CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Ruhainies Tarik Diri, Tak Jadi Sertai Acara StarVendors Mega Raya Festival’ – Ifa Raziah Minta Henti Boikot

16-3-2024 09:24 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15322| Komen: 54



Penyanyi dan usahawan popular, Ifa Raziah memberitahu kepada pihak OhBulan! pelakon Ruhainies menarik diri daripada menyertai acara StarVendors Mega Raya Festival (SV) yang bakal berlangsung 29 Mac sehingga 1 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menurut kenyataan Ruhainies kepada Ifa Raziah, dia tidak mahu perniagaan orang lain terkesan disebabkan namanya ada di dalam acara tersebut.

"Anis dah lama fikir sebab Anis tak nak kerana Anis bisnes orang lain terkesan. Anis faham. InsyaAllah ada rezeki Anis di tempat lain. Semoga kita semua dimurahkan rezeki. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi."

Sebelum ini, Ifa tampil menjernihkan keadaan dan memohon peminat Ruhainies dan Bella Astillah tidak bertindak untuk memboikot acara StarVendors Mega Raya Festival.

Selaku penganjur, Ifa berkata, dia perlu bersikap profesional, begitu juga mana-mana selebriti serta peminat yang bakal berkunjung ke acaranya kelak kerana SV menghimpunkan lebih 50 selebriti serta ramai peniaga.



Malah, Ifa turut berharap agar orang ramai tidak memboikot acara tersebut kerana akan menyebabkan ramai peniaga terjejas.

"Diharap dengan keputusan itu, semua pihak berpuas hati dan seterusnya menghentikan gerakan memboikot Starvendors Mega Raya Fest 2024.

"Matlamat dan usaha kami adalah untuk membantu usahawan dan artis serta memberi peluang kepada semua untuk mencari rezeki di bulan Ramadan."

Walaupun tidak mahu perniagaan usahawan terjejas, kami tetap ingin menjaga hati dan perasaan semua pihak. Kami harap semua permasalahan dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin, ujar Ifa kepada OhBulan!

Semalam, Ifa Raziah memaklumkan Ruhainies menarik diri sebagai salah seorang artis yang terlibat berniaga di karnival tersebut kerana enggan menjejaskan perniagaan orang lain.

"Ruhainies beritahu saya yang dia tarik diri. Dia dah lama fikir kerana tidak mahu perniagaan orang lain terjejas."

Ruhainies didakwa bertindak demikian susulan kontroversi tangkap khalwat yang melibatkan dirinya dan aktor Aliff Aziz.

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 16-3-2024 10:04 PM
Ruhainies tarik diri pun, aku ttp x berkenan ngn makcik ni.
Kes pos gmbr pakai emas kt depan kaabah, sambil pos yang caption still cakap pasal produk bodoh die
Quote wirazam 16-3-2024 10:23 PM
Boikot jr...come on..kalau setabak bolej boikot..yg ini lagi sap sap sui kan
Quote missbigrockstar 16-3-2024 10:57 PM
Mesti puk rasa lega sekarang. Maka berbondong-bondong lah semua ke pesta vendor
BTW, kenapa nampak puk muka mcm uqasha? Dr sama ke?
Quote Manusiabesa 17-3-2024 12:06 AM
For the very 1st time kemut pandai
Quote becir 17-3-2024 12:19 AM
Laku kah. Param pun tak ramai org menbeli. Ni artis jual barang2 tah apa harga berdentum mau orang tengok2 je cam lawat zoo
Quote bambimo 17-3-2024 12:52 AM
Ifa dh lawa cm uqasha senrose plak dgn rambut cmtu..
Quote ninajaybee 17-3-2024 01:18 AM
becir replied at 17-3-2024 12:19 AM
Laku kah. Param pun tak ramai org menbeli. Ni artis jual barang2 tah apa harga berdentum mau orang t ...

Retis berjualan mestilah laku keras.
Quote princessmiang 17-3-2024 05:50 AM
Tak faham ummah2 kepam sangkak yg sanggup bersesak2 beli barang low quality overpriced daripada retis
Quote LautBiru52 17-3-2024 06:05 AM
Aku tahun ni nk beli baju murah2 je. Bwh 100 kalau ade. Harga baju/ barang dkt starvenfors ni mesti mahal kan? Memang aku tak pegi la jawabnya
Quote Skyline_84 17-3-2024 06:29 AM
jenuh momod nk delete spam lahanat ni smua
Quote Suchi 17-3-2024 08:54 AM
LautBiru52 replied at 17-3-2024 06:05 AM
Aku tahun ni nk beli baju murah2 je. Bwh 100 kalau ade. Harga baju/ barang dkt starvenfors ni mesti  ...

Baju retis jual semua mahal2 walau material hauk
Zaman ni org beli kat live laa dapat lagi murah2
Quote ReginaGeorge 17-3-2024 09:01 AM
Baguslah tarik diri, sedar diri namanya. Tak pasal2 rezeki org lain terjejas. Tu pertama. Kedua, mesti kemut takut dibaling telur
Quote ReginaGeorge 17-3-2024 09:03 AM
Suchi replied at 17-3-2024 12:54 AM
Baju retis jual semua mahal2 walau material hauk
Zaman ni org beli kat live laa dapat lagi murah2
...

Betul. Kadang jahitan pon tak kemas. Baik aku beli kat tik tok, lagi murah. Tak perlu berasak2.. Ada yg datang semata nak bergambar ngan retis kegemaran jer...
Quote September14 17-3-2024 09:42 AM
Zmn boikot skg ni baguslah tarik dri
Quote She-Ra 17-3-2024 09:47 AM
ReginaGeorge replied at 17-3-2024 09:03 AM
Betul. Kadang jahitan pon tak kemas. Baik aku beli kat tik tok, lagi murah. Tak perlu berasak2.. A ...

ini benaran belaka
iols pernah teman kwn pegi pwtc tu duluuuu.. dia mmg nak cari tudung tp sesambil la katanya
dpt tangkap ramai retis jgk la utk bergamba... iols takat teman je, takde soping pun

Quote anony-mous 17-3-2024 10:03 AM
slyfynx replied at 16-3-2024 10:04 PM
Ruhainies tarik diri pun, aku ttp x berkenan ngn makcik ni.
Kes pos gmbr pakai emas kt depan kaabah, ...

Ya patut boikot sbb prangai penganjur sdri yg hauk
Quote Sesuatu… 17-3-2024 01:26 PM
Xpe la. Aku dh settle awal baju raya semua before romadon lg. Xkalut nk bersesak2. Cuma xtahu la umur pjg ke idak nk smpi ke raya & romadon seterusnya.

Ahgitchu sempat bermuhasabah [em:3:]
Quote Cyempaka 17-3-2024 01:32 PM
patutnya boikot sbb ada dia. Bkn sbb ada ruhainis.
Kemain bongkak lg acik ni dulu kan. Tapi biasa la netizen bodo2 alang cpt lupa. Gigih p bersesak kat festival retis bongkak.
Quote sukanyanyi 17-3-2024 01:57 PM
Suchi replied at 17-3-2024 08:54 AM
Baju retis jual semua mahal2 walau material hauk
Zaman ni org beli kat live laa dapat lagi murah2
...

Oo yeke uols? Penah pegi eh? Iols ada wonder jugak makanan yg retis buat, baju2 yg retis jual kat bazar mcmni best ke tak..

By the way ade yg tau ke runenes ni spatutnya niaga apa kat situ? Baru dapat info tgk melodi td bellas jual kuih kat bazar rival.. mesti org berpusu gi ke situ instead sbb nak sapot sheols.

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.045478 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top