CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Datin Shahida Dedah Ada Bergaduh Dengan Aliff Syukri, Jadi Punca ‘Lari Dari Rumah” – “Dia Pergi Australia”

9-4-2024 04:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10156| Komen: 56

Description: Isteri kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida memaklumkan suaminya itu kini berada di luar negara Australia setelah ‘melarikan diri’ dari kediaman mereka.

Isteri kepada usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida memaklumkan suaminya itu kini berada di luar negara Australia setelah ‘melarikan diri’ dari kediaman mereka.

Ujar Shahida, Aliff Syukri lari dari rumah kerana merajuk setelah berlaku pertengkaran di antara mereka.

"Sebenarnya kami bergaduh, selepas itu dia (Aliff) lari rumah."

Wanita itu berkongsi mengenai perkara itu setelah ditanya pelakon Ifa Raziah tentang ketidak hadiran suaminya itu ke Festival Jualan Raya yang berlangsung di KLCC pada 29 Mac lalu.

Namun begitu, Shahida tidak menjelaskan lanjut tentang punca pergaduhan mereka sehingga usahawan itu bertindak sedemikian.

Sementara itu, Aliff Syukri yang dihubungi berkata dia sememangnya berada di luar negara dan tidak menghadiri sebarang jemputan yang diterimanya.


"Saya memang tak pergi mana-mana acara, saya di Australia."

Difahamkan, kehilangan Aliff Syukri itu dipercayai berpunca daripada tekanan yang diterimanya setelah kontoversi video teaser lagu raya berjudul Love Raya untuk tahun ini gagal diterbitkan gara-gara didakwa berunsur lucah dan mencemarkan kesucian bulan Ramadan.

Malah, pihak SKMM turut mengambil tindakan terhadap usahawan itu apabila agensi berkenaan telah menyita telefon bimbit dan kad sim milik Aliff Syukri bagi tujuan siasatan.

SUMBER : mStar/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote teen_angelJB 9-4-2024 05:12 PM
Jumpa jat ke kaka alipp.. Haha
Quote shida81 9-4-2024 06:07 PM
Apa yg bini dia syg Sgt si alip ni bertahan sampai ank berderet.. Kdg2 ak tgk bini dia pun fed up ngn si alip ni
Quote wikedsaikel 9-4-2024 06:15 PM
Alaaaa tau tau nanti keluar video lagu raya rekod guna phone kat sana. Penampakan khas Kak Jat.
Quote jalfa 9-4-2024 07:34 PM
Part of content...laki bini sama je
Quote slyfynx 9-4-2024 07:38 PM
Same je.
Pas gaduh konon nk cerai, pastu baik balik.
Gi korang satu family masuk gaung
Quote beatgirlX 9-4-2024 07:47 PM
slyfynx replied at 9-4-2024 07:38 PM
Same je.
Pas gaduh konon nk cerai, pastu baik balik.
Gi korang satu family masuk gaung

Pastu u ngandung.... Hehehe
Quote Barebow77 9-4-2024 07:56 PM
Org have2 merajuk lari ke ozy..aku kalau majuk lepak taman tasik taiping je mampoo..sambil pekena laksa ngan ayaq oren..begitulah nasib org tak have2..

Quote MissVixen 9-4-2024 08:10 PM
Yolar tu bergaduh. Diorang ni sekufu je. Netizen ni dah lupa agaknya drama palsu diorang nak bercerai dulu. Alih2 saling puji memuji antara satu sama lain.
Quote gekkou 9-4-2024 08:27 PM
buat malu kat anak2 je laki bini ni
bergaduh lari rumah kecoh satu malaysia
Quote _kelly 9-4-2024 09:20 PM
tak malu kat anak2 kot si toklip ni..tiap2 tahun duk buat kontroversi..anak2 dah remaja pulak, g sekolah nanti kena kutuk sebab apak gila glemer
Quote jihyomelly 9-4-2024 09:42 PM
ala kak lip nak jumpa kak jat la tu kat ostolia..kang buat la lagu raya togeder2 mengelinjat mengelitis mcm ulat bulu
Quote meah_kelabu 9-4-2024 10:20 PM
pelik betul taste datin
kemain kelempuk lagi laki dia, terang2an plak tu
berderet gak anak
Quote lyshafull 9-4-2024 10:46 PM
Dyrg mmg gaduh tiap kali raya
Ade je jual bag kat tiktok dgn pakai singlet nmpk bulu tiak
Quote telracs 10-4-2024 12:02 AM
Barebow77 replied at 9-4-2024 11:56 AM
Org have2 merajuk lari ke ozy..aku kalau majuk lepak taman tasik taiping je mampoo..sambil pekena la ...

Ok lagi tu dapat keluar rumah g tasik makan²...
berbanding yang mampu masuk bilik nangis bucu katil je ..
Quote annadonna 10-4-2024 01:01 AM
shida81 replied at 9-4-2024 06:07 PM
Apa yg bini dia syg Sgt si alip ni bertahan sampai ank berderet.. Kdg2 ak tgk bini dia pun fed up ng ...

Duittt lorrr apa lagi. Klu cerai pada usia mcm ni siapa yg nak kat datin tu dah. Bertahan ajelah yg penting duit masyukkk
Quote annadonna 10-4-2024 01:02 AM
meah_kelabu replied at 9-4-2024 10:20 PM
pelik betul taste datin
kemain kelempuk lagi laki dia, terang2an plak tu
berderet gak anak

Dah tu yg jantan semua miskin kelempok pun lempoklahh
Quote exclusive_vvip 10-4-2024 01:07 AM
itu lah tu..fake je..Ada ke org yg terang2 bgtau bergaduh laki bini? I time bergaduh dgn asben kat umah, gi tempat keje buat biasa je..memember pun xtau kata bertengkar ngan asben kat umah..memember iols pun mcm tu jgk..takde nyer dok declare gaduh laki bini aih..
Quote Nurdianah 10-4-2024 02:16 AM
Bosan … gitu la hamba medsos. Drama kalah paria!
Quote Dolmat 10-4-2024 02:32 AM
Tu ler korang nyer modallllllll criterrrr sampahhhh!!!

Begitulahhhhhhh


Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.240733 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top