CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Sampai Sekarang Dia Langsung Tak Hubungi” – Sempena Ramadan, Bella Astillah Maafkan Ruhainies Tapi Tak Mungkin Dapat Melupakan

13-3-2024 09:45 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 19477| Komen: 122

Description: Hanya tuan badan je yang tahu betapa sakitnya rasa dikhianati kawan baik sendiri. Itulah yang berlaku kepada Bella Astillah apabila suaminya ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kon ...

Hanya tuan badan je yang tahu betapa sakitnya rasa dikhianati kawan baik sendiri. Itulah yang berlaku kepada Bella Astillah apabila suaminya ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium Sabtu lalu.

Susulan kontroversi itu juga, Bella telah menfailkan satu permohonan cerai terhadap Aliff Aziz dan prosiding pertama sepatutnya berlangsung hari ini.

Memetik laporan mStar, Bella berkata Ruhainies sehingga ke hari ini masih tidak menghubunginya. Namun Bella enggan memanjangkan isu dan memaafkan perbuatan sahabatnya itu sempena bulan Ramadan yang mulia.

"Sehingga hari ini (Rabu) pelakon wanita itu (Ruhainies) langsung tidak menghubungi, Saya juga tidak mahu panjangkan isu ini dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya maafkan dia"

Ketika ditanya mengenai hubungan persahabatan, selebriti kelahiran Sabah ini berkata dia boleh memaafkan tetapi untuk berbaik semula tidak pasti.


"Saya maafkan namun tak mungkin melupakan. Tidak tahu pada masa akan datang mungkin kami akan bertemu, saya belum terfikir lagi ke arah itu. Cuma saya harap tidak akan berjumpa dengannya."

Ibu kepada dua orang anak ini menjadikan ia satu pengajaran dan berharap orang ramai juga boleh mengambil iktibar.

"Di lokasi penggambaran dia sangat baik. Saya tak sangka perkara ini terjadi, sebab itu susah untuk memberi sebarang komen."



Difahamkan, Bella yang sepatutnya bergandingan dengan Ruhainies dan Aliff Aziz dalam drama Terjerat terpaksa menarik diri selepas kontroversi khalwat.

Ketika ditanya mengenai suaminya, Bella enggan mengulas lanjut dan menganggap apa yang terjadi sebagai hadiah ulang tahunnya pada 15 Mac ini.

Kredit: mStar/OhMedia

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 13-3-2024 10:04 PM
Camtu je farehah?
Kenapa dia mcm yakin dia tak bersalah eh
Aku pelik betul la
Nak kata marketing bella sampai failkan cerai, tarik diri drpd berlakon sama
Sampai menteri agama pun nafikan ni bkn marketing
Tp farehah acah2 mcm takda apa2 berlaku seolah2 ini gimik
Kawan ko sendiri pun terkejut dan tak menyangka.
Quote red_velvet 13-3-2024 10:08 PM
Wlaupun ramai acik porem kecam bella tapi iols ade soft spot kat dia.. dia ni jenis lembut hati n mudah memaafkan.... Baguihla dah move on. Tapi jgn separuh jalan ye dekk.. nanti alip nyanyi2 dgn suara husky dia tu ko patahh balikk lagi pulak... Cukuppppp cukuuupppp sudahhh....jangan toleh blakang dah... Move forward hokehhh...
Quote jihah_kudat 13-3-2024 10:21 PM
hmm memang la kemut salah..tapi kemek harap kemut call sambil say " sorry beb i tertangkap basah dgn laki u" gitu ke..sedangkan peah datang konsert gv je pun she dah mengamuk update story itu ini sampai alep kena mintak maaf..inikan nak harapkan kemut call..maunye si bella ni standby record siap2 call tu lepastu post kat ig sambil mengharapkan semalaysia kecam..
Quote ninajaybee 13-3-2024 10:27 PM
Memanglah Kemut takkan call. Dia pun tahu kes belum settle. Kalau dia call Kemek ckp sorry ke apa, Kemek pasti record dan bagi kat pihak pendakwa. Dah macam Kemut admit pula.
Quote Dolmat 13-3-2024 10:28 PM
Baikkkkkkk nyer hati....maafkan Alip berkali2 walaupun enoki asyik mencicah kupang bersos ikan... Maafkan kawan baik ruhaines..

Abis peah dan pompuan lain termasuk yg GRO maafkan jugak tak?

Tanyaaaa jer ni Bella.....


Quote Dolmat 13-3-2024 10:30 PM
Edited by Dolmat at 13-3-2024 10:34 PM
red_velvet replied at 13-3-2024 10:08 PM
Wlaupun ramai acik porem kecam bella tapi iols ade soft spot kat dia.. dia ni jenis lembut hati n mu ...


Tup tup keluar beritaaaaa bellaaaaa ngandung lagiiiiiiiii......?

Saya tahu siaper suami saya.. perempuan2 tu yg gatal menganggu suami saya!





Kalo akuuuuu sesahhhh belasah si Alipppp dulu!!
Pastu campak passport dia dgn dia sekali balik Singapore! Biar Alipp mereputs pat sana yg sememang takde masa depan!

Muka bukan nyer hensemmm tak berhasil!


Quote AWEKSAMURAI 13-3-2024 10:40 PM
Wanita lindungan Kaabah ... hahahaha terpaling tabah ..
Quote Beribear 13-3-2024 10:47 PM
Aku pon tak suka bella ni sebab org samakan dia dgn selena gomez & siti. Selalu laki dia buat hal aku tak amik port pon. Tapi kali ni kesian lah kat bella ni. Tp sampai skrg tak percaya ni bukan gimik. Kalau betul semoga doa bella Allah angkat lagi² bulan ramadhan ni kan
Quote cm_vungtau 13-3-2024 11:04 PM
Nak call cemana? Takkan nak kata I’m sorry, I slept with your husband. Agittew
Quote tasha 13-3-2024 11:10 PM
jihah_kudat replied at 13-3-2024 10:21 PM
hmm memang la kemut salah..tapi kemek harap kemut call sambil say " sorry beb i tertangkap basah dgn ...

Swsuainya...kemek dan kemutp semoga ada pengarah ambil mereka berdua belakon..watak bodoh2 alang...
Quote Nenasketum 13-3-2024 11:14 PM
Laki dia such a catch. Dengan dadah lagi, musti acik suka kan? Tapi Alip ni standard si Noh Hujan, kena carik tino anak orka, baru bleh lalok manjang. Keje pun ke laut, dayus ya amat lelaki cenggini.
Quote hzln 13-3-2024 11:26 PM
Dia masih dlm fasa denial tu, yg kawan baik sanggup tikam dia dari belakang gitu sekali
Tak mungkin dia dah mampu memaafkan, jika malam kena cekup tu baru dia tahu
Lain la kalau dia dah syak lama, dan dia yg buat report ke jawi, kalu gitu mungkin la boleh dipercayai apa yg dikata tu, sbb dia dah mentally prepared utk hadap benda ni
Quote beatgirlX 13-3-2024 11:31 PM
Go Bella. Go.. Ko but derk je dua ekor tu... Kalau ko merintih lg laaa depa sakannn jdnya
Quote kakasotong2 13-3-2024 11:32 PM
Beza betul respon sheols pd anis kemut berbanding respon sheols pd peah

Ntahla kalo meols la kan pengkhianatan dari kawan sendiri lg sakit hati kot berbanding pengkhianatan dr perempuan ntah sape2 yg kita xrapat.
Quote nutcrack8 14-3-2024 12:10 AM
Alif ni persona die kuat kot. Abis sume perempuan yg spare dgn die, sume sondol die.
Quote Suchi 14-3-2024 12:13 AM
hzln replied at 13-3-2024 11:26 PM
Dia masih dlm fasa denial tu, yg kawan baik sanggup tikam dia dari belakang gitu sekali
Tak mungkin  ...

Iols pun rasa camtu

Maybe dia masih marah juga tu tp  tahan sbb bulan puasa kalau tak napa dia tarik diri drpd berlakon sama2.
Mungkin risau gagal menahan diri kang ada yg bergusti kat set.
Ayat dia berlapik sebut memaafkan sbb bulan ramadan tp takkan melupakan dan berbaik mcm dulu.
So ruhainies bertuah sbb skrg bulan puasa,org menahan dirii drpd memaki ko
Quote AreYou.69 14-3-2024 12:38 AM
jihah_kudat: hmm memang la kemut salah..tap ...


Agreed...dh sah2 kemut akan play victim..buat apa dia nk melutut ke kemek bila laki kemek sendiri yg menggatal nk kemut..huhu
Quote pocongkiutss 14-3-2024 01:04 AM
nutcrack8 replied at 14-3-2024 12:10 AM
Alif ni persona die kuat kot. Abis sume perempuan yg spare dgn die, sume sondol die.

Ada je yg tak melayan sis..tp tuh la..mostly rebah kat dia yg cerdik je tak melayan

Yg melayan putik ni semua jenis lemahhh
Quote chilly 14-3-2024 02:08 AM
Drama Terjerat dah tukar tajuk Kemut, Kemek & Kontot.

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061899 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top