Alor Setar: Kerajaan negeri bersetuju membina empangan air bawah tanah di Padang Matsirat, Langkawi, bagi mengatasi masalah bekalan air domestik yang dialami penduduk pulau itu. Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata cadangan itu dikemukakan Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) yang mendapati ia mampu dilaksana kerana infrastruktur sama turut dibangunkan di luar negara. Jelasnya, empangan air bawah tanah itu bakal menjadi kemudahan pertama dibina di negara ini, sekiranya pembangunannya berjaya dilaksanakan. "Kita akan hantar EXCO Bekalan Air (Mohamad Yusoff@Munir Zakaria) dan pasukan teknikal ke Jepun untuk melihat secara terperinci empangan yang berjaya dibangunkan di kawasan pulau negara itu. "Kita akan tengok dan kaji sehingga berpuas hati kerana kita takut apabila membelanjakan sehingga lebih RM300 juta ia tidak berkesan," katanya ketika hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah di sini, hari ini.
Muhammad Sanusi berkata, pihak konsultan dari Jepun yang meninjau keadaan kesesuaian projek itu juga mendapati empangan air bawah tanah boleh dilaksana di Langkawi. "Kawasan di Padang Matsirat memiliki hamparan batu di bahagian tepi dan bawah serta sungai di atas yang hanya memerlukan sedikit sekatan untuk dijadikan empangan bawah tanah. "Buat masa ini, kerja pembaikan paip dasar laut yang menyalurkan bekalan air dari tanah besar ke Langkawi sedang dilakukan dan ia dijangka mengambil masa sehingga hujung tahun," katanya. Sumber : Harian Metro
|
otai_g replied at 18-4-2024 12:18 PM
Berjaya atau x sesuatu projek tu bergantung pd media. Kalo projek tu bgs tp media sengaja bg bad rev ...
B40tastePosh replied at 18-4-2024 12:17 PM
Patutnya fikir la Renewable Energy sebagai sumber pendapatan negeri macam Selangor buat.
Guna tasik ...
Samerosie replied at 18-4-2024 12:40 PM
Amboi sakan na holiday pree sana sini sampai ke jepun. Tu singapore dah lama ada underground reservo ...
otai_g replied at 18-4-2024 12:18 PM
Berjaya atau x sesuatu projek tu bergantung pd media. Kalo projek tu bgs tp media sengaja bg bad rev ...
B40tastePosh replied at 18-4-2024 12:43 PM
Adik angkat aku yang Indonesia tu kata dalam banyak² negeri dalam Malaysia, Negeri Selangor ni terb ...
B40tastePosh replied at 18-4-2024 12:17 PM
Patutnya fikir la Renewable Energy sebagai sumber pendapatan negeri macam Selangor buat.
Guna tasik ...
pembacagosip replied at 18-4-2024 03:18 PM
kenapa kedah catu air
padahal a.star tu bandar kut
knpe jadi mcm ni skrg
Cyempaka replied at 18-4-2024 02:49 PM
Alor Setar: Kerajaan negeri bersetuju membina empangan air bawah tanah di Padang Matsirat, Langkawi, ...
Samerosie replied at 18-4-2024 03:28 PM
La ni la 2-3 tahun lepas I pernah mention kat dalam forum juga la officemate i rumah mak pak dia k ...
Samerosie replied at 18-4-2024 03:27 PM
Tak silap I catu sebab kan baru2 ni heatwave jadi air empangan surut.
ADVERTISEMENT