CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anne Ngasri Terkilan Tak Sempat Jumpa Jaafar Onn

4-4-2024 04:39 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11062| Komen: 16



"Saya anggap beliau (Allahyarham Jaafan Onn) seperti bapa sendiri.”

Demikian luahan pelakon Datin Anne Naszriah Ngasri, 40, yang turut berdukacita dengan pemergian selebriti versatil tanah air, Allahyarham Jaafar Onn.

Kata Anne yang sebelum ini pernah berkerjasama dengan Allahyarham menerusi sitkom ikonik, Cili Padi, pemergian pelakon itu adalah satu kehilangan besar buat industri seni tanah air.

“Gambar terakhir kita tempoh hari di hospital.

Harapan Anne untuk berjumpa papa balik (sesudah ibadah umrah) nanti tidak kesampaian, Allah lebih sayangkan papa, pergimu di bulan yang baik” luah Anne seraya berkongsi untaian foto dalam Instagram.


Anne turut menyifatkan Allahyarham seorang yang pemurah dan tidak berkira untuk berkongsi rezeki dengan orang sekeliling.

“Kalau di set penggambaran beliau selalu belikan Anne cokelat, hadiah dan jaga saya macam anak sendiri.

Terlalu banyak kenangan bersama dengan insan bernama Jaafar Onn. Saya membesar di set bersamanya.

“Papa insan seni hebat dan terlalu baik. Saya akan selalu doakan papa bahagia di sisi Allah SWT,” ujar Anne lagi.

Anne terkilan kerana tidak berkesempatan menziarahi Allahyarham berikutan sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Terdahulu, Allahyarham Jaafar, 73, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor, sekitar pukul 11.30 pagi tadi.

Berita pemergian Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang disahkan anak angkatnya, Mohamad Hanif Hashim.

Allahyarham Jaafar sebelum ini mengalami masalah injap jantung yang mengakibatkan kakinya membengkak sehingga perlu menggunakan kerusi roda sejak enam bulan lalu. 

Loading FB Post...

Sumber – HIBGLAM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 4-4-2024 12:51 PM
best cerita cili padi dulu tak pernah miss tengok
Quote newyork 4-4-2024 12:52 PM
Ok lah tu anne sempat jugak tu jumpak kat hospital.
Quote nena9042 4-4-2024 12:53 PM
Sebab dia paling kecik dalam sitkom tu kan
Sure lily paling manja dengan cikgu jaafar
Al-Fatihah untuk arwah
Quote sangbara2020 4-4-2024 02:19 PM
OT..tam tu mn ye skrg?
Quote amarakasih 5-4-2024 01:41 AM
Edited by amarakasih at 5-4-2024 01:42 AM

Inna lillahi wa inna ilayhi ra’jiun
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Quote mamapea 5-4-2024 08:35 AM
arwah ni kalau melatah mmg kelakar lbh2 lg dgn arwah maya matahari...diorg mmg bff kan...
Quote exclusive_vvip 5-4-2024 10:40 AM
ok la..ni kira ok la kalu nak claim kenal rapat ke apa..lagipun Anne ckp tetiap tahun beraya ngan kek buah JO tu..kira selalu jumpa la..bukan macam sesetengah retis yg claim BFF, tapi dah bertahun2 x jumpa smpi la org tu meninggal..
Quote blekkep 5-4-2024 11:13 AM
sangbara2020 replied at 4-4-2024 02:19 PM
OT..tam tu mn ye skrg?

Tam dh lama jd producer drama..kompeni heols ngan sari yanti..belakang tabir jah.
Quote supernaturalee 5-4-2024 11:40 AM
"lily tak tau rap"

lirik die dlm lagu tema cili padi

Quote Supersirap 5-4-2024 11:54 AM
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang beriman
Quote mamajawie 5-4-2024 03:38 PM
i minat betul citer cili padi..alfatihah buat arwah..
Quote prizadane 5-4-2024 04:29 PM
Siapa la nak mewarnai hari raya iols pasni. Papa J punya trademark baju melayu bunga matahari. Kalau nampak baju sunflower je, auto teringat JO. Alfatihah dibaca
Quote lanacondor 5-4-2024 05:16 PM
Rata2 artis semua ckp arwah ni rajin sedekah makanan.. baik arwah ni.. byk pahalanya.. Semoga khusnul khatimah Dan di beri ganjaran syurga.. Aamiiin
Quote jihah_kudat 5-4-2024 07:09 PM
exclusive_vvip replied at 5-4-2024 02:40 AM
ok la..ni kira ok la kalu nak claim kenal rapat ke apa..lagipun Anne ckp tetiap tahun beraya ngan ke ...


hahahahah aku rasa masa time arwah maya kan ramai
claims bff..tapi tak boleh recall retis yang mana satu..
Quote reddots 5-4-2024 07:45 PM
jihah_kudat replied at 5-4-2024 07:09 PM
hahahahah aku rasa masa time arwah maya kan ramai
claims bff..tapi tak boleh recall retis yang man ...

amyza adnan. claim bff, tp dah 13 tahun x penah jumpa .
Quote jihah_kudat 5-4-2024 07:55 PM
reddots replied at 5-4-2024 11:45 AM
amyza adnan. claim bff, tp dah 13 tahun x penah jumpa .

haha mekasih ingatkan.. terpaling bff tu yg 13 tahun tak jumpa..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.079997 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top