KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan ada pembabitan beliau dalam kegiatan salah guna kuasa. Sumber berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin, namun enggan mengulas lanjut perkara itu. Sebelum ini, sumber memberitahu, siasatan SPRM terhadap Tan Sri Mokhzani dipercayai ada kaitan dengan dakwaan salah guna kuasa membabitkan bapanya, Dr Mahathir. Seorang lagi anak Dr Mahathir, Mirzan, turut disiasat, namun dalam kes berbeza. "Siasatan SPRM membabitkan Mokhzani dan Mirzan ada kaitan dengan bapa mereka. "Namun kes Mokhzani dan kes Mizan masing-masing tiada kaitan antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di sini, pada Ahad. Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.
Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Mohkzani hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan. Sumber : Astro Awani |
pokokmeranti replied at 29-1-2024 08:40 PM
Tun M menyesal tak bebaskan Bang Non?
pokokmeranti replied at 29-1-2024 08:40 PM
Tun M menyesal tak bebaskan Bang Non?
Perwira2022 replied at 29-1-2024 09:14 PM
Jelas sangat SPRM jadi alat politik wakakaka... Hal berpuluh tahun lalu pun sanggup bukak balik kala ...
haifawehbe replied at 29-1-2024 02:41 PM
Iols suka jer Anwar siasat semua menteri2 zaman bn dulu.. boleh kita tahu berapa byk duit rakyat dis ...
Perwira2022 replied at 29-1-2024 09:14 PM
Jelas sangat SPRM jadi alat politik wakakaka... Hal berpuluh tahun lalu pun sanggup bukak balik kala ...
MissYouSayang replied at 29-1-2024 09:26 PM
Team tun m. Bapok tua so desperate ..mesti bapok tua tu tgh plan nak heret tun ct hasmah plak ...mu ...
Perwira2022 replied at 29-1-2024 08:48 PM
Mau tak menyesal.. Sepatutnya biarkan aje Nuar tu mereput dalam penjara sambil main planta bersama ...
plywood replied at 29-1-2024 09:38 PM
mahatir perlu ph untuk sokongan politik, nak tak nak dia kena deal jugak dengan ph
ADVERTISEMENT