CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bella Astillah Nekad Failkan Cerai Pada Aliff Aziz – "Peluang Demi Peluang Sudah Diberikan, Cinta Tak Semestinya Memiliki."

13-3-2024 09:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24186| Komen: 174



Pelakon Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Aliff Aziz.

Peguam yang mewakiki Bella, Azmi Mohd. Rais berkata aktres itu memfailkan perceraian terhadap aktor tersebut pada Isnin.

"Kes hari ini adalah tarikh sebutan pertama perceraian. Pihak kami failkan cerai pada Isnin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.

"Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam."

Azmi berkata demikian ketika ditemui pada prosiding pertama kes perceraian Bella dan Aliff yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata dia nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.




"Sebenarnya, saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kami. Saya rasa memilih ini (cerai) adalah yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.

"Patutnya dia hadir pada hari ini (Rabu). Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk bercerai. Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar."

Dalam pada itu, disoal adakah akan memberi peluang kepada Aliff, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia sudah beberapa kali memberikan peluang kepada suaminya.

"Peluang demi peluang sudah saya berikan kepada Aliff. Apa pun dia tetap ayah kepada anak-anak saya. Saya juga sudah cakap dengan dia nak berpisah cara baik. Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya. Cinta tak semestinya memiliki."

Sumber : OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Freezfrozen 13-3-2024 09:15 PM
Semoga dipermudahkan urusan bella..
Quote MatDeghem 13-3-2024 09:30 PM
Boleh ke hidup tanpa Alif?
Dah boleh join club Sarah dan shu.
Geng Kecoh drama penceraian nya.
Quote Dolmat 13-3-2024 09:31 PM
Bila si peahhhhh abis di londehhhh kannnn ...
Kali NI kena kawan baikkkkk... Tak berkutik!

Sepatutnyer sesahhhh belasahhhhh si Alip cukup2 tak sedar diri tak tahu bawak diri Di negeri orang! Dia balik Singapore confirm kena rembatttt lagi..

Dah nekad nak berceraiiiiii kaliiii ni harap2 tak lah bunting anak si Alip mat rep sengkek ehhhhh!

Hi Abuuu Siti bunting tidak tahu2 beranak lagiiii..  !!!


Quote Manusiabesa 13-3-2024 09:46 PM
Dolmat replied at 13-3-2024 09:31 PM
Bila si peahhhhh abis di londehhhh kannnn ...
Kali NI kena kawan baikkkkk... Tak berkutik!


Nk sesah anak jantan org aka laki kita tu boleh. Senang. Mudah sgt. Boleh buat.anytime. geram je sesah. Tp kita kena ada waras jugak. Yg disesah tu ayah kpd ayden dgn adik ayden.. budak2 tu xmemasal jd anak yatim ,bapak mati disesah ibu. Bila ada anak. Bkn leh ikut emosi kita je. Lain la marriage childless. Cerai ka mati ka leh setel terus xyh pkir anak2 jd apa.  Tp bella ni anak 2 org. Dedua tu time being mmg usia perlukan existence both parent. Cerai pun xpa td bella akui yg pasni alep leh dtg jenguk anak2 anytime bang dolmat oi.. jgn panik sgt bang dolmat. Rilek sudah.
Quote dua_chzy 13-3-2024 09:48 PM
Benci betul aiol tengok gamba Alip tuh.
Quote Suchi 13-3-2024 09:50 PM
Edited by Suchi at 13-3-2024 09:52 PM

Sempena bulan ramadan ni iols doakan urusan penceraian dia dipermudahkan

Iols pun dah trauma dgn penceraian retis2 yg berlanjutan lama dan penuh dgn drama cth mcm kes ps-sol bagai tu

Kepada Alif sila beri kerjasama, tak perlu nak gaslighting nabellah
Tak perlu nak tegakkan benang yg basah ke apa, kalau masih sayang ko takkan curang tu je
Kali pertama boleh kata tersilap tersasar tp ni dah berkali2, nabellah tu bukan Tuhan.
Memaafkan tu menyakitkan tau dak? Maksudnya ada seseorang telah buat salah ngn kita.

Harap netizen lain terutama yg lelaki toksah la nak  tak abis2 nk sebut pasal ganjaran pahala bagai sbb jadi bini yg taat ke apa.
Taat ngn kaki maksiat ker?
D8003632-B478-4EFF-8956-ACB720615C40.jpeg
Quote DeLuna85 13-3-2024 09:50 PM
Ok Bella last sudah ya. Jangan lagi pandai2 pigi rujuk.
Quote dua_chzy 13-3-2024 10:29 PM
Suchi replied at 13-3-2024 01:50 PM
Sempena bulan ramadan ni iols doakan urusan penceraian dia dipermudahkan

Iols pun dah trauma dgn pe ...

Lawak k reply last tu.
Quote pinkzara 13-3-2024 10:34 PM
MatDeghem replied at 13-3-2024 09:30 PM
Boleh ke hidup tanpa Alif?
Dah boleh join club Sarah dan shu.
Geng Kecoh drama penceraian nya.

Tapi blh je jadi mcm kak nab. Berpisah tapi semtiasa berkepit dengan ex.
Quote Dolmat 13-3-2024 10:41 PM
Manusiabesa replied at 13-3-2024 09:46 PM
Nk sesah anak jantan org aka laki kita tu boleh. Senang. Mudah sgt. Boleh buat.anytime. geram je s ...

Serious kalo bagi freeee memang Aku belasah si Alipp hantuk kepala dia pat tembok biar masuk akal! Kasi mukaaaa sangat begitulah perangai hypocrite dia!

Beraper kali chance nak Kasi si Alipppp kaki betina.. betina bukan satu dua.. macam2 betina Dari retis, GRO sampai ke Minah rep..masih nak kasi muka lagi si Alipp tu??? Just because he is tall and handsome??? Ehhhh muka tak handsome manaaaa pun.. record pun BUSUK datang negeri orang apatah lagi record dalam negeri sendiri!
Buat malu orang Melayu Singapore je si matrep ni!
Quote nabilann 13-3-2024 11:10 PM
Edited by nabilann at 13-3-2024 11:16 PM

Bella, Please don’t go back to this guy! Lambat lagi kot kalau nak berubah/mungkin tak berubah entah lah, saya bukan Tuhan yang tahu segalanya. And to the penyondol, I never liked you before and I do not like you even more now. I have a reason not to like you ye bukan sebab saje2 tak suka but just nak cakap, kalau dah tahu laki tu dah ada girlfriend atau wife, please la jangan kacau, ajak keluar bagai, lagi2 bila ajak keluar berdua je bila dah tahu orang tu post ada gf/wife. Please girl. You were lucky I’m that nice not to say anything to you.
Quote NuansaBiru 13-3-2024 11:40 PM
IMG_20240313_233850.jpg
Quote pocongkiutss 13-3-2024 11:46 PM
Dolmat replied at 13-3-2024 10:41 PM
Serious kalo bagi freeee memang Aku belasah si Alipp hantuk kepala dia pat tembok biar masuk akal! ...

Mulut maness tu

Si bella ni mungkin love language dia ialah kata2 maniss / words of affirmation..so dia mmg kalah dgn si putik ni

Yg retis2 lain yg berlakon sama putik tp tak rebah dgn mat putik, mcm DT tu..mgkin love languange DT tu receiving gifts ka kan..koser dgn jantan mulut manes tp kosong..tak maen la khenn..alang2 dpt umah banglo kt area PJ tu baru ler curlast
Quote Suchi 14-3-2024 12:01 AM
dua_chzy replied at 13-3-2024 10:29 PM
Lawak k reply last tu.

Banyak lagi uols komen seumpama tu yg boleh menguji kesabaran di bulan ramadon ni

Ada yg marah dia cepat sgt failkan cerai, suh g terapi dulu gap kan dulu jgn serabutkan keadaan

Yg suh pikirkan anak2 laa, tak kesian kat anak2 ke kata acik2 tu

Tah mai dr gua mana laa acik2 tu
Quote lolipopmanish 14-3-2024 12:05 AM
Harap bella tak uturn lah yeeee..be strong bella
Quote virgocircus 14-3-2024 12:11 AM
Bak pepatah jawa... He may be a good father but a lousy husband.
Quote tom2 14-3-2024 12:32 AM
Hurm... Better late than never. Pandang depan . Jalan terus. Semoga dipermudahkan urusan.
Quote NuansaBiru 14-3-2024 12:59 AM
virgocircus replied at 14-3-2024 12:11 AM
Bak pepatah jawa... He may be a good father but a lousy husband.

Demikian menurut kata nori kpd kj suatu masa dahulu
Quote doubleA 14-3-2024 12:59 AM
Iols kesiankan anak2nya je sepasang plak tu, ara nanti nikoh walinya tetap bapak hauknya yg sentiasa kalah dgn nafsu. Adrian pulak dah besar sikit dia pun akan tahu kontroversi bapak dia. Elok la nabelah cerai pun nampak sgt alip sia2 kan peluang dia, baik cari bahagia sendiri gitu

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.195912 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top