JASIN – Penduduk di Pantai Siring dekat sini gempar apabila sekumpulan nelayan berjaya menangkap seekor buaya tembaga seberat lebih 500 kilogram (kg), pagi tadi. Beberapa klip video berkaitan kejadian turut tular di media sosial memaparkan sang bedal itu ditambat menggunakan tali di pesisir pantai dipercayai bagi menunggu tindakan lanjut daripada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Turut hadir di lokasi adalah sepasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau bagi memberikan bantuan awal. Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II, Mohd. Suffian Abu Bakar berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.06 tengah hari tadi. “Jentera sampai pada pukul 12.17 tengah hari dan mendapati seekor buaya tembaga sepanjang lima meter telah berjaya ditangkap oleh nelayan di kawasan itu.
“Pasukan bomba telah berhubung dengan Perhilitan berkaitan penangkapan tersebut dan kami sedang berbincang mengenai pengangkutan bagi membawa haiwan tersebut ke pusat konservasi,” katanya. Terdahulu, salah satu klip tular video berdurasi 25 saat turut memaparkan beberapa penduduk kampung dilihat datang ke lokasi semata-mata bagi merakamkan gambar bersama haiwan pemangsa itu.
|
jejai replied at 17-4-2024 09:25 AM
kemain la mokcik tu duduk atas belakang buaya nak bergambar..kena libas ngan ekor tak pasal je
kemaruk replied at 17-4-2024 05:22 PM
dulu ada sorang ex gefren bangkem ni ajak mandi pantai
bangkem cakap taknak sebab takut buaya
Tinot7 replied at 17-4-2024 06:42 PM
Alang2 tu share kat sini sekali profil dia.. voley kami tau taste bangkem tinggi ke dak..
kemaruk replied at 18-4-2024 12:52 AM
bangkem dah tengok tadi
last update status 17 mac 2016, yakni kebetulan 7 hari selepas putus ngan ...
Tinot7 replied at 18-4-2024 03:05 AM
Salam takziah kpd keluarga dia..
Now takde bukti taste bangkem
ADVERTISEMENT