IPOH – Lima laporan diterima polis Perak berkaitan kes gangguan seksual melibatkan doktor pelatih di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kesemua laporan itu diterima daripada doktor yang dinamakan dalam surat layang berkenaan. “Setakat ini, tiada laporan diterima daripada doktor pelatih yang dikatakan sebagai mangsa dalam kejadian itu. Jadi, kita minta kepada mereka yang terlibat dalam kes ini agar tampil membuat laporan sekali gus membantu pihak polis menjalankan siasatan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pencegahan Jenayah Komersil ‘Phone Scam’ anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perak dan Pos Malaysia Berhad, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini hari ini. Terdahulu, tular surat layang mengandungi dakwaan beberapa doktor pelatih wanita di Jabatan Ortopedik HRPB yang dikatakan sering diganggu secara seksual oleh seorang doktor lelaki.
Susulan penyebaran surat layang itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah menubuhkan satu Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan berkenaan. Sumber – KOSMO! ONLINE |
whimsicalmusic replied at 27-3-2024 06:06 AM
diterima dari sapa? aku confius
Thunderclouds replied at 26-3-2024 10:26 PM
Kt mesia ni tadak konsep whistleblower, walau ada akta utk depa ni.
Ujung² mkn diri sendri ja.
Eit ...
Thunderclouds replied at 26-3-2024 10:26 PM
Kt mesia ni tadak konsep whistleblower, walau ada akta utk depa ni.
Ujung² mkn diri sendri ja.
Eit ...
dua_chzy replied at 27-3-2024 06:38 AM
Paling aku benci, jahanam2 camni hidup aman damai masih jadik sanjungan people sekeliling. Ujung2 ...
beatgirlX replied at 26-3-2024 10:43 PM
Btoi... Dulu sian kawan aku.. Laki dia kena fitmah dgn org atasan dia sb dengki... Komplot dgn bdk ...
syamzana replied at 26-3-2024 10:43 PM
kenapa sampai 5 report doktor berkenaan buat?? ke ada 5 org suspek??
dua_chzy replied at 27-3-2024 06:51 AM
Bukan la. 1 suspek, 5 mangsa.
dua_chzy replied at 27-3-2024 06:50 AM
Eeee kesian! Dunia ni memang jahat! Semoga yang teraniaya di dunia dapat pembelaan di akhirat!
bottombikini replied at 27-3-2024 06:52 AM
kalau dah sampai 5 org maknanya betul lah
dua_chzy replied at 27-3-2024 06:51 AM
Bukan la. 1 suspek, 5 mangsa.
Thunderclouds replied at 27-3-2024 06:20 AM
Kt perenggan awai dh habaq.
P baca blk slow slow
whimsicalmusic: Edited by whimsicalmusic at 27-3-2024 08:54 AM otak xfunction pg2 hahaha. sape yg hntr surat layang? mangsa? bkn surat layang org xdisclose ke sape ...
whimsicalmusic replied at 27-3-2024 08:53 AM
otak xfunction pg2 hahaha. sape yg hntr surat layang? mangsa? bkn surat layang org xdisclose ke sa ...
ADVERTISEMENT