CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Dengar Nasihat Shuib, Watie Kena Scam RM100,000

16-2-2024 05:44 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17419| Komen: 38

Description: AKIBAT degil dan tidak mendengar nasihat suami, isteri Shuib, Watie Hanifiah terpaksa berputih mata apabila menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah RM100,000.


AKIBAT degil dan tidak mendengar nasihat suami, isteri Shuib, Watie Hanifiah terpaksa berputih mata apabila menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah RM100,000.

Pemilik nama lengkap Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, itu mengakui mudah terpengaruh dengan tawaran keuntungan berlipat kali ganda sehingga terdorong menyertai satu skim pelaburan yang sebenarnya palsu.

Menurut ahli perniagaan itu, pada hari sama akaun Instagram yang turut digunakan bagi mempromosikan produk turut digantung, sekali gus mencetuskan kerungsingan berganda.

“Januari 2024 adalah permulaan tahun yang mencabar dari segi kesabaran mental dan emosi. Hari mummy (panggilan diri) nak terbang ke China, hari itu juga Instagram mummy kena gantung.

“Masa itu dekat otak runsing pasal kerja yang akan tertangguh sebab ada dua, tiga kontrak yang mummy baru tandatangani.


“Masa ini dah rasa mungkin Allah nak mummy tumpukan sepenuh perhatian pada keluarga, tiada sosial media sebab bila mummy sibuk, anak-anak mengeluh kenapa mummy tak dapat hantar dan ambil balik sekolah.

“Hari yang sama juga dapat berita dah kena scam RM100,000. Bayangkanlah perasaan nak kena terbang malam itu,” katanya dalam perkongsian Instagram.


Begitupun, akuinya, dia lebih memikirkan mengenai akaun laman sosial yang digantung, berbanding situasi sejumlah besar wang yang lebur di tangan si penipu.

Enggan berlengah, Watie mengakui terus meminta maaf kepada Shuib yang sebelum itu pernah menasihatkannya lebih berwaspada apabila membabitkan pelaburan.

“Sebelum mummy terbang terus minta ampun dan maaf dekat daddy (Shuib). Ayat masa tu ‘Daddy, saya minta maaf tau kalau ada benda yang tak dengar nasihat daddy’

“Masa itu daddy terus tanya. ‘kenapa? Pelaburan dah hangus ke?’ Sebab itu saja benda yang mummy tak dengar cakap daddy, yang lain semua mummy dengar kata.

“Jadi, memang daddy dah dapat agak, biasalah perempuan. Bila ada pendapatan sendiri macam itulah. Mummy pula memang sejenis pantang dengar bab-bab melabur yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.

“Sudahnya hari-hari kena perli dengan daddy. Daddy cakap ‘awak pergilah main kutu lagi’,” ujarnya.

Watie turut mengakui kesilapan sendiri yang mudah terpengaruh apabila mendengar tentang pelaburan, selain berjanji akan patuh dan lebih mendengar nasihat suaminya pada masa akan datang.

Insiden terbabit juga dikatakan memberi banyak pengajaran terutama lebih berhati-hati di masa hadapan.

“Tapi dekat situ mummy belajar, lain kali jangan derhaka cakap suami. Kalau suami kata tidak maksudnya tidak, jangan pujuk sampai dia terpaksa cakap ‘iya’.

“Enggan bagi daddy marah, mummy cakap dekat daddy ‘i reda sebab tahu Allah boleh bagi dan boleh ambil bila-bila Dia berkehendak. Siapa kita nak menangis,” luahnya lagi.

Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 16-2-2024 07:18 PM
Kene tanya kak yah ady buah kana la
Quote cupu 16-2-2024 07:29 PM
100K klu buat byr utang caruman kwsp orang pun ada pekdah.
Quote slyfynx 16-2-2024 07:44 PM
Ala, ni konon2 nk bg tau die banyak duit, atau nk bg tau deme bukan scammer atau ade kaitan dgn scammer sbb deme pun kene scam.
and then nk cite bahagia la dgn bagi dtau daddy yang ko bersalah.
ale uto
Quote asfaz 16-2-2024 07:45 PM
Alahh watie. Soeb perli kau pergilah main kutu lagi,kau balas la balik,daddy pergila bayar duit kwsp staff.
Igt dia aje boleh perli
Quote LadyCarefree 16-2-2024 09:56 PM
Betul ke 100k? Kalau betul, baguslah. Padan muka.
Quote anony-mous 16-2-2024 09:58 PM
Klau yg hilang duit cuci2 xde terkesan pon. Actually i xpercaya dia kena scam. Xkn kwn2 scammer boleh kena scam ? Dah bergaul dgn ady kana smua
Quote oggy 16-2-2024 10:07 PM
Menyampah aku baca bab laki dok perli2 knowing lakinya jenis macam mana.. ko pun apesal tak perli balik laki ko tu
Quote sleepandream 16-2-2024 11:08 PM
skim pelaburan mendobi ke?
Quote Rogue98 16-2-2024 11:12 PM
Duit 100k tu yg tak berkat sebenarnye.
Bodoh pulak tu percaya janji2 manis scammer.
Quote doodlediddle 16-2-2024 11:19 PM
cupu replied at 16-2-2024 07:29 PM
100K klu buat byr utang caruman kwsp orang pun ada pekdah.


Betul! Baru nk ckp. Mmg lah tu duit dia, tapi mane tahu dari 100k tu pun ade yg si ebb ni bagi kat dia kan??? Baik lerrr lunaskan ape yg patut. Menyampah gebang gini, Kalau aku jadi pekerja diorang, Mmg aku HANGIN SATU BADAN!
Quote marchikobonzo 17-2-2024 09:20 AM
“Jadi, memang daddy dah dapat agak, biasalah perempuan. Bila ada pendapatan sendiri macam itulah. Mummy pula memang sejenis pantang dengar bab-bab melabur yang mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.


Ehh..perempuan bodo je macam tu..perempuan bijak dia tau if it's too good to be true, dia takkan invest
Quote lee_sakura 17-2-2024 09:44 AM
nampak benau tak bijak walopon kaya
Quote gideoncross 18-2-2024 01:23 AM
LadyCarefree replied at 16-2-2024 09:56 PM
Betul ke 100k? Kalau betul, baguslah. Padan muka.

Meletup tulang leher iol trgelak bca komen uol ni
Quote gideoncross 18-2-2024 01:24 AM
lee_sakura replied at 17-2-2024 09:44 AM
nampak benau tak bijak walopon kaya

Gmbr dorg brdua kat atas tu mcm gmbr YB brgmbr dgn bini
Quote aina_shaira 18-2-2024 06:03 AM
Nape gigi watie ni pelik dan putih sgt ye
Quote pavlovachoc 18-2-2024 10:20 AM
untuk kekal releven , maka adalah cerita2 bodo
Quote armin 18-2-2024 10:39 AM
Pompuan baru pegang duit byk ke?
Quote honeybee1802 18-2-2024 10:54 AM
oggy replied at 16-2-2024 10:07 PM
Menyampah aku baca bab laki dok perli2 knowing lakinya jenis macam mana.. ko pun apesal tak perli ba ...

Laki mendobi...tino didobi ke camner tu?9
Quote jihyomelly 18-2-2024 11:02 AM
kalau kluar togeder2 dgn bini buah kana boleh la tanya..takkan la buah kana nak scam kawan bini sendiri sikit lak tu

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.115668 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top