CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Foto cium suami, Shima Anuar dilabel tak hormat bulan mulia

9-4-2024 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8679| Komen: 35


Gara-gara memuat naik foto mencium bibir suami, pelakon Shima Anuar dikecam ramai.

Perkara tersebut dikongsi dalam Instagram dipercayai ketika dia dan suami, Solih Taha meraikan hari jadinya yang ke-33.

Rata-rata berpendapat pasangan terbabit tidak menghormati kesucian Ramadan apabila memuat naik gambar intim walaupun sah sebagai suami dan isteri.

“Kemesraan dalam rumah tangga haram apabila dizahirkan kepada orang luar,” kata pengikut.

“Lebih baik padam sahaja foto pertama (gambar bercium). Tidak perlu tayang semua benda walaupun suami isteri,” ujar netizen.

“Rasanya tidak perlu kongsi gambar itu kepada umum. Lebih-lebih lagi sekarang bulan Ramadan,” tutur netizen lagi.

Dalam masa sama, pemilik nama sebenar Noor Hashimah Anuar itu turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang sudah memasuki tahun ketujuh.

“33 tahun muda, tujuh tahun perkahwinan bersama lelaki baik dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.


“Selamat hari lahir buat saya dan selamat ulang tahun perkahwinan buat kami,” ujarnya dalam perkongsian sama.

Shima sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan Solih pada 8 April 2017.

Perkahwinan mereka diserikan tiga cahaya mata iaitu Marian Sophia, 5, Mikhael Iman, 4, dan Harris yang berusia enam bulan. 

Sumber -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 9-4-2024 08:40 PM
Gelinya. Kalau cam hun haqim tu takpa la gak
Quote September14 9-4-2024 08:43 PM
Ingtkn aron ajiz td bampak tua
Quote bedahmenjuyah 9-4-2024 09:06 PM
Who areyus??
Quote slyfynx 9-4-2024 09:36 PM
Wait.... who?
Quote cmf_premierleag 9-4-2024 09:50 PM
Shima Anuar who?
Solih Taha who?
Whoareyussss hanattttt?????
Quote jihah_kudat 9-4-2024 10:50 PM
aku follow shima ni sebab nampak dia macam classy jugak tapi rupanya rempit jua post gambar bercium waima laki ko geli nyah untuk tatapan umum..
Quote thelilyallen 10-4-2024 12:08 AM
jihah_kudat replied at 9-4-2024 10:50 PM
aku follow shima ni sebab nampak dia macam classy jugak tapi rupanya rempit jua post gambar bercium  ...

Risau sis, takut laki disondol. Tapi rupa gitu, seram ku melihatnya. Mcm atok atok dah
Quote j3m4h 10-4-2024 10:26 AM
jihah_kudat: aku follow shima ni sebab namp ...
sheol ni nmpk ok tapi kaki sentap..feeling lebih..laki pon x brp sedap janji poket tebal..
Quote azlinazakarya 11-4-2024 03:24 AM
Baru je tertengok ig influencer salam raya husband kiss kiss mulut. Husband agak veteran. Tahu la halal...tapi agak tak kena nak jsdivtontonan umum
Quote anilanil 11-4-2024 01:20 PM
Tok laki dia dah tua & mmg nampak tua sbb tu dikecam sbb nampak mcm bapak gula & anak gula. Kalo sama elok sama padan cam bamtah & kakafaz harus la terlihat sweet banget.
Quote anarina 11-4-2024 03:55 PM
jihah_kudat replied at 9-4-2024 10:50 PM
aku follow shima ni sebab nampak dia macam classy jugak tapi rupanya rempit jua post gambar bercium  ...

Desperado btl nak show, ada penyodol tgh cuba menyondol ke
Quote green~tea 11-4-2024 04:20 PM
Biar la dia nak cium laki dia..

Bukan dia cium laki engkau...
Quote jihah_kudat 11-4-2024 07:25 PM
thelilyallen replied at 9-4-2024 04:08 PM
Risau sis, takut laki disondol. Tapi rupa gitu, seram ku melihatnya. Mcm atok atok dah

rupa bukan ukuran yang penting poket kepuk2..
Quote jihah_kudat 11-4-2024 07:27 PM
anarina replied at 11-4-2024 07:55 AM
Desperado btl nak show, ada penyodol tgh cuba menyondol ke

hmm adakah..mungkin jugak..sebab sepanjang aku follow dia tak pernah pulak nampak dia post aneh2 macam ni..so kita wait and see je la..
Quote belacan_gurl 13-4-2024 07:34 AM
Dia nih bodoh gi tayang comolot dgn laki x hensem dia tu orang terus geli nk muntah weeks
Quote DeLuna85 13-4-2024 07:49 AM
Mcm takda masalah pun.
Quote MadameOnion 13-4-2024 11:12 PM
Laki tua kerepot kalau kaya pun takdanya org nak stim tengok..jijik betholll
Quote Manusiabesa 13-4-2024 11:27 PM
jihah_kudat replied at 9-4-2024 10:50 PM
aku follow shima ni sebab nampak dia macam classy jugak tapi rupanya rempit jua post gambar bercium  ...

Dulu dia gigih meniaga laksam kan. Retis jual mknn nth sedap nth tidak. Saja meniaga sbb nk ada nama je. Mcm lananodin jual segala cabang roti and pastry, basic bidang fnb pun mcm nanhado tgok keroti tu mcm keras bole baling dinding.
Quote Sunkiss8999 14-4-2024 12:05 AM
Aah bethol..lagi satu eina azman tu..dulu jual laksa, ada org tegur cara dia masak laksa tu salah..pastu dia melenting..pastu ada gak peminat pernah beli laksa dia..cakap tak sedap..haha! Last nye terus berkubur bisnez laksa dia..pasah sandha pernah gak tgk video dia masak sambal apa tah..lada kisar tu merah lagi..tak garing tak masak lagi..dia da masuk kan bahan mentah..taktau la rasa apa sambal dia..tapi tengok yg beriya makan pun laki dorang je..susah nye sis nak husnuzon kalo tgk retis2 ni masak..semua cam syok sendiri

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.104772 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top