KUALA LUMPUR: Bekas guru Bahasa Inggeris, Anne Ooi yang dikenali sebagai 'Aunty Bersih' meninggal dunia pada usia 78 tahun, semalam. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata dia dimaklumkan mengenai kematian mendiang malam tadi. "Saya dimaklumkan malam tadi bahawa Aunty Anne yang lebih dikenali sebagai 'Aunty Bersih' meninggal dunia. "Mendiang bersama keluarganya di Australia ketika meninggal dunia," katanya menerusi laman sosial hari ini. Fahmi berkata, beliau sudah mengenali Aunty Anne untuk tempoh yang lama dan sebahagian besarnya melalui anak perempuannya dan rakan keluarga yang rapat, Elaine Pedley. Katanya, mereka kenal antara satu sama lain dengan lebih rapat di jalan sekitar Kuala Lumpur ketika perhimpunan (termasuk Bersih) selama ini. "Imej ini akan selama-lamanya menyelubungi semangatnya yang gigih dalam usaha kita untuk mencapai Malaysia yang lebih baik.
"Takziah saya ucapkan kepada Elaine, Philip dan keluarga. Semoga diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini. "Terima kasih Aunty Anne. Semoga di kau tenang di sana," katanya. Sementara itu, Bersih dalam media sosial miliknya turut berduka cita dengan kematian Aunty Anne. "Kami sedih untuk berkongsi bahawa Anne Ooi, yang dikenali oleh ramai rakyat Malaysia sebagai 'Aunty Bersih' telah meninggal dunia. "Bekas guru Bahasa Inggeris itu berjalan demi demokrasi Malaysia pada 2 Julai 2009 dan berhadapan dengan gas pemedih mata serta meriam air. "Imej ikonik 'Aunty Bersih' berpakaian kemeja-T kuning terang sambil memegang bunga kekwa putih dan basah disimbah air bercampur kimia di luar Hospital Tung Shin menjadi imej yang menterjemahkan perhimpunan Bersih 2," katanya. Sumber : Berita Harian |
nw111 replied at 27-3-2024 05:50 AM
Hujung hayat aunty ni mesti nyesal join bersih dulu...
tungkai replied at 27-3-2024 11:33 AM
Ala...sama la yg kat Malaysiakini tu. Toksik sangat kat bahagian komen padahal duduk oversea..Prfggg ...
ADVERTISEMENT