NEW DELHI – Seorang pengemis yang buta di Guwahati, negeri Assam telah menarik perhatian pengguna media sosial kerana cara mereka meminta sedekah yang unik, lapor portal berita Hindustan Times kelmarin. Dalam video yang tular di platform X, pengemis yang dikenali sebagai Dashrath menerima sedekah melalui pembayaran secara digital. Dashrath dilihat memakai kalung yang mengandungi Kod Repons Pantas (QR) sebelum menghampiri dua orang di dalam kereta. Salah seorang daripada mereka mengimbas kod QR tersebut dan memberi sebanyak 10 rupee (RM0.57). Pengemis itu kemudian mendekatkan telefon bimbit ke telinganya untuk mendengar bunyi notifikasi yang menunjukkan wang itu telah memasuki ke akaunnya. Ini bukan kali pertama pengemis di India menggunakan pembayaran digital bagi menerima sedekah. – AGENSI |
kakikuDibibirmu replied at 28-3-2024 05:50 AM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

ADVERTISEMENT