CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Makin ‘Intim’ Semula, Datuk Red, Adira Tak Jadi Cerai?

6-4-2024 06:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17021| Komen: 87



“PAPA dah sampai. Kakak (Anggrek) borak-borak dulu dengan papa, mommy nak masak. Salam papa.”

Itu antara dialog penyanyi, Adira Suhaimi ketika menjayakan sebuah iklan produk makanan berasaskan kambing bakar untuk sebuah jenama terkenal.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila iklan itu turut melibatkan penampilan istimewa suaminya, Datuk Red bersama anak sulung mereka, Anggrek.

Dalam iklan tersebut, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berperanan sebagai bapa, yang menghantar makanan kegemaran isteri dan anaknya ke rumah untuk dimasak.

Walaupun tidak melibatkan dialog antara Adira dan suaminya, namun penglibatan kedua-dua pasangan itu menarik perhatian netizen.

Malah, apa yang membuatkan netizen sebak apabila Datuk Red memberitahu tahun ini dia tidak dapat beraya bersama anaknya kerana perlu bekerja.

"“Kakak, tahun ini raya lain sikit tau. Sebab papa work (kerja). Nanti papa dan okey, papa ambil kakak dengan adik-adik bawa jalan-jalan, pergi makan.


“Kakak jaga mommy dengan adik-adik ya,” kata Datuk Red yang sempat menyambut kata sayang daripada anaknya.

Dalam ruangan komen, rata-rata netizen sebak dengan iklan tersebut, lebih-lebih lagi kerana melibatkan pasangan yang kini dalam proses mahkamah untuk bercerai.

“Kenapa air mata aku bertakung?” ujar seorang netizen.

“Sedihlah. Janganlah cerai. Kasihan dengan anak-anak. Insya-Allah, ada rezeki Datuk Red,” kata seorang lagi netizen.

“Semoga jodoh mereka berpanjangan,” ujar seorang lagi pengguna media sosial.

Untuk rekod, Adira memfailkan perceraian dengan suaminya pada 25 Oktober lalu selepas mendakwa tidak lagi wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka.

Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada 18 Disember tahun lalu menetapkan 5 Mac ini bagi keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Adira dan suaminya berhubung proses penceraian mereka.

Hakim Syarie, Abdul Hadi Umar menetapkan tarikh itu selepas prosiding perlantikan wakil JKP oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, 42, telah selesai pada 18 Disember 2023. Dalam prosiding tersebut, Datuk Red melantik rakannya sebagai wakil JKP.

Datuk Red kemudiannya sekali lagi menarik perhatian ramai apabila mendedahkan mendedahkan ditanggung dua isteri kerana muflis pada 2019 sehingga sukar mendapat pekerjaan.

Datuk Red kemudian membuat video dalam aplikasi TikTok sebagai usaha terakhir mencari pekerjaan untuk menyara keluarga dan melangsaikan hutang.

Rayuan terbukanya meraih perhatian pelbagai syarikat yang menawarkannya pekerjaan termasuk sebagai model baju Melayu jenama terkemuka. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 6-4-2024 07:19 AM
apa jer yg melibatkan duit yg bercekau pun boleh berdamai.
Quote Piramida 6-4-2024 07:31 AM
Raya dulu laaa sama2... Anak2 ramai tu pun happy.
Lepas raya baru fikir hihi
Quote Carcosa 6-4-2024 08:23 AM
No money, no honey.

Yes money, yes honey (number 2)
Quote chandrahusin 6-4-2024 08:25 AM
Money talks
Betul la tu
Dh takde duit sapa je yg tahan
Quote pocongkiutss 6-4-2024 08:43 AM
Kawin dulu pun pasal duit la khen

Yg ni takde pulak bunyi2 kena kecam kalau uturn
Quote nini_azmi 6-4-2024 09:19 AM
Ada nmpk adira n lakinya ni buat live dlm kereta. Kemungkinn tak jd cerai tu ada.
I tgk tt tok red ni letak vtt anaknya dgn adira je. Anak dgn bini first takde pulak or i tak perasan
Quote mekfazura 6-4-2024 09:32 AM
nini_azmi: Ada nmpk adira n lakinya ni buat live dlm kereta. Kemungkinn tak jd cerai tu ada.I tgk tt tok red ni letak vtt anaknya dgn adira je. Anak dgn bini fir ...


BILA JADI MCM NI BIASANYA BINI NO 2 JE BANYAK BERTAHAN DAN BERSABAR... HIKMAH PELIRGAMI

Quote wikedsaikel 6-4-2024 09:42 AM
Yeah right. Wa+yang.
Quote NazRysha 6-4-2024 09:58 AM
Alhamdulillah kalau tak jadi cerai
Nampak Dato Red ni penyayang dengan anak2
Baik anak2 adira atau anak2 datin red
Quote bambimo 6-4-2024 10:06 AM
Edited by bambimo at 6-4-2024 10:07 AM

Kan banyak  laku Dato red skrng... Sana sini brand offer job
Quote Hoola 6-4-2024 10:36 AM
lauk rimau menangis dan produk live kuih raya tersenyum manjahhh
Quote kepompong 6-4-2024 11:06 AM
kalau penyayang tapi enabler baik tak payah (tkde kaitan okg , saja nak tulis)
Quote kepompong 6-4-2024 11:07 AM
ye lor . sekali buat live dpt 100k. 20% pun dah lumayan
Quote heythere123 6-4-2024 11:38 AM
budus yach
Quote anony-mous 6-4-2024 12:16 PM
Dah berduit smula bini pon nk la. Bodoh yach sapa support tokred. Hat ni xkena kecam mcm bella? Mentang2 adira putih
Quote alesandra 6-4-2024 12:24 PM
Ini lagi sekor..masuk ni dah berapa kali ko failkan cerai???
Quote hashashes 6-4-2024 12:34 PM
Bapak aku cakap, ada duit semua jalan
Quote jalfa 6-4-2024 12:40 PM
Dah berduit ni rugi la tinggai...depa bukan cerai pon lagi...ntah ntah bunting lagi lepas ni x jadi lagi
Quote tidak_kelihatan 6-4-2024 12:59 PM
jalfa replied at 6-4-2024 12:40 PM
Dah berduit ni rugi la tinggai...depa bukan cerai pon lagi...ntah ntah bunting lagi lepas ni x jadi  ...


Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.259248 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top