CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video Budak Sekolah Lompat Ikut Tingkap Ketika Van Sedang Bergerak Jadi Bualan

3-4-2024 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23123| Komen: 14

Description: PETALING JAYA – Tular di laman TikTok @RienSiti SHOP EMPIRE, aksi berbahaya seorang murid sekolah melompat turun melalui tingkap belakang sebuah van sekolah yang sedang bergerak.


PETALING JAYA – Tular di laman TikTok @RienSiti SHOP EMPIRE, aksi berbahaya seorang murid sekolah melompat turun melalui tingkap belakang sebuah van sekolah yang sedang bergerak.

Menerusi perkongsian video tersebut, murid lelaki dalam lingkungan usia lapan hingga 10 tahun itu dilihat melompat turun dari tingkap ketika van sekolah itu masih bergerak di jalan raya.


Bagaimanapun dengan kelajuan van sekolah antara 10 hingga 20 kilometer sejam itu, murid berkenaan berjaya sampai di depan sekolah terbabit sebelum berlari memasuki kawasan pekarangan sekolah.

Dengan kapsyen ‘nasib tak jadi apa-apa’ aksi tersebut sempat dirakam oleh seorang penduduk yang kebetulan berada di kawasan tersebut.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna resah dengan aksi berbahaya sedemikian kerana ia bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah pengguna jalan raya yang lain.

“ Bahaya la.. parent (ibu bapa) kena alert (ambil perhatian), kena tegur benda silap ni.. dah turun berlari pula depan van,” ujar QairielTT.

“ Lepas tu pemandu dipersalahkan.. kesian pemandu. Hanya menjalankan tugas,” komen Cakeboy.

“ Allahu bahaya ni. Kawan aku meninggal kena gilis, bas belum stop (berhenti) tapi dia sudah loncat keluar, bahaya.”

Sehingga kini video tersebut telah mencapai 1.4 juta kali tontonan, 47.8 ribu tanda sukaan dan 1917 kali perkongsian. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 2-4-2024 10:56 PM
Ah ni la dia budak2 hiperaktif ADHD kaki lompat kereta, lompat dari tingkat 18, lompat masuk kolam, sungai, longkang yang tak takut mati tu.
Quote dua_chzy 2-4-2024 10:59 PM
Kalau anak acik2 ada perangai gini, bawak gi terapi ya. Ni bukan nakal, ni tak normal punya perbuatan. Budak ni buat sebab otak dia otak ADHD yang biasanya perbuatan didahulukan, fikiran dibelakangkan.
Quote Mimo.mimo 2-4-2024 11:15 PM
Yang kuban kuban budak budak la ni. Seram eh kalau kena lenyek. Tak memasal driver van dipersalahkan.
Quote anony-mous 2-4-2024 11:56 PM
Hat mcm ni elok patah kaki skit. Bkn la smpai tahap separuh nyawa, atau terlanggar jatuh skit berjahit lutut ke, sbb budak mcm ni xpaham selagi x jadi. Yg jd mangsa selalu hat jenis berhati2
Quote hokeypokey 3-4-2024 01:44 AM
nk jadi spiderman ke dik???
Quote zehra2 3-4-2024 07:24 AM
harap mak bpk ada belikan insuran mahal kot tk boleh didik anak elok².
Quote lightheaded67 3-4-2024 07:37 AM
kuat tgk tb ke dekkkkkk
Quote mizruncing 3-4-2024 08:56 AM
mcm anak buah aku moto belum benti dia lompat dari moto tu. dah terkoyak lutut. sejak tu tak berani dah nak lompat dari moto
Quote prettyuglybabe 3-4-2024 09:54 AM
anak syurga la katakan..
Quote Yoonggi 3-4-2024 10:05 AM
bahaya betul. mak ayah dia patut tahu kejadian ni. kang apa2 jd, disalahkannya drebar tu plak
Quote Skuau 3-4-2024 03:43 PM
Edited by Skuau at 3-4-2024 08:21 PM
dua_chzy replied at 2-4-2024 10:59 PM
Kalau anak acik2 ada perangai gini, bawak gi terapi ya. Ni bukan nakal, ni tak normal punya perbuata ...


syukur...cikgu boleh 'melihat dan memahami' drp sudut sains...terlebih dahulu..walau bkn semua memang ada yg betul2 nakal...jugok.Kang ada orng 'cakap' beranak jer pandai..jaga...didik anak..mmmm......
Quote dua_chzy 3-4-2024 04:03 PM
Edited by dua_chzy at 3-4-2024 08:04 AM
Skuau replied at 3-4-2024 07:43 AM
syukur...cikgu boleh 'melihat dan memahami' drp sudut sains...terlebih dahulu..walau bkn  ...


Biasanya yang nakal2 tu pun hada potensi ADHD tapi mild la kot. Yang extreme tu memang nauzibillah tak takut mati punya perangai.
Quote asamfish 4-4-2024 02:38 AM
dua_chzy replied at 2-4-2024 10:59 PM
Kalau anak acik2 ada perangai gini, bawak gi terapi ya. Ni bukan nakal, ni tak normal punya perbuata ...

ye betul cikgu!

Quote mdhelmi 4-4-2024 10:56 AM
lompat ikut tingkap pastu lari depan van waktu van masih bergerak
memang bahaya

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:17 AM GMT+8 , Processed in 0.120355 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top