Baru-baru ini, isu penyampai radio yang didakwa tiada empati terhadap pendengar itu telah mengundang penyampai radio Linda Onn untuk memberi pendapatnya. Linda juga berkongsi caranya untuk menjawab luahan pendengar supaya tiada mana-mana pihak yang disakiti. Menurut Linda, pendengar yang berkongsi cerita dengan penyampai radio itu sepatutnya didengari dan bukan untuk dikomen berkenaan masalah yang diceritakan. Untuk menjaga hati semua pihak, DJ yang bertugas patutnya tahu cara yang betul untuk menjawab bagi mengelak sebarang salah faham berlaku. "Saya akan cakap terima kasih sudi berkongsi diharapkan awak tabah mengharungi hari-hari mendatang dan awak buat keputusan sebaik-baiknya untuk diri awak. Apa sahaja keputusan awak pastinya dihormati oleh orang sekeliling." Pada masa yang sama, bekas penyampai radio Kudsia Kahar juga berpendapat yang sama. Menurutnya, seorang penyampai radio tidak layak untuk menjadi pakar dalam kehidupan seseorang dan menghakimi atau memberi jalan penyelesaian.
Tambah Kudsia, kebanyakan pendengar hanya mahu berkongsi dan mencari tempat untuk mendengar luahan hati mereka sahaja dan bukan untuk mencari solusi. "Tiada pendengar mengharapkan DJ sebenarnya untuk menyelesaikan masalah mereka. That is never the expectation. Itu memang daripada sejak azali lah stesen radio swasta dekat Malaysia ni sebab kita tahu dan pendengar bijak. "Mereka tahu kita bukannya kaunselor, kita bukannya ahli psikologis atau pakar psikologis. Jadi mereka tahu kita tak akan beri mereka jawapan tapi dia nak kita mendengar. A shoulder to cry dan untuk seseorang mengatakan saya faham. Terdahulu, selebriti Neelofa telah menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial apabila didakwa tiada empati ketika menasihati seorang pendengar yang berkongsi kisah tentang keluarganya." SUMBER : TikTok/Beautifulnara |
alesandra replied at 2-4-2024 08:50 PM
kudsia ni rupanya masih lagi bersiaran ye kat litefm.part time?..lepas gian kot
fadz84 replied at 3-4-2024 06:56 AM
Haah terdengar kudsia kat litefm aritu.. segmen lagu2 dari old movies..
ADVERTISEMENT