Pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz menafikan dakwaan yang mengatakan dia keluar ‘dating’ bersama wanita lain tanpa pengetahuan isterinya, Bella Astillah. Aliff menerusi temu bual bersama Melodi baru-baru ini mengakui dia dan isterinya terkejut dengan dakwaan tersebut. Jelas Aliff, orang ramai telah tersalah anggap dan berkemungkinan wanita yang dimaksudkan adalah sepupunya. "Bella terkejut dan saya pun terkejut, sebab Bella tahu hampir setiap hari saya bekerja di set penggambaran dan memang jadual penggambaran agak padat." "Dan ada beberapa kali sepupu saya datang belah umi (mak) dan bawa sepupu serta keluarga mereka keluar berjalan, dah lama tak jumpa dan datang KL. "Mungkin saya rasa orang salah faham, orang yang berjalan dengan saya itu adalah sepupu saya. Saya pun terfikir siapa la cakap dengan Bella. Bella pun fikir sepupu saya atau pun Ain adik bongsu saya."
Dalam masa sama, penyanyi tinggi lampai itu berkata selepas ini dia akan kerap memuat naik perkongsian dalam media sosial ketika keluar atau bertemu dengan sesiapa agar tidak mendatangkan fitnah. "Tapi mungkin saya rasa, lepas ini saya ambil langkah berhati-hati, mungkin selepas ini kalau saya keluar dengan sesiapa, kena buat IG Story." Dalam pada itu, pelantun lagu Sayang-Sayang berharap agar orang ramai dapat memahami kehidupannya sebagai selebriti yang akan bertemu dengan banyak pihak atas urusan kerja. "Kita akan sentiasa dilihat oleh orang tapi pada saya, as long as i know i am not doing anything wrong or i am going out with my family members or kawan-kawan, saya tak rasa saya perlu memberikan penjelasan kepada sesiapa." "Saya sendiri tidak tahu dakwaan itu sebab tak ada gambar atau bukti. Kalau ada gambar mungkin saya boleh explain. Cuma, saya rasa orang kena faham, sebagai selebriti, baik atau buruk, kita akan ada hari yang kita mungkin keluar meeting." "Cuma bila ada yang mendakwa saya ‘buat hal’, saya bukan orang yang baik baru nak belajar-belajar jadi baik nampak dia bersama dengan wanita it’s okay tapi bila kata Aliff buat hal dari segi apa?" "Kalau saya berjalan dengan sepupu atau adik beradik saya bukan ke itu satu fitnah". Sumber: TikTok Melodi/OhBulan |
ADVERTISEMENT