CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kesayangan Biduanita Negara..” – Sambut Hari Lahir Datuk Khalid, Video Sambutan Siti Nurhaliza Dan Tengku Zawyah Jadi Tumpuan

19-2-2024 11:33 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33755| Komen: 95

Description: Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat menyambut ulang tahun kelahiran suami tersayang, Datuk Khalid bersama-sama ahli keluarga dan anak menantu di sebuah lokasi ya ...


Baru-baru ini, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat menyambut ulang tahun kelahiran suami tersayang, Datuk Khalid bersama-sama ahli keluarga dan anak menantu di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Dalam video yang dimuat naik ke aplikasi X dan Instagram milik Siti sendiri, kesemua anak menantu dan juga kehadiran bekas isteri Datuk Khalid, Tengku Zawyah turut dilihat hadir memeriahkan suasana majlis keramaian itu.


Antara yang hadir, anak-anak tiri Siti Nurhaliza, Asyraf, Adib, Anas, Aazief dan isteri masing-masing, pelakon Izara Aisyah, Tya Ariffin serta Aafiyah dan Afwa.

Turut dilihat ada bersama, suami kepada Tungku Zawyah, Datuk Rayyan Joseph King di majlis itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil mengucapkan doa selamat buat Datuk Khalid dan mendoakan agar kehidupan serta rumah tangga keluarga selebriti itu dilimpahkan rahmah dan bahagia hingga ke syurga.


Sekadar info, Siti Nurhaliza mendirikan rumah tangga bersama usahawan Datuk Khalid Mohamed Jiwa pada Ogos 2006. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Aafiya dan Afwa.

Datuk Khalid pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Zawyah pada tahun 1985 namun bercerai pada 2005. Mereka berdua dikurniakan empat orang anak lelaki sepanjang perkahwinan.

Sumber : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cleocatra 19-2-2024 11:44 PM
Gigih d. kertu pakai spek dalam resto. Nak nampak muda punya pasal.
Quote sayangselamah 19-2-2024 11:49 PM
Tokti ni memang tinggi ke yg lain yg tak tinggi
Quote doubleA 20-2-2024 12:20 AM
Memang tula upacara tahunan deme birthday sesiapa pun, kalau tak over bukan jonah la
Quote bintangct 20-2-2024 12:42 AM
sayangselamah replied at 19-2-2024 11:49 PM
Tokti ni memang tinggi ke yg lain yg tak tinggi

160 je Yg lain² tu mmg pendek pon????
Quote hyie 20-2-2024 01:07 AM
tak silap ctdk 162cm...kalau ikut purata ketinggian acik2 kat mesia, kira tinggi lah sebab majoriti acik2 150cm katanya ke lagi rendah dari tu? gituu...

biasa pompuan kalau cecah 160cm memang nampak tinggi la kat mesia ni, apatah lagi 170cm dan ke atas.
Quote anony-mous 20-2-2024 01:32 AM
hyie replied at 20-2-2024 01:07 AM
tak silap ctdk 162cm...kalau ikut purata ketinggian acik2 kat mesia, kira tinggi lah sebab majoriti  ...

Tggi jgk tokti ni. Nmpk dlu2 cam petite bawah 160cm
Quote Ferr_Remy 20-2-2024 01:54 AM
Acik2 haters je gigih ckp Tokti rampas tokertu dr TZ la siap bermusuh, rampas rumah TZ la. Padahal aman damai je diorg tu
Quote LembingDayanti 20-2-2024 01:59 AM
zawiyah tu gila glam janji laki dia dapat ojek
Quote amarakasih 20-2-2024 02:06 AM
sayangselamah replied at 19-2-2024 11:49 PM
Tokti ni memang tinggi ke yg lain yg tak tinggi

I jumpa dia kat LV KLCC. Dia pakai wedges.  Tangkap gambar dengan dia. Height sama tapi I was wearing flat shoes jer. Kita tinggi dari dia
Quote rainbowrainz 20-2-2024 04:18 AM
Tz ni salute hbislah kat dia sebab jiwa dia amat besar...muka dia Manis sangat2
Quote Binodino 20-2-2024 04:41 AM
Nak caras title biduanita negara pulak ke?

Biduanita negara yang iols tau ialah arwah datuk sharifah aini. Yang dia ni tetap penyanyi bernombor walaupun suara masa muda jauh beza dengan suara bila dah kertu ni. Compare dengan kak ZZ, kak melah, liza hanim & penyanyi2 lain yang suara maintain je dari dulu until now, yang ini suara dah macam jantan.
Quote Tinot7 20-2-2024 05:49 AM
Binodino replied at 20-2-2024 04:41 AM
Nak caras title biduanita negara pulak ke?

Biduanita negara yang iols tau ialah arwah datuk sh ...

Kan dolu2 dia gaduh dgn sepah aini..
Quote scorpionkiki 20-2-2024 06:16 AM
Edited by scorpionkiki at 20-2-2024 06:17 AM
hyie replied at 20-2-2024 01:07 AM
tak silap ctdk 162cm...kalau ikut purata ketinggian acik2 kat mesia, kira tinggi lah sebab majoriti  ...


Deleted
Quote noor2 20-2-2024 06:17 AM
Dalam gambar nampak bahagia je depa..elok je
Quote Cleocatra 20-2-2024 06:34 AM
sayangselamah replied at 19-2-2024 11:49 PM
Tokti ni memang tinggi ke yg lain yg tak tinggi

Tokti memang berkasut suka tongkol uols
Quote Cleocatra 20-2-2024 06:37 AM
noor2 replied at 20-2-2024 06:17 AM
Dalam gambar nampak bahagia je depa..elok je

Eh mesti la kena tunjuk bahagia. Nak menepis isu hangat2 taik itik sebelum ini.
Quote oggy 20-2-2024 06:47 AM
noor2 replied at 20-2-2024 06:17 AM
Dalam gambar nampak bahagia je depa..elok je

Mestilah tunjuk kebahagiaan. Takkan nak post masam2 muka (kalau ada lah kan). Baguslah aman2 je.
Quote lovelytouch 20-2-2024 07:36 AM
Geli geleman tgk gambo tok kertu senyum2 ala2 macho manjah ewwww
Quote sangbara2020 20-2-2024 07:45 AM
selalu berita2 cmnih sekadar nak menepis gusip nurtijen jah...

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.063950 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top