CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 15 Tahun Cedera Parah Dibelasah Sekumpulan Lelaki Hanya Kerana Memiliki Wajah ‘Terlalu Kacak’

16-2-2024 11:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27934| Komen: 14



Hanya kerana memiliki rupa paras yang terlalu kacak, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dilaporkan cedera parah selepas menjadi mangsa pukul samseng.

Dalam kejadian yang berlaku pada petang 11 Februari lalu, mangsa bernama Mooyong dilaporkan telah dikejarkan ke Hospital Bandung Crown Prince.

Menurut laporan, Mooyong telah diserang ketika dia dalam perjalanan ke kedai gunting rambut bersama empat orang rakannya.

Lima sekawan itu kemudian didekati sekumpulan lelaki yang mengarahkan mereka menghentikan motosikal dan mencabar untuk berlawan.

Kata Mooyong, apabila ditanya mengapa mereka marah, kumpulan gangster yang terdiri daripada remaja lelaki di antara usia 12 dan 16 tahun itu menjawab ia kerana mereka cemburu dengan kekacakan yang dimilikinya.

Dedahnya lagi, kumpulan tersebut mengacukan dua pucuk pistol menyebabkan dia dan rakan-rakan tidak boleh melawan semula.



Ketika berlaku pergaduhan itu, saah seorang suspek, Bas berusia 16 tahun telah memukul leher Mooyong sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri.

Dia kemudian dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya dan akibat kecederaan itu, Mooyong tidak sedarkan diri selama dua hari.

Menurut penduduk setempat, kumpulan gangster tersebut terdiri daripada lelaki daripada beberapa perkampungan berdekatan di wilayah Sakon Nakhon.

Malah, kata mereka ini bukan kali pertama kumpulan itu melakukan serangan sebegitu dan sebelum ini seorang mangsa pernah ditumbuk sekitar bulan lalu.

Malangnya, tiada penahanan mahu pun tindakan selanjutnya oleh pihak berkuasa malah sehingga kini tiada respon daripada pegawai polis di kawasan tersebut tentang kes ini.


SUMBER : The Thaiger

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanamunir 17-2-2024 07:58 AM
alaa br nk tengok skit kehenseman tu mcm mne..
gambar kna kabur plak..
Quote green~tea 17-2-2024 07:59 AM
Berebut betina sundal je kot
Quote ctaz 17-2-2024 09:54 AM
hanamunir replied at 17-2-2024 07:58 AM
alaa br nk tengok skit kehenseman tu mcm mne..
gambar kna kabur plak..

mestila kena kaburkan...
karang ramai porumer2 gi spital tu pukul budak tu sekali lagi....
tak naya....



HAR
Quote ninja9 17-2-2024 09:58 AM
... maka munculah joker dan memburu serta membunuh semua yg membelasahnya dahulu
Quote xtravaganza 17-2-2024 11:00 AM
Nthla..hasanah btl cerita ni. Sbb terlalu kacak? Come onnnn…

[em:4:]
Quote Suchi 18-2-2024 09:34 AM
Kalau iols pun akan serang mana2 yg ada rupa helok
Semak je laa biar semua rupa awam je kat donia ni barulah adil
Quote lucky_peace 18-2-2024 10:16 AM
I sampai google map hospital bandung tu betul ke ada kt Siam.. mmg betul ada rupanya.. mesti muka stock2 pelakon thai ni..
Quote Lolalala 18-2-2024 08:46 PM
Anak aku masa umur 5y, minggu kedua dekat tadika dia kena cucuk dgn pensil kat tangan, kawan tarik kerusi dia, cubit dia, tolak botol air. Aku tanya kat anak kenapa kawan tu buat macam tu? Dia nangis² cakap " dua org tu buat saya. Dia cakap saya tak hensem". Baru 5y weiiii dah pandai masa tu. Aku tegas cakap kat cikgu, tolong bg warning budak tu. Belum apa² dah pandai jadi pembuli. Jadi lagi, aku akan dtg jumpa budak tu. Nasib berubah budaknya. Anak tunggal org.
Anak aku tu kalau org tgk org akan kata dia ensem.
Quote Hoshhi 18-2-2024 09:34 PM
Muka dia not bad jugak lah. Yang buli tu mesti muka macam mangkuk tandas
Quote Kurex 19-2-2024 11:53 AM
takkan la kurex nak serang diri sendiri...
Quote yum3 19-2-2024 03:40 PM
Aduhai.. aku ingat ppuan je yg jeles bila ada ppuan lagi cun dari dia. jantan pn sama ke. Macm2 lah dorg ni.

Anak buah aku ppuan. Time dia msuk keja ditemp baru . Ada kakak2 senior tak nak kwn dgn dia.   Risik2 pya risik. Rupanya ada ppuan2  itu jeles dgn kecantikkan anak buah aku. Adeehhh aku cakp . macam2 hal.
Quote otai_g 19-2-2024 03:42 PM
Nasib baik kat yindon. Kalo kat msia mesti anuar Zain Dan Aaron Aziz da kena pukul dulu
Quote kakikuDibibirmu 19-2-2024 03:58 PM
Hasanah bolkiah sangat-sangat cerita ini, kalau bas dah berumur 16 tahun, kenapa pulak Thai Girl Show ada dekat indon?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036853 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top