CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Mak Mentua ‘Downgrade’ Menantu, Isteri Fizo Omar Luah Pendapat – ‘Jangan Biar Orang Lain Tentukan Kebahagiaan’

16-2-2024 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 32990| Komen: 108



Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri memberikan pendapat tentang hubungan ibu mentua dengan menantu.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pengikut Fazeera meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap ibu mentuanya.

"Mak mentua pandang rendah menantu tak kerja, yang lain bekerjaya kononnya".

Fazeera kemudian berpendapat, seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga perlu menerima keluarga suaminya.

"Pada awalnya bila kita masuk je alam perkahwinan, kita tiada pilihan. Keluarga suami kita akan menjadi seperti keluarga kita dan kita akan kerap berjumpa di situ".

Bagaimanapun, Fazeera berkata kebahagiaan seorang isteri terletak pada pada diri mereka sendiri walaupun mempunyai keluarga mentua yang suka membandingkan kerjaya mereka."

"Pertama sekali, tepuk dada tanya selera. Tanya diri awak sendiri apakah kebahagiaan awak.


"Ada isteri yang bila dia bekerja dan mengejar impiannya, dia akan rasa gembira. Tapi ada isteri, bila duduk rumah dia senyum lebar dan boleh luangkan masa dengan anak-anak."

"Kalaulah menjadi suri rumah sepenuh masa yang ada kelebihan untuk bersama anak-anak adalah kebahagiaan awak, then go for it."

"Jangan biar orang lain menentukan kebahagiaan awak".


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat masing-masing berhubung isu berkenaan dan ada di antara mereka yang turut berdepan dengan situasi yang sama.

Mereka juga turut memuji pandangan yang diberikan Fazeera.


Sumber: TikTok Fazeera Nazri/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DottieDot 16-2-2024 07:24 PM
Aku sorang je ke yang rasa Fizo ni ada type.. Coz muka bini dia yang sekarang ni lebih kurang je dengan ex wife (Mawar) dia tu..
Beruntung gak si Fizo ni, yang pernah dengan dia semua lawa².. Paling suka si Azar Azmi tu, lawa gilaa..
Quote ctnorpropa 16-2-2024 07:24 PM
She bini retis je kot. Layak ke kat bodgos ?
Quote Tunakimchi 16-2-2024 07:59 PM
Terpaling pakar motivasi. Yihhhh
Quote aemon 16-2-2024 08:29 PM
Bakal nasib mcm si rose??

Azar azmi sujud sukur la ko..
Quote tigerads 16-2-2024 09:16 PM
cakap blh laa...
x keje xpa asal reta besan berkepuk..

cer x keje n besan pon cukup makan keje kampung jer..
realiti babe..realiti..dulu n kini sama je pandangan sebelah mata mertua pesen ukur ketebalan poket bini..
Quote aina_shaira 16-2-2024 09:47 PM
Bini pijo ni keje ape ye?
Quote LadyCarefree 16-2-2024 09:51 PM
Bahalol tolol mana yang minta nasihat dengan dia ni?
Quote sharlenetexas 16-2-2024 10:33 PM
Ma pijo duk sekali ke?


Quote Dolmat 16-2-2024 10:54 PM
Dah 20 tahun kahwin baru bleh bagi "pendapat"...

Quote jihyomelly 16-2-2024 11:01 PM
Dolmat replied at 16-2-2024 10:54 PM
Dah 20 tahun kahwin baru bleh bagi "pendapat"...

kadang2 yg dah lebih 20 thn pun takut nak simply bg pendapat stop la jadi terpaling takut makan diri nanti…
Quote Suchi 16-2-2024 11:26 PM
aina_shaira replied at 16-2-2024 09:47 PM
Bini pijo ni keje ape ye?

Aritu mcm tgh sambung study kan?masa tgh pregnant tu. Keje sambil belajar la kot ntahlaa
Bukan ke dia pramugari ke pramusaji?
Quote slyfynx 17-2-2024 12:07 AM
Eh, kene ke ade thread pompuan ni
Retis kah die?
Quote anggeriklatifah 17-2-2024 12:13 AM
aina_shaira replied at 16-2-2024 09:47 PM
Bini pijo ni keje ape ye?

Pakar motivasi di instagram
Quote Missjass 17-2-2024 12:27 AM
Suchi replied at 16-2-2024 11:26 PM
Aritu mcm tgh sambung study kan?masa tgh pregnant tu. Keje sambil belajar la kot ntahlaa
Bukan ke  ...

Sebelum kahwin lagi dah berhenti pramugari tu sekarang kerja content creator je la dekat tiktok ngn ig tu
Quote DeLuna85 17-2-2024 12:44 AM
Anak pertama fizo nampak mcm muka kesian. Tapi kaya tak apa. Nanti besar cantik la tu.
Quote zuriey 17-2-2024 02:04 AM
Euwhhhh
Quote emma.giggs 17-2-2024 07:03 AM
aemon replied at 16-2-2024 08:29 PM
Bakal nasib mcm si rose??

Azar azmi sujud sukur la ko..

Kikiki kata2 dia mcm nk pujuk diri sendiri jah…
Quote tariktali 17-2-2024 07:40 AM
Rasa mcm igt2 lupa, fazira ni ada anak dgn prev marriage kan? Yg fizo dukung tu ke kt gmbr atas tu?
Quote MeowPARSI 17-2-2024 07:54 AM
Aku tgk,, bini pijo ni elok je dgn mertua,, xde plak dgr issue mcm mawar... Mawar dulu,, awai2 dgr citer xbest

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.148579 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top