Baru-baru ini, aktres dan usahawan terkenal, Puteri Sarah Liyana terkejut apabila timbul spekulasi yang mengatakan bahawa bekas keluarga mentuanya iaitu, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail telah membelikan rumah untuknya. Menjawab kepada dakwaan itu, Sarah menafikan tuduhan berkenaan dan bertegas bahawa rumah yang didudukinya sekarang adalah hasil titik peluhnya sendiri tanpa meminta dari bekas keluarga mentuanya. "Hah? Kenapa pulak bekas mentua nak belikan saya rumah? Diaorang dah tak ada kena mengena dengan saya dah. Saya beli sendiri dengan duit sendiri." "Kita kerja, ada duit sendiri kenapa nak harapkan orang. Setiap yang gosip tu tak baik tau. Penat kita kerja siang malam, tidur tak cukup, makan tak kenyang mandi tak basah."
|
sayangselamah replied at 19-2-2024 11:51 PM
Bukan ke mertua kita ni sampai mati tetap jadi mak ayah kita?
miss_strangers replied at 20-2-2024 12:23 AM
Masalahnya dah berkurun Aku tunggu filem sol keluar....xsiap2 lagi...
love_warrior replied at 20-2-2024 01:45 AM
ni mesti menjawab kt live tiktok... sejenis cepat triggered dgn komen haters. mmg mencari komen2 cmt ...
newyork replied at 20-2-2024 01:32 AM
kenapa cakap takde kena mnegena pulak...sian datin pat..dia punya la sayang ko ,kalau ikut datin pat ...
ADVERTISEMENT