CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pelanggaran Kontrak, MIG Saman Hun Haqeem RM 600,000

21-2-2024 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8349| Komen: 21



SUSULAN isu pelanggaran kontrak bersama syarikat Metrowealth International Group (MIG) pada tahun 2021, pelakon Hun Haqeem diminta membayar ganti rugi lebih RM 600,000.

Kenyataan tersebut dimaklumkan Pengarah Urusan MIG, David Teo yang baru menerima keputusan daripada Mahkamah Rayuan pada 27 November lalu.

Mahkamah membenarkan rayuan daripada pihak kami dan dia (Hun) diminta untuk membayar ganti rugi sebanyak RM 613,950 dengan syarat kami tampilkan bukti-bukti kos kerugian.

“Dia juga diminta untuk bayar kembali wang berjumlah RM 30, 240 iaitu bayaran tunggakan kepadanya yang pernah kami bayar sebelum ini,” katanya kepada Kosmo! Online semalam.

Sebelum ini, David memaklumkan bahawa Mahkamah Shah Alam pada awalnya memutuskan kes ini selesai tanpa menang atau kalah, namun, pihaknya membuat rayuan.

Hun yang setakat ini baru membayar separuh daripada jumlah pertama, menamatkan kontrak pada 2021 dan masih berbaki lebih kurang dua tahun.


Sementara itu, David bertegas untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menganggap pelakon drama bersiri, Kampung People itu melupakan asal-usulnya yang memulakan karier bersama MIG.

Dia sudah tanda tangan kontrak, jadi dia tetap salah. Dia keluar pun ketika namanya sedang meningkat. Bagai kacang lupakan kulit.

“Ketika itu banyak tawaran kerja termasuk menjadi duta tetapi dia menolak.

Disebabkan itu kami alami kerugian. Nilai tersebut akan kami kira semula untuk dihantar ke mahkamah,” jelasnya lagi.

David turut memaklumkan bahawa Hun sudah menjelaskan bayaran separuh daripada jumlah RM30,240.

Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan Hun sudah  ‘angkat kaki’ dari MIG sejak Januari 2021 dan menguruskan diri tanpa bergantung dengan mana-mana syarikat.

Sehingga kini, tiada pengesahan mengenai alasan jejaka berusia 26 tahun itu keluar dari MIG. 

SUMBER – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 21-2-2024 10:07 AM
bagai kacang lupakan kulit mmg peribahasa trademark davd teoh eh
huhuhuhuhu
gitu dia guna kalau retis bawah dia buat hal time nama tgh letooopan
teringat kes wawa jenal
Quote sayurmayur88 21-2-2024 10:09 AM
600k eh....
Quote prince_marhaen 21-2-2024 10:43 AM
teringat si aeril ngan wawa kena buat PC sebab langgar kontrak MIG kawin sesenyap (artis MIG dilarang bercinta)...sambil pakai jubah, mata celak arab & tudung labuh...ahahahahahahahahahaha propa sangat..
Quote Pumpkinhead 21-2-2024 10:57 AM
aaa gitu ceritanya pepandai la selesaikan ya
Quote KamikuP 21-2-2024 11:23 AM
Byknyer kene saman.. huhuu.. naik takut le org nak bernaug bwh acik David ni
Quote Noraniza_Iblis 21-2-2024 11:23 AM
sian bang hunn byk air....
emm
Quote Belibis 21-2-2024 12:47 PM
Mat over tersenyum sinis.
Quote GegarVaganja 21-2-2024 02:34 PM
Noraniza_Iblis replied at 21-2-2024 11:23 AM
sian bang hunn byk air....
emm

jual air tu boleh dapat lebih 600k kot.
buat tiktok live. mesti dpt banyak gift.


Quote LadyCarefree 21-2-2024 02:40 PM
KamikuP replied at 21-2-2024 10:23 AM
Byknyer kene saman.. huhuu.. naik takut le org nak bernaug bwh acik David ni

Baguslah David tegas. Retis2 ni kebanyakkannya kepala besar bila mula ada nama sikit. Suka suki buat apa diorang nak. Biasanya pihak pengurusan/penerbitan let it slide.
Quote 3chanceno 21-2-2024 02:54 PM
Selayaknya disaman, pasal dah sign contract tapi suka2 tinggalkan gitu..

Yg heran, kenapa tak bersalah pada awalnya? Dah ke rayuan baru mig menang.  Mig dah ada bukti kukuh etc, tapi bagus mig tak mengalah.
Quote Noraniza_Iblis 21-2-2024 02:56 PM
GegarVaganja replied at 21-2-2024 02:34 PM
jual air tu boleh dapat lebih 600k kot.
buat tiktok live. mesti dpt banyak gift.

niaga air balang ke?
hopefully dpt kalahkn air balang syahmi...
sbb bam hun herlok terletak...rugi airr dibazirkan sbegitu
Quote KiddInc 21-2-2024 03:37 PM
3chanceno replied at 21-2-2024 02:54 PM
Selayaknya disaman, pasal dah sign contract tapi suka2 tinggalkan gitu..

Yg heran, kenapa tak bers ...

MO MIG ni biasa camni la....

ioolllss x sangka MIG ni still relevant jaman sekarang...klau buat movie...teruk naw quality...dgn dubbing sound hampeh...
Quote rayna_raynes 21-2-2024 03:56 PM
3chanceno replied at 21-2-2024 02:54 PM
Selayaknya disaman, pasal dah sign contract tapi suka2 tinggalkan gitu..

Yg heran, kenapa tak bers ...

Bukti tak cukup kot

Quote Perawankota 21-2-2024 04:08 PM
Anyway, Knp David teo ni selalu bersongkok eh… sekadar menghormati majlis or dh convert senyap2
Quote rosewhite 21-2-2024 04:26 PM
Hun berlakon cite apa dulu dibawah MIG ni? start popular sebab cite kampung people kan
Quote 3chanceno 21-2-2024 04:29 PM
KiddInc replied at 21-2-2024 03:37 PM
MO MIG ni biasa camni la....

ioolllss x sangka MIG ni still relevant jaman sekarang...klau buat m ...

Oh yea ke MO mig cam gini? Kalau dlm bisnes, biasa yg langgar kontrak kena saman. Hari tu nek aida pun menang saman jugak.

Meols cuma tahu kawasan rumah dia besar tapi biasa je rupanya..dlm rumah pun biasa2 tak lah cam yistana. Tu pun tengok rancangan apa tah yg dahlia tu gi rumah2  selebriti.
Quote 3chanceno 21-2-2024 04:33 PM
rayna_raynes replied at 21-2-2024 03:56 PM
Bukti tak cukup kot

Tak tahu pasal kes nie sampai berita nie keluar.  Tapi kata nya ada kumpul bukti2 kerugian yg mig tanggung. Entahlah, harap pelakon2 baru naik jgn buat sesuka hati je selepas sign kontrak.
Quote namieamuro 21-2-2024 04:35 PM
byk nye. lps beli sebuah rumah teres 2 tingkat.
Quote Anyaa29 21-2-2024 08:53 PM
Memang salah dia lah sbb langgar contract….

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.068308 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top