CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Kenapa Dia Tak Boleh Ditangkap Mempersendakan Agama?” – Netizen Gesa Aliff Syukri Dikenakan Hukuman Lebih Berat

3-4-2024 02:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5634| Komen: 13

Description: Pada hujung minggu baru-baru ini, usahawan yang sering membuat kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi teruk dikecam gara-gara video muzik lagu rayanya berjudul, Love Raya.


Pada hujung minggu baru-baru ini, usahawan yang sering membuat kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi teruk dikecam gara-gara video muzik lagu rayanya berjudul, Love Raya.

Seperti tahun yang sebelum ini, Aliff menampilkan beberapa lelaki lembut yang dilihat menari terkinja-kinja dan sangat tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak.

Menerusi media sosial, ramai masyrakat yang mencemuh tindakan Aliff kerana melancarkan video muzik sebegitu pada bulan Ramadan apatah lagi kita kini sedang berada di 10 malam terakhir.

Seorang individu mempersoal mengapa usahawan berusia 35 tahun itu tidak boleh ditangkap oleh pihak berkuasa atas kesalahan mempersendakan agama.



Individu tersebut turut menggesa pihak berwajib agama untuk menjawab persoalan tersebut.

Seperti yang kita tahu, Aliff pernah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada tahun 2022 atas empat pertuduhan membuat video bersifat sumbang namun usahawan itu mengaku tidak bersalah.

Namun netizen berpendapat Aliff sewajarnya dikenakan hukuman yang lebih berat kerana mengulangi kesalahan yang sama pada tahun ini, menghasilkan video sumbang.


SUMBER : Twitter/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chacon 3-4-2024 03:26 PM
dah korang jugak tengok dia pun bangga cakap dapat juta2 view yang tahun lepas punya.. tambah pulak tindakan pun tak ada lagi berani la
Quote Acik2kepam 3-4-2024 04:18 PM
Ye ke awak
Quote Decaffeinated 3-4-2024 04:53 PM
Agama apa yang dia persenda? Nak dakwa kena ada peruntukan akta atau at least enakmen syariah ka. Cer bagi seksyen mana yang dia langgar. Kita tengok siapa yang lebih cerdik
Quote anony-mous 3-4-2024 05:56 PM
Sbb dia kaya noks
Quote csham 3-4-2024 06:07 PM
Alep.syukri ni istidraj sangattt..dh kaya so dia nk buat apa saja yg dia suka. Harapnya Allah berikan dia ujian agar dia insap ..
Quote dua_chzy 3-4-2024 06:11 PM
Agama apa dia persenda?
Quote batmana 3-4-2024 06:29 PM
Sebab ada duit bayar peguam handal..
Klu yg buat ni makcik kantin..silap bsrla nk lepas
Quote immi 3-4-2024 06:47 PM
Alah bisa tegal biasa. Dia dh biasa buat x de apa2 tindakan berat sbb tu dia buat je suka2 hati dia. Jual2 kat shopee live ponn laku taw. Dah kaya tmbh kaya semoga dia bertaubat n stop semua nonsence tu
Quote gekkou 3-4-2024 07:28 PM
korang tok sah tgk video
or support live dia
kang merudum la pondan sorg ni
Quote mdhelmi 4-4-2024 10:36 AM
mana nak tengok video tu?
Quote antikorok 4-4-2024 10:41 AM
Malas dah haku nak sumpah seranah!
Sesungguhnya aku berpuasa hari ini!
Yihhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!
Quote surfin_net82 4-4-2024 11:18 AM
Disleksia..nnti dia angkat kat oku. Lps juga.
Quote aijinmisaki 4-4-2024 11:07 PM
Dari tadi iols perati hat hijau tu. Paling menyerlah

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.274055 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top