Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman membuat ‘U-turn’ mengatakan tiada video raya dikeluarkan tahun ini. Usahawan ini berkata dia hanya membuat prank atau April Fool yang biasanya disambut pada 1 April. Terbaru, pengacara, penulis dan penceramah bebas Amin Idris menegur Aliff Syukri menjelaskan April Fool haram disambut dari segi agama. Amin Idris mempersoalkan bagaimana Aliff Syukri mahu meminta maaf kepada setiap orang yang telah ditipunya dengan prank tersebut. Soal beliau lagi, adakah benar video kontroversi yang dikeluarkan hanya prank atau sekadar mahu menyelamatkan diri daripada perniagaannya diboikot orang ramai.
|
ADVERTISEMENT