CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mereka Masih Mentua Saya – Fasha Sandha

4-4-2024 04:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32157| Komen: 206

Description: MESKI sudah bercerai dengan Datuk Jejai, pelakon jelita Fasha Sandha masih mengekalkan hubungan baik dengan ibu mentua, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah serta keluarga besar bapa kepada dua a ...

MESKI sudah bercerai dengan Datuk Jejai, pelakon jelita Fasha Sandha masih mengekalkan hubungan baik dengan ibu mentua, Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah serta keluarga besar bapa kepada dua anaknya.

Malah, sudah menjadi rutin setiap kali Ramadan, dia dan seoang lagi bekas isteri Jejai iaitu pelakon Nora Danish akan berbuka puasa di kediaman mentua mereka.

Fasha atau nama penuhnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 40, bersyukur hubungannya dengan keluarga bekas suami kekal harmoni walaupun sudah membawa haluan masing-masing.

“Tadi saya berbuka puasa di rumah keluarga bekas suami. Walau macam mana pun Puan Sri dan Datuk Sri masih mentua saya dan hubungan ini tidak akan putus sampai bila-bila.

Beruntungnya saya kerana mentua sangat menyangi anak-anak saya. Nora Danish pun ada sama tadi.

“Kami satu keluarga besar. Saya anggap kehidupan ini terlalu berwarna apabila mereka menyambut saya sebagai keluarga,” katanya kepada HibGlam selepas majlis iftar bersama produksi dan pelakon filem Harimau Malaya, semalam.



Dalam masa sama, Fasha memaklumkan hubungan harmoni itu akan diteruskan demi kebaikan anak-anak yang sedang membesar.

Hubungan ini tidak akan putus sampai bila-bila. Anak-anak nak tengok kehidupan harmoni walaupun selepas ibu bapa mereka berpisah.

“Kesihatan mental cahaya mata kami sangat penting dan mereka nak membesar dengan kasih sayang,” ujarnya.

Ditanya mengenai penerimaan suaminya, Aidil Aziz, Fasha menzahirkan rasa syukur dikurniakan teman hidup yang memahami hubungan baiknya dengan keluarga mentua.

Aidil okey sebab mereka selalu jemput dia sekali cuma kali ini Aidil perlu hadiri majlis lain, jadi dia perlu utamakan kerjanya dahulu.

“Namun, sebelum buat apa-apa keputusan saya minta izin dia dahulu dan kemudian ke majlis ini,” jawabnya.


Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8.

Pada Mac 2019, dia sah bergelar isteri Aidil dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aisha Amaira.

Sumber  – HIBGLAM


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 4-4-2024 05:06 AM
Rutin tahunan bergambar dia tangga keramat
Quote Belibis 4-4-2024 06:19 AM
Mertua kayo..untung2 ada dihulur sekupang dua..
Quote Paiya 4-4-2024 07:49 AM
bijak Fasha
daripada bertelagah
eloklah berdamai

tapi tak tau pula
Jejai dah bergelar datuk
Quote jalfa 4-4-2024 07:52 AM
Tercapai hajat poromer nak tgk nd ngan pasandal  pose kat tangga keramat puan sri prominent
Quote irvene 4-4-2024 07:54 AM
dkt mana rumah mertua dia ni? kiranya mertua dia ni ulang alik KL perak la ye
Quote irvene 4-4-2024 07:55 AM
zuriey replied at 4-4-2024 05:06 AM
Rutin tahunan bergambar dia tangga keramat

sebab dkt tangga je tak berselerak, tempat lain semua berselerak
Quote prizadane 4-4-2024 08:00 AM
Bagus camni. Walaupun tak disukai oleh mak jejai ketika berkahwin, tapi takde nak gaduh gaduh after cerai. Kai tengok contoh ni ngai. Ni contoh bukan menantu kesayangan
Quote zehra2 4-4-2024 08:12 AM
Alhamdulillah sebab semua pihak berlapang dada menerima demi anak²..
gaduh² pun bikin anak stress je.. meka² tu adik beradik walau ada yg kongsi mak.. ada yg kongsi bapak.
Quote Gianna111 4-4-2024 08:19 AM
i puji mak jejai ni..sayang cucu dia walaupun tak suka fasha...
Quote miamiot 4-4-2024 08:21 AM
Edited by miamiot at 4-4-2024 08:22 AM
irvene replied at 4-4-2024 07:54 AM
dkt mana rumah mertua dia ni? kiranya mertua dia ni ulang alik KL perak la ye


Ampang kalu x silap , btw Fasha nmpk aging mgkn sbb kurus kut & rambut pendek
Quote cik_ingeniare 4-4-2024 08:41 AM
baguslah dah berdamai.. berdamai pulak sebab anak anak.. so aku salute mana mana ibu bapa yang dah berpisah tapi masih cuba kekal berkawan demi anak anak yang tengah membesar
Quote rezaremy 4-4-2024 10:07 AM
miamiot replied at 4-4-2024 08:21 AM
Ampang kalu x silap , btw Fasha nmpk aging mgkn sbb kurus kut & rambut pendek

betulll....nampak tak cantik sgt..dengan rambut mcm tu
Quote apedehal 4-4-2024 10:11 AM
Penat je acik2 porem bercekau pasal 2 org ni suatu ketika dlu..at least diorg boleh berbaik..yg gaduh2 side nd side fs da berbaik2 mnx mahapke belum
Quote dewi_rina 4-4-2024 10:13 AM
Bulan puasa mesti kena tunjuk baik.. kena up diri, keep it up!
Quote MatDeghem 4-4-2024 10:16 AM
zuriey replied at 4-4-2024 05:06 AM
Rutin tahunan bergambar dia tangga keramat

Tangga bukan sembarang tangga hokeyy !

hanya yg terpilih boleh bergambar di tangga keramat itu.
Tangga kebanggaan kipas karat nowa


Quote sayawifenikmie 4-4-2024 11:39 AM
dah puas bercekau
now dah berbaik
elok lah gitu

kadang2 gaduh gaduh dulu tu
yg mengeratkan mereka sekarang

i like both FS and Nora
Quote hidet 4-4-2024 01:45 PM
jalfa replied at 4-4-2024 07:52 AM
Tercapai hajat poromer nak tgk nd ngan pasandal  pose kat tangga keramat puan sri prominent

yaaa.akhirnyaaaa
Quote Miawlover 4-4-2024 01:58 PM
Ank2 dia org dpt nafkah yg cukup dari bapak. Tak perlu bercakau naik turun tangga mahkamah. Pasha n nowa pun tak menghalang ank2 dari berjumpa bpk & keluarga belah bapak. Jadi no issue la utk mereka.
Quote I.K.A888990 4-4-2024 02:32 PM
bagus mcm ni kak
benda dah lepas msg2 dah bahagia kan
btw kak tak sesuai la rambut pendek mcm ni

Lihat semua komen(206)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.055118 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top