CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11243|Reply: 21

"Bahagia Mu Hanya Sementara", Adik ‘Pergi’ 4 Jam Selepas Ditidurkan, Abang Luah Rasa Bersalah Namun Tidak Menyalahkan Doktor

[Copy link]
Post time 5-1-2024 09:12 AM | Show all posts |Read mode






Belum sempat merasai nikmat menjadi seorang ibu, adik Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Wan Chai diuji pula dengan masalah kesihatan.


Dalam satu perkongsian di Facebook, Wan Cai meluahkan rasa sayu apabila adik perempuan bongsunya meninggal dunia selepas lima bulan melahirkan zuriat pertama.






Difahamkan, allahyarham Nur Hidayu diserang strok selepas 20 hari melahirkan anaknya secara pembedahan.








Hampir lima bulan allahyarham cuba melawan penyakit dan beberapa kali keluar masuk wad di Hospital Klang dalam tempoh itu.


Jumaat lalu, arwah dibenarkan balik ke rumah selepas sebulan berada di wad. Kata Wan Cai adiknya sangat gembira dan ada beritahu nak pulang ke kampung.






Tetapi dua hari selepas itu, kesihatan arwah mula merosot dan dibawa semula ke hospital. Dengan berat hati, pihak keluarga membenarkan arwah ditidurkan di atas saranan doktor.


Selepas 4 jam ditidurkan dan dipakaikan alat bantuan pernafasan, pihak keluarga dimaklumkan arwah telah meninggal dunia.


Menerima takdir pemergian arwah dengan reda, pihak keluarga menyempurnakan jenazah dengan penuh hormat. Jenazah diuruskan oleh rakan-rakan arwah sendiri di Unit Khas Van Jenazah HQ dan diiringi 8 buah jentera NGO itu.






Jelas Wan Cai, dia sama sekali tidak menyalahkan doktor tetapi perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Dia juga tidak menolak qada dan qadar yang telah ditentukan Allah SWT.



Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) kepada allahyarham semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. - CARI






Sumber : Ohmedia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah wan chai.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 09:36 AM | Show all posts
jangan sekali kali setuju jika Dr mau tidurkan pesakit...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 5-1-2024 09:40 AM


Btw iols ingatkan adik dia dah takde suami rupanya suami masih ada.

Masa dia dh tiba, kalau tak bawak ke hosp kang pastu ninggal akan rasa bersalah juga, tp bila bawa pastu meninggal kat hosp sekurangnya2 kalian dh cuba usaha utk selamatkan dia.

Iols dh penah berada dlm situasi ni bila arwah mak dah sakit teruk sgt tp tanak lg g hosp sbb nk jumpa adik beradiknya dulu so bawak la g umah adiknya kat terengganu.
Dah bawa jumpa otw balik terus hantar g hosp. Sama juga ditidurkan dan akhirnya meninggal dunia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 10:45 AM | Show all posts
Simunggu replied at 5-1-2024 09:36 AM
jangan sekali kali setuju jika Dr mau tidurkan pesakit...

dr buat apa yang pelu..kawan aku heart attack, dr tidurkan..skrg dah sihat mcm takde pernah sakit je dia..  kalau dah ajal tu, sihat mata terbuntang pun blh mati, dekk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 11:02 AM | Show all posts
jika xditidorkan... pesakit akan terseksa utk bernafas...oksigen xboleh disalur terus ke paru2... percaya lah doc xkan tidurkan pesakit tanpa sebab biasanya disebabkan tahap oksigen dlm bdn yg semakin menurun....intube adalah jalan terakhir utk cuba selamatkan pesakit,...cuma kita sbagai ahli keluarga bila ada yg kena intubed... kita berserah je lah pada doc utk berusaha menyelamatkan dan bertawakal n berdoa pada tuhan.. saya bercakap sebagai pesakit yg selalu keluar masuk wad..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2024 11:07 AM | Show all posts
kazen iols penah ditidurkan semasa kritikal...alhamdulillah lps dah cabut intubation tu ok sikit dah tak kritikal tp masih perlu bantuan pernafasan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 02:10 PM | Show all posts
mejaputih replied at 5-1-2024 11:07 AM
kazen iols penah ditidurkan semasa kritikal...alhamdulillah lps dah cabut intubation tu ok sikit dah ...

samalah ramai saudara & kenalan kena tidurkan jalan terussss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2024 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau lah kalau berada dlm situasi ni. Tak setuju ditidurkan tp nanti doc pujuk ckp mcm². Setuju pulak, tau² dah takde serba salah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 03:18 PM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 5-1-2024 09:38 AM
Btw iols ingatkan adik dia dah takde suami rupanya suami masih ada.

Masa dia dh tiba, kalau tak ba ...

Dia rs bersalah...mungkin dia rs ralat rak bwk spital lebih awal gitu kot...tp mmg ditakdirkan ajal dah sampai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 03:30 PM | Show all posts
amyza replied at 5-1-2024 03:05 PM
Tak tau lah kalau berada dlm situasi ni. Tak setuju ditidurkan tp nanti doc pujuk ckp mcm². Setuju  ...

rasa ralat tu pasti ada..

masa arwah mak aku sakit dulu.. ada juga rasa ralat sebab x bawak balik rumah.
arwah beria2 mintak nak balik rumah.. dah penat duduk hospital 3 minggu.. musim covid lak takleh melawat langsung.
tapi kitorang anak2 pujuk.. duduk hospital..
sbb arwah perlukan bantuan oksigen sentiasa.. camne nak bawak balik rumah?
sebelum bawak gi hospital pon.. mencungap2 amik nafas

adik aku terkilan sangat masa tu.. menangis2 sebab dia yg sign segala borang. walhal dia doktor.. tapi dia sendiri x mampu nak ilangkan rasa ralat. imagine kita bawak balik rumah.. tapi arwah tersiksa takleh bernafas. how?
so aku putuskan.. biar dekat hospital.. at least dia tak siksa.

and masa berpeluang melawat di saat nazak.. arwah dipakaikan mask oksigen.. tak sedar. tapi bernafas. tak tercungap.
aku pujuk hati... arwah tak tersiksa banding kalau bawa balik ke rumah.

sama juga kalau doktor nasihat intubate. intubate ni biasanya nak beri oksigen dalam paru2 dengan lebih baik.. sbb bila struggle nak bernafas.. mcm2 organ lain akan effect.. jantung akan pam laju.. tekanan darah naik la.. mcm2.. sebab tu kalau ada critical condition, pesakit akan ditidurkan untuk pernafasan yg lebih baik tanpa stress pada organ lain.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 03:48 PM | Show all posts
mcm ditidurkan ni odw meninggal jek kan...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 10:01 PM | Show all posts
Doktor usaha at least ada la peluang walau sekecil mana. Kalau ko do nothing memang serupa tunggu masa ja. Itu pun orang nak tolong fikir ka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
perkataan ditidurkn masa cocid teruk dulu sgt takut huhu..
tkt pulak nk beranak
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 5-1-2024 09:36 AM
jangan sekali kali setuju jika Dr mau tidurkan pesakit...

Betul....

Skrg ni... Klu kena denggi pun nk ditidurkn..... Dulu tak pernah dgr pun ditidurkn... Sejak kovid, sakit sikit cepat je nk ditidurkn... Tidur terus lay kebanyakknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 5-1-2024 02:24 PM
Betul....

Skrg ni... Klu kena denggi pun nk ditidurkn..... Dulu tak pernah dgr pun ditidurkn... S ...

Masa kena czer dulu aiol dibius separuh badan. Ntah apa masalah tetiba aiol ghasa sesak nafas sampai batuk2. Aiol syak MA (yang jadik anaesthetican aiol masa tu - btw bukan terjadi di hospital gomen) kasik naik oksigen. Sebelum tu pernah gak kena czer tapi takda masalah camtu pun sebab memang doktor pakar yang bius. Dah macam2 ai fikir, pehtu cepat2 ai kasik tau MA tu ai takleh bernafas, mintak dia turunkan sikit level oksigen. Dia macam, "hah?" gitu macam tak percaya aiol tapi dia buat juga. Nah, terus aiol boleh bernafas dengan baik.

Oleh sebab ada pengalaman tu aiols syak orang2 yang mati ditidurkan tu mungkin ada kes di mana terlalu tinggi oksigen diberi sampai sesak nafas pehtu kiok. Dah ditidurkan, camna nak komplen ka bagitau kalau sesak mafas ka tak selesa kan? Ha...

That being said aiol pun hada pengalaman orang tersayang ditidurkan iaitu anak aiol masa dia masih baby umo tak sampai setahun
Syukur la dia kuat. Hidup sampai sekarang. Walaupun aiol jahat, Tuhan jawab juga doa aiol.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu: jangan sekali kali setuju jika ...


Ada lagi manusia macam ni! Itu usaha doktor untuk menyelamatkan, bukan senang2 suggest. Kan tak bagi rawatan sepatutnya disalahkan plak doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 5-1-2024 03:30 PM
rasa ralat tu pasti ada..

masa arwah mak aku sakit dulu.. ada juga rasa ralat sebab x bawak balik ...

Lebih kurang sama cerita dgn arwah ayah aku.. time PKP gak.. merayu2 dia minta nk balik.. Cuma aku bernasib baik dpt spend seminggu jaga dia kt hospital, itupun atas budi bicara doktor sbb time PKP tak boleh ada peneman or pelawat. sempat la aku berbual, suap dia makan, bersihkan badan etc. Selang 3 hari aku balik rumah ayah aku meninggal.. Aduh..sebak dah ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..

Tazangka dlm ni memacam konspirasi timbul pasai ditidoqkan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.408987 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list