Terpanggil mengulas kisah tiga artis sensasi, pelakon Fatiya Latiff menyifatkan cinta lokasi sebagai perkara normal dalam kalangan penggiat industri hiburan yang terlalu mendalami watak. Kata pemilik nama lengkap Nur Fathia Abdul Latiff, 36, perasaan yang bercambah di hati kedua-dua pemegang karakter sesebuah naskhah itu kebiasaannya terjadi tanpa disengajakan. “Saya nak buka cerita sikit pasal Bella Astillah, Ruhainies dan Aliff Aziz. Benda ini normal dalam industri hiburan sebab mereka terlampau menghayati watak. “Apabila ‘termasuk’ di dalam sesuatu peranan yang digalas, itu buatkan mereka jatuh cinta, tapi perasaan itu berlaku tanpa sengaja atau tiada niat,” katanya dalam hantaran TikTok. Begitupun, pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa itu bukan menyokong isu menjalinkan hubungan di set penggambaran, sebaliknya hanya mahu berkongsi kisah benar. Menurut Fatiya, mereka yang sudah memahami situasi dalam dunia produksi hanya mampu melihat sahaja apabila tercetus kontroversi membabitkan cinta lokasi.
“Memang saya tak cakap apa yang mereka buat itu betul. Memang dari segi undang-undang salah, dari segi agama pun salah. “Saya rasa Bella tertekan dan menangis disebabkan netizen. Saya juga rasa dia faham situasi dilalui Aliff, dia okey sebenarnya. “Alhamdulillah, saya tengok Bella pun sekarang dah dapat banyak rezeki,” ujarnya. Fatiya turut meminta mana-mana pihak tidak berterusan mengecam Ruhainies yang terpalit kes khalwat bersama Aliff iaitu suami kepada Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah. Dia menyamakan senario yang berlaku dalam set drama membabitkan kedua-dua pelakon berkenaan saling tidak tumpah seperti yang terjadi kepadanya. “Ruhainies pula walaupun kita tengok dia tersenyum, jangan kutuk dia kerana macam dalam kes saya dulu, saya pun ada bercinta dalam set (penggambaran),” ulasnya. Pada 9 Mac lalu Ruhainies dan Aliff yang sama-sama terbabit dalam drama rantaian Terjerat menggemparkan masyarakat apabila ditangkap khalwat di kediaman pelakon jelita itu. Susulan kejadian, Bella Astillah memfailkan permohonan cerai ekspres iaitu proses bagi pasangan yang bersetuju untuk bercerai di bawah peruntukan seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. Sumber – KOSMO! ONLINE |
matjerk replied at 2-4-2024 03:21 PM
Nmpk mcm normal sikit sejak bukak booth raya... happy2 je dgn team. Tggu habih event, mai balik hasa ...
matjerk replied at 2-4-2024 11:21 PM
Nmpk mcm normal sikit sejak bukak booth raya... happy2 je dgn team. Tggu habih event, mai balik hasa ...
becir replied at 3-4-2024 12:21 AM
I nampak dia kat booth tu hari, mmg nampak siuman je..
oggy replied at 3-4-2024 12:23 AM
Lawa ke tak
matjerk replied at 2-4-2024 11:21 PM
Nmpk mcm normal sikit sejak bukak booth raya... happy2 je dgn team. Tggu habih event, mai balik hasa ...
jambatannetizen replied at 3-4-2024 01:20 AM
Kita manusia digalakkan bercampur org. Ada companion. mental health boleh diperbetulkan
becir replied at 3-4-2024 12:21 AM
I nampak dia kat booth tu hari, mmg nampak siuman je..
matjerk replied at 3-4-2024 02:28 AM
Masa pegi Bali dgn kawan dia hari tu.. nmpk happy2.. x meroyan2 dah.. x smpai 24jam... menyindir k ...
jambatannetizen replied at 3-4-2024 02:31 AM
tu sbb kita digalakkan ada pasangan. memang lumrah manusia inginkan teman. berkawan pun.
duduk so ...
ADVERTISEMENT