Belum sempat merasai nikmat menjadi seorang ibu, adik Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Wan Chai diuji pula dengan masalah kesihatan. Dalam satu perkongsian di Facebook, Wan Cai meluahkan rasa sayu apabila adik perempuan bongsunya meninggal dunia selepas lima bulan melahirkan zuriat pertama. Difahamkan, allahyarham Nur Hidayu diserang strok selepas 20 hari melahirkan anaknya secara pembedahan. Hampir lima bulan allahyarham cuba melawan penyakit dan beberapa kali keluar masuk wad di Hospital Klang dalam tempoh itu. Jumaat lalu, arwah dibenarkan balik ke rumah selepas sebulan berada di wad. Kata Wan Cai adiknya sangat gembira dan ada beritahu nak pulang ke kampung. Tetapi dua hari selepas itu, kesihatan arwah mula merosot dan dibawa semula ke hospital. Dengan berat hati, pihak keluarga membenarkan arwah ditidurkan di atas saranan doktor. Selepas 4 jam ditidurkan dan dipakaikan alat bantuan pernafasan, pihak keluarga dimaklumkan arwah telah meninggal dunia. Menerima takdir pemergian arwah dengan reda, pihak keluarga menyempurnakan jenazah dengan penuh hormat. Jenazah diuruskan oleh rakan-rakan arwah sendiri di Unit Khas Van Jenazah HQ dan diiringi 8 buah jentera NGO itu. Jelas Wan Cai, dia sama sekali tidak menyalahkan doktor tetapi perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Dia juga tidak menolak qada dan qadar yang telah ditentukan Allah SWT. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) kepada allahyarham semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. - CARI Sumber : Ohmedia
|
Simunggu replied at 5-1-2024 09:36 AM
jangan sekali kali setuju jika Dr mau tidurkan pesakit...
mejaputih replied at 5-1-2024 11:07 AM
kazen iols penah ditidurkan semasa kritikal...alhamdulillah lps dah cabut intubation tu ok sikit dah ...
Suchi replied at 5-1-2024 09:38 AM
Btw iols ingatkan adik dia dah takde suami rupanya suami masih ada.
Masa dia dh tiba, kalau tak ba ...
amyza replied at 5-1-2024 03:05 PM
Tak tau lah kalau berada dlm situasi ni. Tak setuju ditidurkan tp nanti doc pujuk ckp mcm². Setuju ...
Simunggu replied at 5-1-2024 09:36 AM
jangan sekali kali setuju jika Dr mau tidurkan pesakit...
jazaa100 replied at 5-1-2024 02:24 PM
Betul....
Skrg ni... Klu kena denggi pun nk ditidurkn..... Dulu tak pernah dgr pun ditidurkn... S ...
Simunggu: jangan sekali kali setuju jika ...
talapia replied at 5-1-2024 03:30 PM
rasa ralat tu pasti ada..
masa arwah mak aku sakit dulu.. ada juga rasa ralat sebab x bawak balik ...
ADVERTISEMENT