IPOH – Penelitian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di kedai serbaneka KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor yang dibaling objek berisi minyak tanah hari ini, telah mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu. Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, berdasarkan rakaman itu, lelaki terbabit menaiki sebuah kenderaan berwarna gelap yang mempunyai pelekat Lalamove berwarna merah. “Kereta dinaiki suspek telah berhenti di tepi jalan di mana seorang lelaki dilihat turun dari kenderaan dan membaling botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai. Suspek kemudiannya dilihat beredar menaiki kenderaan sama,” katanya di sini hari ini. Menurut beliau, usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Manjahati replied at 27-3-2024 03:02 PM
Baling botol terus dlm kedai? Bukan kedai2 ni semua pintu kaca bertutup ke. Klu ko masuk baru terbuk ...
cranell replied at 27-3-2024 04:54 PM
ada la tu orang tempah lalamove suruh hantar bom dekat kedai tu.
Samerosie replied at 27-3-2024 07:05 PM
Itu 7e family mart. Kk mart dgn speedmart tak de pintu lolos je masuk.
ADVERTISEMENT