CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapan Kes Makan Kupang Beracun, Dua Kritikal Di Port Dickson

3-4-2024 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23627| Komen: 20

Description: SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang termasuk dua kes kritikal berlaku di Port Dickson.

SEREMBAN – Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang termasuk dua kes kritikal berlaku di Port Dickson.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Datuk Dr. Harlina Abdul Rashid berkata, kejadian keracunan tersebut mula dikesan semalam apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Port Dickson menerima notifikasi dari Hospital Port Dickson.

Menurutnya, sebanyak dua kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala lima kes dimasukkan ke wad biasa, dan satu kes dirawat sebagai pesakit luar.

“Siasatan awal mendapati kesemua kes terdiri daripada beberapa buah keluarga yang berbeza dan mempunyai sejarah memakan kupang yang dibeli dari dua buah pasar di sekitar Port Dickson.

“Kesemua kes mengalami gejala sakit kepala, kebas tangan dan kaki, serta lemah otot. Terdapat dua kes dimasukkan ke ICU kerana mengalami gejala yang lebih teruk iaitu paralisis,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.


Ujar Dr Harlina lagi, siasatan kejadian masih dijalankan oleh JKNNS bersama Jabatan Perikanan Negeri Sembilan dan beberapa sampel diambil untuk analisa makmal.

Menurutnya, pemakluman kepada semua fasiliti kesihatan dibuat untuk mengenalpasti kes-kes yang mempunyai gejala yang sama dengan sejarah pengambilan kupang atau dwicengkerang yang lain. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-4-2024 11:20 PM
Motif tetiba kes keracunan makanan trending minggu ni?

1. Kat Taiwan, hada yang meninggal lepas makan di restoren Malaysia (iya, owner Malaysian) di sana.

2. Kat India, budak perempuan umur 10 tahun mati lepas makan birthday cake (aiol syak dari telur la tu).
Quote nirose 2-4-2024 11:44 PM
dua_chzy replied at 2-4-2024 11:20 PM
Motif tetiba kes keracunan makanan trending minggu ni?

1. Kat Taiwan, hada yang meninggal lepas mak ...

Baru ni dengar kes keracunan kat india.. biasa perut dorang kebal..
Quote hokeypokey 3-4-2024 01:46 AM
nirose replied at 2-4-2024 11:44 PM
Baru ni dengar kes keracunan kat india.. biasa perut dorang kebal..

perut anak org kaya ler tu.. org kaya jer mampu belli birthday cake kt india tu.. yg kebal tu perut org miskin
Quote kakikuDibibirmu 3-4-2024 05:36 AM
[youtube]Q3pRcXklBDk[/youtube]
Quote JunkMail 3-4-2024 05:37 AM
dua_chzy replied at 2-4-2024 11:20 PM
Motif tetiba kes keracunan makanan trending minggu ni?

1. Kat Taiwan, hada yang meninggal lepas mak ...

Bukan dari telur.. dari bunga hiasan kat kek tu. Baby blower ke apa ntah namanya
Quote Lolalala 3-4-2024 05:41 AM
Dulu masa dok muar, ada pakcik kat site tu tak bagi kitorg beli kupang sebab tepi jalan banyak org jual. Dia kata ko tak biasa masak kupang jangan beli. Silap cara jadi racun kalau salah cara. Masa tu umur awal² 20an.
Quote asmurai 3-4-2024 06:07 AM
Beli hat frozen New Zealand mussel je lah kut selamat since New Zeland memang menjaga kebersihan alam sekitar mereka.
Quote krustykrab 3-4-2024 06:27 AM
dua_chzy replied at 2-4-2024 11:20 PM
Motif tetiba kes keracunan makanan trending minggu ni?

1. Kat Taiwan, hada yang meninggal lepas mak ...

Baca kat tt katanya budak india tu makan bunga atas kek tu...baby's  breath ke apa tah nama.bunga tu.
Quote mawarika 3-4-2024 06:54 AM
Dah banyak mencekik kupang ioilss ni cicah dgn sos siam masam2 manis letak ketumbar. Ni kawan ioilss ajak masak clam pulak.. tak jadi ahhh..
Quote supernaturalee 3-4-2024 07:50 AM

tapikan...
sedapnya kupang masak rendang

Quote monreyes 3-4-2024 08:00 AM
keluarga siput ni mmg kotor kan


Quote shamsadis 3-4-2024 08:08 AM
kupang jenis apa tu? dia makan mentah2? tak rendam dengan sudu besi dulu? rebus?
Quote zuliana29 3-4-2024 08:31 AM
x berapa suka kupang, mcm berpasir2 sikit..
Quote prettyuglybabe 3-4-2024 10:10 AM
beli kupang dah siap rebus bersih je..
tak pernah beli dengan cengkerang..
so i guess ok la kot..
Quote I.K.A888990 3-4-2024 10:36 AM
sampai ada yg paralisis tu
Quote BoongaKertas 3-4-2024 12:50 PM
Lolalala replied at 2-4-2024 09:41 PM
Dulu masa dok muar, ada pakcik kat site tu tak bagi kitorg beli kupang sebab tepi jalan banyak org j ...

oh iols first time dgr ada cara masakan special betul utk kupang gak eh chuols
Quote Lolalala 3-4-2024 02:12 PM
BoongaKertas replied at 3-4-2024 12:50 PM
oh iols first time dgr ada cara masakan special betul utk kupang gak eh chuols

Tah laaa. Dia tgk kitorg dok rumah sewa x de peri ais. Dia cakap nanti korg salah masak sakit perut. So sampai arini kami x de la beli. Makan kedai je
Quote airfilterkotor 3-4-2024 02:17 PM
Rantaian heiwan laut paling bawah. Korang tau apa maksudnya.
Quote Suchi 3-4-2024 03:43 PM
Takut plak sbb jenis suka mkn juga kerangan ni

Mcm mentarang iols dh tak berani makann sbb dah 2 kali mkn jd sakit perut.
Sblm ni ok so tak berani dh nk amik risiko.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.169310 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top