Masih berlanjutan isu ini, bekas isteri kepada aktor sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada meluahkan rasa kecewa dan marah apabila bekas suaminya itu tidak memberi kerjasama untuk hadir ke mahkamah bagi perbicaraan kes Hadanah melibatkan anak-anak mereka. Kata Shuhada, dia berasa marah ketika Hafidz terlihat seolah-olah tidak ingin mengambil tahu dengan kes mahkamah tersebut. Tambahan pula, dia sendiri tidak tahu motif bekas suaminya itu memfailkan kes berkenaan namun enggan hadir dan banyak alasan. "Saya rasa marah sangat sebab dia macam tak tahu apa benda yang berlaku. Kau nak menjawab pun, kau jawab salah jadi saya bidas. "Saya malas dah nak berlembut dengan orang yang tak nak berlembut. Ini kes awak, awak yang failkan takkan tak tahu hari sebutan kes atau bicara. Bukan nak provoke tapi nak dia tahu yang apa yang dia buat. Kau nak failkan untuk apa? Kau nak ambil apa sebenarnya?"
Bukan itu sahaja, ibu kepada dua orang anak ini juga tidak menolak sekiranya tindakan undang-undang iaitu mengeluarkan waran tangkap terhadap Hafidz itu dilakukan. Katanya, jika hal tersebut mampu bantu mereka menyelesaikan isu tersebut, Shuhada dengan terbuka hati terima. "Kalau benda tu yang boleh gesa dia untuk percepatkan kes ini, kenapa tidak? Saya akan memperjuangkan hak anak-anak sampai ke titisan terakhir. "Saya diamanahkan oleh Allah untuk jaga anak-anak saya, Umar dan Humairah untuk beri mereka kehidupan yang terbaik saya boleh bagi, InsyaAllah." "Kalau kita tak boleh nak jadi suami isteri yang terbaik, boleh tak kita jadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak? Jadi tak payah nak ada ego masing-masing. Kita selesaikan untuk anak-anak." Terdahulu, Hafidz telah memfailkan tuntutan hadanah terhadap dua anak mereka pada 16 Mei tahun lepas. Namun, pada 31 Oktober 2023, Shuhada pula memfailkan permohonan memasukkan nama ibunya sebagai penjaga anak-anak mereka dan diluluskan permohonan tersebut. Sumber : Beautifulnara |
NazRysha replied at 1-4-2024 02:09 PM
muka mcm telur
mak atasinchi
AreYou.69 replied at 1-4-2024 05:26 PM
Eh makcik ni sembang apa..apa yang nk marah sgt tu
Lawyer Hafiz tlg protect anak Guam ko ni skit..
red_velvet: Mohon Dato Akberdin jawab next ...
Binodino replied at 1-4-2024 05:33 PM
Yes. Semoga lawyer apiz bagi pencerahan. Bukan main petik suruh keluar waran tangkap. Dia sendiri p ...
"Kalau kita tak boleh nak jadi suami isteri yang terbaik, boleh tak kita jadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak? Jadi tak payah nak ada ego masing-masing. Kita selesaikan untuk anak-anak."
NazRysha replied at 1-4-2024 02:09 PM
muka mcm telur
mak atasinchi
ADVERTISEMENT