sebuah blog memuat naik berita mendakwa Angeline atau Ardini, 57, kini hamil dengan usia kandungan memasuki satu bulan.

Susulan itu, ruangan komen perkongsian tersebut meraih ucapan tahniah daripada netizen.

Begitupun,  pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu menafikan dakwaan tersebut selain menegaskan tidak tahu daripada mana khabar angin itu tercetus.

Sabri dan Angeline mendirikan rumah tangga di Perlis pada 13 Oktober tahun lalu.

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 19-4-2024 09:35 AM
fahammmm.... dia jdi fitnah lah kalau dia suami isteri itu tahu keadaan masing2, contohhhhnya ;
- dia tahu isteri dia dah menopause
- dia tahu dia dah andropause ; so how isteri hamil pulak, bahaya fitnah
- mereka berdua hanya ingin berteman di usia tua sahaja, no ehem2...contohhh
- orang tertunggu-tunggu isteri bersalin, namun hampa, walhal mmg takde, nnt org kata gugur pulak
- risiko kehamilan di usia lanjut
- suka hati diorg lah, diorg ada planning sndiri
Quote Mimo.mimo 19-4-2024 09:42 AM
Masing2 dah warga emas kot. Agak2 ler. Yang buat cerita pung
Quote marchikobonzo 19-4-2024 10:57 AM
Ayoo..hebat sangat kalau nak preggy umur 57..dah kenapa pulak korang nak fitnah abe we & lucy?
Quote I.K.A888990 19-4-2024 12:07 PM
yakin sgt yg buat citer pun adoi
Quote fish 19-4-2024 12:20 PM
fitnah semata2 nak org tekan link shopee...
Quote bulalof 19-4-2024 01:49 PM
takyah la response. in another way cam nak bgtau dah bersenggama je.
Quote stania83 19-4-2024 02:09 PM
Blog blog bodoh nak dapat trafii
Quote Aneem 19-4-2024 02:18 PM
Nk mampos agknya netizen yg speku.
Takpun bodo tebal sgt.
Quote menjad 19-4-2024 02:23 PM
Cerita dalam kain laki bini pung netizen dok hebohhhh. Tak mesti yg berkahwin akan dapat anak tambah kawen usia senja gitu. Sekadar nak berteman.


Bodo betul sesiapa yg gigih beno tuh.
Quote jihyomelly 19-4-2024 02:40 PM
dah usia emas benda2 remeh nak ngandung nak bgn tido susu anak kelek baby..bukan memasing xde anak.. biar la diorg nak saling menemani melengkapi hidup diorg.. sibuk nau
Quote BellaThePrinces 19-4-2024 03:06 PM
nak buat kelakar tapi tak kena tempat...gitu lah....

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.035705 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top