CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Ikut Pesan Suami, Berpada-Pada Tayang Kebahagiaan

8-4-2024 11:56 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9809| Komen: 20

Description: Demi menjaga keharmonian rumah tangga, penyanyi dan pelakon Nabila Razali akur permintaan suaminya agar tidak berkongsi ‘hal dalam kain’ menerusi media sosial.


Demi menjaga keharmonian rumah tangga, penyanyi dan pelakon Nabila Razali akur permintaan suaminya agar tidak berkongsi ‘hal dalam kain’ menerusi media sosial.

Menurut Nabila, 32, dia dan suami memilih untuk tidak terlalu menunjuk kebahagiaan dalam semua perkongsian media sosial kepada umum.

“Suami pesan kalau boleh hal rumah tangga kita simpan untuk diri kita sahaja dan tunjuk yang sepatutnya sahaja.

“Sebagai perempuan, kalau tak banyak, sikit pun kita akan risau (berlaku perkara tidak diingini), jadi kita cubalah kawal apa yang mampu,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu bagaimanapun tidak menolak bahawa kehendak dan spekulasi netizen antara sebab dirinya risau untuk memaparkan kebahagiaan dengan suami dalam media sosial.

Justeru, bagi memenuhi kehendak semua namun dalam keadaan terkawal, dia akan lebih berpada-pada untuk buat memuat naik sebarang hantaran berkaitan suaminya dalam media sosial.


“Kita cuba simpan tetapi kadang-kadang netizen yang akan buat kita pening kepala juga kerana kalau tak tunjuk (kebahagiaan rumah tangga) dalam media sosial, mereka akan fikir lain dan kalau tunjuk pun mereka cakap lain pula.

“Selalunya suami akan tapis dulu ‘content’ (kandungan) yang saya mahu muat naik dalam media sosial terutama jika berkaitan dengan dirinya.

“Adakalanya saya dah rakam video untuk muat naik dalam TikTok tetapi suami nak tengok dulu. Kalau dia kata okey baru saya kongsi dan sebaliknya,” ujarnya yang akan menyambut raya di Kelantan tahun ini.

Terdahulu, Nabila dan ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 39, selamat bernikah pada 18 November tahun lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di Pahang yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat masing-masing. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 8-4-2024 04:20 PM
laki dia 39?
tahun ni x leh le lahabau hawau…sebab raya kat serambi mekoh
Quote shaiy 9-4-2024 02:22 PM
Nasib ko ler kena tapis pulak bila nk post?hahahaha. Tkleh jd diri sndiri la kena ctrol gtu. Tp aku tgk apa dia post lepas kawen ni makin cringe je.
Quote MeowPARSI 9-4-2024 02:26 PM
Dari dulu Bella ni mmg perahsia pun,, x heran kalau dia hardly post
Quote black_handbag 9-4-2024 02:28 PM
pandai laki beliau didik isteri ye
Quote jihah_kudat 9-4-2024 02:52 PM
ye gambar video dgn laki memang takde..tapi video dia bertiktok sorang2 dgn gaya aneh2 acah2 cute tu laki tak  pesan suruh tapis ke.          
Quote tidak_kelihatan 9-4-2024 03:42 PM
Aku idak la minat sgt Nabila ni. Tapi ada la satu dua lagu dia aku suka, termasuk lagu raya dia ni

Tapi boleh tak ko tukar nickname ko tu. Nama Bella dah jadi tak berapa best skrg ni, so takyah la bahasakan diri ko Bella jugak
Quote hokeypokey 9-4-2024 03:47 PM
ohoo.. gitu rupanya patut la aku sampai lupa kak nab dh kawen
Quote Pak.dolla 9-4-2024 05:29 PM
.
.
.
kalu laki byk duit bini takut tp kalau bini yg byk duit laki pulak takut hahahhaa...
Quote cmf_premierleag 9-4-2024 06:17 PM
Cam bangang je lagu raya si nabila ni
Lagu2 raya bangang lain ialah Alamak De Fam tu, Iman Troye, Dolla sume selayaknyalah kene muted
Quote cicicumel 9-4-2024 06:22 PM
Laki shehe kerja apa??
Quote beatgirlX 9-4-2024 06:44 PM
Tapi dia makin lawa.. Btoi la duit ada semua blh..
Quote jejaka_hensem 9-4-2024 09:59 PM
Lagu raya dia best,iols suka
Lagu2 tahun ni best2,rancak2 xde sedih2 dah.camni baru lah raya,hari kemenangan.

Ini pasang lagu raya sedih2,apooo
Quote tidak_kelihatan 9-4-2024 10:19 PM
jejaka_hensem replied at 9-4-2024 09:59 PM
Lagu raya dia best,iols suka
Lagu2 tahun ni best2,rancak2 xde sedih2 dah.camni baru lah raya,ha ...

Yup setuju..aku pun dah jemu dgr lagu raya lama2????

Lagu2 raya yg baru ni best..fresh dan sesuai dgn keadaan semasa. Baru boleh relate dgn life seharian kita????
Quote sukanyanyi 10-4-2024 12:16 AM
shaiy replied at 9-4-2024 02:22 PM
Nasib ko ler kena tapis pulak bila nk post?hahahaha. Tkleh jd diri sndiri la kena ctrol gtu. Tp aku  ...

Rasa gak la cringe, manja semacam. Iols speku sheols takot shendu lepas kawen, mungkin sbb tu try hard wat macam2 vid toktok.
Quote shaiy 10-4-2024 05:07 AM
sukanyanyi replied at 10-4-2024 12:16 AM
Rasa gak la cringe, manja semacam. Iols speku sheols takot shendu lepas kawen, mungkin sbb tu try  ...

Vid tnya laki nk balik raya tu lagi la cringe. Takut betol dgn laki dia ek?hahahahahha.
Quote ReginaGeorge 10-4-2024 08:45 PM
Sebab:
1. Content kau cringe ngegade
2. Too much exposure nanti laki susah mengaku bujang
Buat video ngan laki tp laki tak layan. Ok lagi laki meksah, benggong2 pon sekali sekala dilayan juga meksah tu.
Quote Lentera 15-4-2024 01:52 AM
Aku minat bella dari dulu tapi menyampah pulak tgk vid ada muka laki dia. Terpaling kawen pulak kekdahnya
Quote manamana123 19-4-2024 10:45 PM
Memang private life is better
Quote Mimo.mimo 19-4-2024 11:03 PM
Tapi dia makin kelaka lepas kahwin. Dalam tt bella, laki muka ketat jer

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.083534 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top