KNKV Viral Award 2024 yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung di saluran RTM TV2 telah melabuhkan tirainya malam tadi. Sebanyak 36 anugerah dipertandingkan yang mana terdiri daripada tiga segmen iaitu 7 anugerah Viral Laureate, 16 anugerah Gold dan 6 anugerah Premier. Sementara itu, satu trofi khas iaitu Anugerah Diva Terulung KNKV Viral Award diserahkan kepada penyanyi, Aina Abdul di atas pencapaian yang penuh inspirasi sepanjang sedekad kariernya sebagai penyanyi. Acara tersebut turut diserikan dengan persembahan Joey Daud, Ammar Titan, Aina Abdul, Aweera dan ramai lagi.
KNKV juga dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Tuan Adam Adli Abd Halim. Berikut merupakan senarai penuh penerima anugerah KNKV Viral Award 2024: Viral Laureate Award: Viral Laureate Film Influencer – Zhaf Vlog Viral Laureate Film Director – Adrian Teh Viral Laureate Golden Microphone – Fara Fauzana Viral Laureate Influencer – Alif Satar Viral Laureate Song – Datuk M Nasir Viral Laureate – Actor – Beto Kusyairi Viral Laureate Content Creator – Sofyank Prime Award: Malaysia Madani Awards – Shermine Hau Ah Moi Best National Influencer – Hafiz Mahamad Best National Content Creator – Ryan Bakery Golden Awards: Best National Original Viral Video – Awanaz Style Best National Original Educational Informative – Sir Asai Best National Original Business Content – Hafiz Mahamad Best National Original Comedy Content – Davidvidkumbibi Best National Original Food Content – Hisham Raus Best National Educational Informative Influencer – Sir Asai Best National E-Sport Influencer – Daddy Krew Best National Health, Beauty, Sport Influencer – Dr Samhan Best National Motivational Business Influencer – Inche Lebah Best National Comedy Influencer – Ryan Bakery Best National Food Influencer – Che Sayang Kitchen Best National Entertainment Influencer – Mek Yun Best National Viral Page/Channel – mStar Online Sekadar info, KNKV Viral Award 2024 adalah majlis anugerah kali ke-2 yang dihasilkan dengan tujuan meraikan golongan influencer, penerbit, dan pelakon video viral media sosial yang tidak hanya berjaya dalam meraih populariti tetapi juga telah mengamalkan ciri-ciri positif dan moral yang baik kepada jutaan pengikut dalam setiap mesej penerbitan mereka. Melalui program ini, penganjur bercita-cita untuk memupuk nilai-nilai positif dan etika yang bersesuaian dengan nilai murni masyarakat Malaysia di media sosial. Sumber : OhBulan |
ADVERTISEMENT