Seorang wanita mempersoalkan tindakan isteri Ali Puteh, Melati Fitri yang mengalirkan air mata apabila pelawak itu terpaksa menjual kereta jenis Honda Civic milik mereka untuk mendapatkan wang bagi melunaskan hutang. Kata wanita terbabit, Melati sepatutnya berasa gembira kerana dia dan suami tidak perlu lagi memikirkan tentang hutang yang mereka tanggung selama ini. "Sepatutnya kau kena gembira sebab suami kau jual semua harta dia untuk bayar hutang". "Ini aku tengok berita cakap kau menangis. Kau jenis perempuan apa ini? Kau suka tengok suami kau hutang sana sini? "Kau tahu tak sekiranya suami kau meninggal dan meninggal hutang, nanti anak-anak yang kena bayar tau". Enggan berdiam diri, Ali atau nama lengkapnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan tampil bersuara selepas nama isterinya dipetik. Justeru, Ali meminta bantuan orang ramai untuk memberikan info tentang wanita terbabit dan bersedia memberikan upah kepada mana-mana individu yang berkongsi maklumat.
"Aku dah agak muncul dan timbul perkara macam ini. Isteri aku kena petik. Ada sesiapa boleh tolong carikan manusia ini?" "Dengar cerita dia duduk Johor, esok kebetulan saya ke Johor. Siapa ada alamat atau nombor telefon dia, saya upah RM500. Kau petik bini aku eh." Terdahulu, tular video memperlihatkan Ali menjual beberapa harta miliknya termasuk kereta, motor dan trofi kemenangan bagi mendapatkan wang untuk melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Nurhidayah Hamzah. Ali kemudian memaklumkan dia berjaya memperoleh RM75,000 selepas menjual harta tersebut. Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu. Sumber: TikTok/OhBulan |
Sachacha replied at 16-2-2024 09:25 PM
selayaknya bini yindon sanggul tinggi tu dicerca..annoying much
ADVERTISEMENT