View: 10248|Reply: 11
|
Hamil? Fitnah Paling Kelakar – Sabri Yunus
[Copy link]
|
|
PENGARAH dan pelakon, Sabri Yunus menganggap spekulasi kehamilan isterinya sebagai fitnah yang dicetuskan secara berleluasa.
Katanya, desas-desus tidak berasas itu menjadikan hari ini paling lucu dalam hidupnya dan Angeline Tan sejak mereka bergelar suami isteri setengah tahun lalu.
“Hari paling kelakar sepanjang enam bulan yang lalu. Hari ini viral cerita fitnah paling kelakar.
Kepada orang yg memulakan isu ini, tidakkah dia rasa bersalah kalau tak rasa berdosa pun?
“Kepada yang menyambut dan menyambung viralkan cerita ini tidakkah dia rasa yang serupa?” tulisnya dalam hantaran di Facebook.
Aktivis seni berusia 63 tahun itu bersuara selepas spekulasi mengenai kehamilan teman hidupnya terus diperkatakan sehingga mengundang tanda tanya insan terdekat.
Bukan apa, puas nak menjawab kawan yang bertanya mahu pengesahan (khabar angin) .
“Ada kawan kata ‘tak mengapa, benda baik’. Saya kata yang tak baik itu fitnah. Fitnah tak mungkin baik,” ujarnya.
Sebelum ini sebuah blog memuat naik berita mendakwa Angeline atau Ardini, 57, kini hamil dengan usia kandungan memasuki satu bulan.
Susulan itu, ruangan komen perkongsian tersebut meraih ucapan tahniah daripada netizen.
Begitupun, pelakon sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu menafikan dakwaan tersebut selain menegaskan tidak tahu daripada mana khabar angin itu tercetus.
Sabri dan Angeline mendirikan rumah tangga di Perlis pada 13 Oktober tahun lalu.
Sumber – HIBGLAM |
|
|
|
|
|
|
|
fahammmm.... dia jdi fitnah lah kalau dia suami isteri itu tahu keadaan masing2, contohhhhnya ;
- dia tahu isteri dia dah menopause
- dia tahu dia dah andropause ; so how isteri hamil pulak, bahaya fitnah
- mereka berdua hanya ingin berteman di usia tua sahaja, no ehem2...contohhh
- orang tertunggu-tunggu isteri bersalin, namun hampa, walhal mmg takde, nnt org kata gugur pulak
- risiko kehamilan di usia lanjut
- suka hati diorg lah, diorg ada planning sndiri |
|
|
|
|
|
|
|
Masing2 dah warga emas kot. Agak2 ler. Yang buat cerita pung |
|
|
|
|
|
|
|
Ayoo..hebat sangat kalau nak preggy umur 57..dah kenapa pulak korang nak fitnah abe we & lucy? |
|
|
|
|
|
|
|
yakin sgt yg buat citer pun adoi |
|
|
|
|
|
|
|
fitnah semata2 nak org tekan link shopee... |
|
|
|
|
|
|
|
takyah la response. in another way cam nak bgtau dah bersenggama je. |
|
|
|
|
|
|
|
Blog blog bodoh nak dapat trafii |
|
|
|
|
|
|
|
Nk mampos agknya netizen yg speku.
Takpun bodo tebal sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Cerita dalam kain laki bini pung netizen dok hebohhhh. Tak mesti yg berkahwin akan dapat anak tambah kawen usia senja gitu. Sekadar nak berteman.
Bodo betul sesiapa yg gigih beno tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
dah usia emas benda2 remeh nak ngandung nak bgn tido susu anak kelek baby..bukan memasing xde anak.. biar la diorg nak saling menemani melengkapi hidup diorg.. sibuk nau |
|
|
|
|
|
|
|
nak buat kelakar tapi tak kena tempat...gitu lah....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|